Masa terbang. Dalam bahasa omputih "Time Flies". Semakin hari semakin cepat masa berlalu. Sekarang ni dah pertengahan bulan 7. Sebulan lagi bulan 8, Ramadhan. Dah tu, sibuk nak raya, sibuk nak buat kuih raya, sibuk nak shopping. Aiseh men, perkataan shopping ya nang x jauh laa... hehehe..
Dah 7 bulan aku bekerja di Pejabat Residen Bahagian Kuching. Rindu kawan-kawan CMCC esp. Fieza, Jojo, Kak Sylvia, Marcella.... Muni yang tengah hamil 6 weeks. Syah, Lee Na, eh banyaklah member ni, tak larat nak taip suma.Betapa diri ini merindui kerenah dan gelak tawa mereka. Since november last year, aku x bersua mereka.
Sekarang ni, Alhamdulillah, aku dah mula mahir dengan keja2 baru aku. Wahhh...mahir ka aku? heheh.. :p
Sekiranya bos suruh pergi meeting sorang2, aku tak nervous lagi. Masa mula2 bos suruh aku attend meeting sorang2, kalau tak silap, meeting Program Sejiwa Senada, masya Allah, Tuhan je tau perasaan aku yang x reti apa2, yang x prepare apa2, yang xda pengalaman, bawa muka blur duduk dengan Pengarah2, Timbalan2... Aku, hanya jadi pemerhati.
Selain dari menghadiri mesyuarat, aku selalu pergi site. Salah satu keja kami adalah memantau projek2 di bawah RMK9. Bukan lawatan site di Kuching saja malah di Bau dan di Lundu/ Sematan. Aku seronok bila site visit. Memang satu hari muka xda kat ofis. Tapi, keesokan harinya, melambak paper2 menunggu untuk dikerja-in.
Selain dari monitor project, buat laporan projek, hal-hal keusahawanan, hal-hal pelancongan pun ada buat. Memang boleh timba banyak pengalaman dan pengetahuan aku sepanjang bekerja di Pejabat Residen. Tuan Residen pun baik. Bos aku lagila, bos sempoi.. Sporting habis.
Selain dari monitor project, buat laporan projek, hal-hal keusahawanan, hal-hal pelancongan pun ada buat. Memang boleh timba banyak pengalaman dan pengetahuan aku sepanjang bekerja di Pejabat Residen. Tuan Residen pun baik. Bos aku lagila, bos sempoi.. Sporting habis.
2 minggu lagi Sarawak Regatta. Seperti biasa, Pejabat Residen adalah Pengerusi untuk acara rasmi tahunan tersebut. Kakitangan di Unit Sosial dah busy buat tag, sticker, banner. Walaupun aku di Unit Pembangunan tp aku turut sama menjadi Urusetia. Satu ofis involve sebenarnya. Kalau nak tahu selanjutnya mengenai Sarawak Regatta, temui di FB. Korang mahir kan dengan FB, search la sendiri. Aku, FB ni belum ada keinginan lagi. Inilah kali pertama aku dengan acara rasmi tahunan negeri Sarawak. Excited rasanya. Sarawak Regatta akan diadakan pada 30hb,31hb Julai hingga 1 Ogos. Aku x sabar nak tengok design baju. hehehehhe... :p
Sempat juga aku promote Sarawak Regatta. Back to Masa Terbang. Nabihah dah besar. Rambut panjang, kan mira? hehehe.. Last week, terjumpa mira & her husband makan di Kampung Boyan. Ini kali kedua terjumpa. Tapi, baby Iman xda. Bukan rezeki aku nak tengok baby Iman. Kalo jumpa, memang aku geget pipi Iman.. oppss... hehehe..
Ok, Nabihah.... Tinggi dari usianya. Sangat2 aktif. Cepat memahami. Cepat belajar. Manja yang amat, itu sudah pasti. Dah pandai minta beli itu, beli ini. Boleh tahan garang si budak kecik. Rasanya mcm baru semalam je aku melahirkan Nabihah. Tak sabar menanti Syawal tahun ini. Of course kami 3 beranak sedondon. Raya nanti boleh la belikan Nabihah dengan kasut lawa2, al-maklumlah Nabihah dah pandai melangkah dan berjalan. Nak pakaikan klip2 rambut, buat tocang. Muka gebu Nabihah seakan Korean, aisehh... Ohhh, sungguh teruja.
Panjang celoteh aku pagi2 buta ni. Mata mula mengantuk. en. Edel shift malam, sunyi terasa. Nabihah pun dah lena dibuai mimpi. Aku pun nak berehat, tadi aku buat kek coklat. Teringin pula nak makan cek coklat. Kaki dah sengal berdiri lama, rasanya baik aku undur diri. Selamat Malam dan Selamat Berhujung Minggu.
Salam 1 Malaysia...

2 Ngabas Sitok:
rindu ngan ktk juak za.kelak ada masa ta bergosip d SR aa.mek plg dari brunei senang kit cos mek keja pg n b4 ta posa.
kiss nabihah k kmk aa :)
ok juak kerja ktk ya.. mek suka.. tukar keja jak kita juh... hehehe... ada berita x ktk nk diserap terus ke sia?
Post a Comment