Monday, September 30, 2013

Pilih la untuk terus Redha

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Dalam menjalani kehidupan seharian pasti ada dugaan yg menimpa.
Allah swt menduga kita kerana Allah swt sayang akan kita.

Jika gembira, pilihlah utk bersyukur.
Jika kecewa, pilihlah utk redha.
Redha dgn takdir yg telah ditetapkan oleh Allah swt.

Dalam kehidupan ini, tidak terlepas dari masalah.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Usah merungut.
Berdoa kpd Allah swt dan sentiasa mematuhi perintah-Nya.

Sekiranya hati gundah, bezikirlah, agar hati menjadi tenang.
Sekiranya ditimpa musibah, bersabar, kerana setiap yg berlaku adalah dgn izin Allah swt.

Sentiasa redha utk bahagia.. :)

Saturday, September 28, 2013

Syukur

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

"Lihat apa yg kita ada, barula kita BERSYUKUR"

Sungguh mendalam ertinya.. Masha Allah..

Dalam kehidupan kita, setiap hari kita akan fikirkan apa yg kita tidak punya, betul tak?

Bila org lain ada iPhone, kita pun nak ada iPhone. Orang ada dslr, kita pun nak memiliki dslr
Tengok org ada kereta mewah, kita pun nak ada kereta mewah juga.
Ada yg hanya mampu memasang angan2 dan ada juga yg sanggup ikat perut kerana nak bermewahan.

Saya juga tidak terlepas dr mempunyai 1001 kehendak tp tidak semua saya mampu miliki dan 90% daripadanya saya hanya berangan utk memiliki. Hehe..

Saya bersyukur kpd Allah SWT kerana semenjak saya menjadi surirumahtangga sepenuh masa saya belajar untuk bersyukur dgn apa yg saya ada.

Masa saya bekerja saya sedar saya byk membazir. Ada duit, sentiasa nak penuhi kehendak nafsu. Sentiasa fikir apa yg saya tak punya
Astaghafirrullah..

Mungkin ini hikmahnya takdir saya utk menjadi surirumah, supaya saya sentiasa bersyukur, tidak riak dan tidak sombong.
Alhamdulillah..

Sentiasa tanamkan dalam hati dan minda kita, apa yg kita hadapi, perjalanan hidup kita semuanya ketentuan Allah SWT.

Kalau sakit, jgn merungut kerana sakit adalah penghapus dosa.
Kalau ada pekerjaan, bekerja itu satu ibadah. Hadapi cabaran bekerja dgn iman. Jgn ikutkan hati. Apa kerumitan yg d hadapi ketika bekerja, itu adalah dugaan dan Allah nak uji ketabahan kita.

Berhenti merungut kerana ia adalah emosi negatif. Emosi negatif akan menghasilkan aura negatif dan akhirnya membuat keputusan negatif. Petikan kata2 Prof.Muhaya :)

Redha dgn ujian Allah.
Jgn tamak harta benda, tapi tamak pahala.

Ya zal jala liwal ikram..

Wallahu alam..

Wednesday, September 18, 2013

Assalamualaikum

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog.
Takde idea nak update.
Byk story and activities tp update kat IG jer, hehe..

Sekejap je dah nak hujung tahun kan.
Next year Nabihah dah sekolah masuk tadika.
Tak sabarnya nak bgn pagi masak utk bekal dia nanti.. Hehe..

Darwisy pula makin hari makin lasak.
Anak lelaki katakan..
Panjat sana panjat sini..
Hehe.. Seronok tengok kerenah anak2 walaupun kekadang pening kepala.. Haha..

Saya baru saja mula family planning dgn marvelon.
Dulu pun saya ambik marvelon, Alhamdulillah, ok je dgn saya.

Fizikal & mental, memang tak ready nak tambah anak lagi buat masa ni.
Kesian kat darwisy jugak nak manja2 lagi.
Tambahan pulak skrg ni husband sorg je bekerja, kesian kat husband saya.
Hehe..

Actually en.suami ok je kalau ada baby lagi but saya nak beri perhatian kpd pelajaran nabihah yg baru nak melangkah ke alam persekolahan dan darwisy yg dlm proses tumbesaran. Lagipun saya plan ambik marvelon mungkin dlm 1 ke 1 setengah tahun je. Hehe..

Ok, saya dah kehilangan idea.
Insha Allah saya update lagi.
Hehehe..

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.

Jemputlah bejarah, hehe..

Mohon maaf andai selama berblogging ada menyinggung perasaan pembaca secara tidak langsung. Maaf zahir & batin :)

Tuesday, August 6, 2013

Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Awal bln mei yg lalu saya menerima surat panggilan dr Suruhanjaya Perkhidmatawm Awam (SPA) utk temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Saya telah menghadiri temuduga tersebut pada 23 Mei.
Nak citer psl pengalaman, yg saya ingat la saya d temuduga selama lebih kurang 45mins.

Ada 2 panel temuduga, seorang wanita dan seorang lelaki.
Memang jelas kelihatan mereka berpengalaman.

So, d pendekkan cerita, hari ni dah keluar result temuduga.
Alhamdulillah, saya dlm kategori calon simpanan.
Berita itu sgt membuatkan saya gembira walaupun tidak pasti lagi dpt atau tidak jawatan tersebut. Cepat atau lambat, ditempatkan di mana masih lagi dlm persoalan.

Insha Allah rezeki ada di mana2.
Syukran jazilan Ya Allah..

Saturday, August 3, 2013

Coretan Ramadan #2

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Janganlah riak dan sombong sekiranya memperolehi wang/ harta yg byk kerana semua itu hanya sementara sahaja.

Wang yg byk tidak membawa kita ke syurga.

Usahla berbangga dan menunjuk-nunjuk apa yg kita perolehi kerana ia akan menyebabkan kita lupa diri.

Ingatlah, mana milik kita tidak ada milik kita, semua yg ada Allah swt yg punya..

Wednesday, July 31, 2013

Pakaian Wanita Menurut Islam

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .

Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. 

Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

-------------------------------------------------

Dengan izin Allah, saya dalam usaha untuk mempraktikkan berpakaian mengikut tuntutan syariat Islam.

Insha Allah..

Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Suasana raya dah terasa, tinggal 10 hari lagi menjelangnya Syawal.
Sob sob sob.. Sedihnya nak tinggalkan Ramadan.

Raya tahun ni saya & suami ala kadar je. Dahulukan anak2 coz sinonim la kan raya dgn budak2.
Budak2 ler yg excited, aku yg dah tua ni seronok tengok gelagat anak2 jer. Hehehe..

Alhamdulillah, keperluan anak2 semua dah ada.
Cuma nak tggu suami cuti utk shopping biskut & kek raya.
Plannya nak buat sendiri tp suami cakap beli je, iye lah kan mana nak jaga anak2 lagi.
So, sbg penasihat kewangan, saya memang plan budget utk raya. Hehe..

Rumah tak kemas lagi.
Tahun ni masih mengekalkan cat, insha Allah next year kalau ada rezeki lebih, nak tukar warna kat dlm rumah, insha Allah..

Bagi saya seronoknya raya dpt bekumpul dgn keluarga, sanak saudara, bermaafan agar silaturrahim lebih erat.

Monday, July 22, 2013

Coretan Ramadan

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Sunyi blog, jarang update.
Tp kalau kat IG, boleh dikatakan hari2 update. Hehe..
Tak tau nak story apa.
Takkan la asyik citer beli itu, beli ini, pakai itu, pakai ini..
Hmmm.. Takut nanti riak la pula kan.. Nauzubillah..

Mula2 berblogging, semua yg ada, semua apa yg blh buat, semua nak tunjuk.
Alahai, bila baca entry2 lama, ergh.. Rasa malu sebab rasa mcm menunjuk2. Masha Allah..

That's why la sekarang kalau nak update kene fikir 10kali nak citer apa kat blog.
Iye lah, umur pun tahun depan Insha Allah dah masuk 30series. Kene la ada story yg serasi dgn jiwa.
Tambahan pulak dah jd isteri, dah ada anak, kene la lebih matang dlm penulisan.
Itu pendapat saya la. Saya tak berniat pun nak mengata siapa2. Kalau ada terasa tu, saya minta maaf lah ye.

Oklah, memang takde idealah nak mencoret nih.

Selamat berpuasa :)

Wednesday, July 10, 2013

Kisah menjelang Ramadan al-Mubarak

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum,

Hari ini hari pertama kita berpuasa.
Tp saya takleh puasa, bkn sbb 'cuti' tp saya baru buat pembedahan semalam.

Suatu ketika dahulu saya pernah cerita kat sini yg saya dpt rasakan sesuatu kat cik b saya.
Bila check, dikatakan milk duct.
Sehinggalah pd 2 mggu lepas, ketulan itu msh saya dpt rasakan.

Then, saya buat pap smear. Alhamdulillah result pap ok.
Dan saya dinasihatkan utk buat breast scan.
Saya buat di Normah Medical Specialist.
Ya, memang terdapat ketulan tp hanya 'bening lump' yg tidak menunjukkan ciri2 merbahaya.

Alhamdulillah, lega mendengar penjelasan doc.
Tp dinasihatkan saya perlu buang ketulan tersebut.
Saya jumpa dgn Dr. Pakar di Normah dan terus buat appointment utk minor surgery.

Syukur kpd Allah, pembedahan bjalan dgn lancar.
Semasa saya sedar slps operation, nurse bgtahu mereka keluarkan 2 ketulan.
Saya tekejut tp saya tak blh nak kata apa2 sbb kepala saya sakit disebabkan ubat bius.

Mlm menjelang Ramadan saya stay di Normah.
Hari ini blh keluar, insya Allah.
Hari Sabtu jumpa Dr.Pakar lg untuk follow up.

Saya bsyukur kpd Allah kerana memberi kekuatan kpd diri saya utk mhadapi dan melalui pengalaman ini.

Oklah, nak breakfast.
Semalam makan muntah makan muntah.
Perut sudah berlagu.

Selamat menjalani ibadah puasa ;)

Thursday, June 6, 2013

Asam Pedas Ikan Pari

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam..
Lamanya saya menyepi.

Hari ni saya mencuba masak asam pedas ikan pari.
Alhamdulillah, sedap kata anak2.
Suami keja, mlm nanti baru dpt merasa.

Saya kurangkan cili kering sebab anak2 nak mkn jugak.
Layan je tengok pic ek.. Hehe..

Thursday, May 9, 2013

Satu tahun lah.

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam,

Alhamdulillah, hari ini anak bujang saya Darwisy berusia 1 tahun.
Darwisy sangat manja.
Darwisy mula nak belajar berjalan.
Memanjat hebat dah.
Tak nak duduk dlm walker.
Letak dlm walker, pandai dah mengeluarkan diri. Haipp..
Letak dlm playpen pun tak suka.
Darwisy suka bebas, nak panjat je.
Hehehe..

Insya Allah, ahad nanti nak celebrate birthday Darwisy.
Boleh sambut hari ibu sekali.
Buat majlis kat rumah je, jemput sanak saudara, rakan2, insya Allah.

Ptg ni nak bawa Darwisy check up.
Esok mula buat preparation utk birthday celebration.
Buat simple je.
Yg penting, anak2 happy!

Happy birthday son,
Semoga pjg umur & dimurahkan rezeki,
Jadi anak yg soleh,
We love you son.

Wednesday, May 1, 2013

Di keheningan malam..

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok

Salam,

Jam di dinding 1.45am.
Mata sikmok tido.
Ntahlah..
Palak masih fikir dan berfikir..

Apa yg difikir?
Fikir kenak segenlintir orang suka menghukum orang lain.

Maksud aku adalah ada segenlintir (BUKAN SEMUA) orang tok mudah salah tafsir percakapan atau tutur kata org lain sampe mengguris perasaan org ya.

Org sik ada niat apa-apa pun, hanya nak berkongsi cerita, hanya nak meluahkan pendapat/ pandangan, sik pasal-pasal dituduh macam-macam.

Haaa.. Secara jujur, aku dah mula bosan dgn sikap org mcm ya.
Malas nak layan.

Peduli la orang mcm ya nak pikir apa, janji Allah tauk niat sebenar.
Sikda masa nak melayan org yg sentiasa arum bulak 24/7 bersikap prejudis & hipokrit.

Kelemahan aku adalah cepat percayak ngn org dan akhirnya aku yg tertindas.
Bila dah selalu diperlaku mcm ya, hati aku jadi keras.
Tapi aku sik berdendam, sebab dendam adalah sifat syaitan.
Aku malas nak layan, bosan, so, biar jak laa..

Allah Maha Mengetahui.
Allah adil, bumi tok bulat.
Kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah.
Tp, bila dah di atas jgn terlalu bangga, kelak tersungkur, merana.

Aku makhluk ciptaan Allah, hanya pada Allah aku meletakkan kepercayaan.

Aku tok sik sempurna, sik juak bagus ne, tapi aku sentiasa ajar anak2ku supaya hormat org sik kira la org ya tua ka muda ka, besar ka kecik ka, mesti saling menghormati.

Sikap prejudis bukannya bgs and sememangnya menyakitkan hati.
Tapi yalah mun dirik sendirik sik maok nak berubah, payahlah nak kikis sikap ya.

Judging people does not define who they are, it defines who you are.

Wednesday, April 17, 2013

Entah

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam,

Lamanya tak update blogku yg usang nih.
Insta pun dah kurang upload gambar.
Kemalasan melanda dah...

Tak sangka bulan depan adalah bulan Mei.
Bulan kelahiran anak bujang saya.
Sungguh pantas masa berlalu.

9 Mei depan, genaplah Darwisy berusia 1 tahun, insya Allah.
Plan saya & suami nak adakan makan2 nanti.
Insya Allah..

Takde idea lah..
Hurmm.. Nak g jalan2 lah, tetiba teringin nak makan kek.
Sayang, SR jom!
Hehehehe..

Ok, bye!

Monday, April 8, 2013

Favourite seisi keluarga

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok

Salam,

Baru lepas makan malam.
Petang td, pergi mall.
Tetiba teringin nak makan something yg ada cheese.
Mula2 rasa nak buat cheesecake tp bila lalu jalan berlenggang, tengok kentang...terpancar potato gratin.

Tengok mozarella, waduh, mahalnya harga.
So, saya belasah beli slice cheese, murah ler sikit.

Sampai rumah, pang pung pang pung bersilat di dapur.
Selesai solat Isya', potato gratin pun siap.
Haper tunggu lagi, melantak ler sepuasnya. Hehehe..

Cheese melting lemak berkrim..
Pergh~
Tapi tak boleh selalu ek, kolestrol!
Ahaks..

Friday, April 5, 2013

Cerita saya

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok

Salam,

Dah 7 bulan dah saya menjadi housewife.
Dulu, masa nak buat keputusan nak berhenti bekerja, memang hati saya sangat berbelah bahagi.
Iyelah, dengan jawatan yg disandang ketika itu & gaji diperolehi.

Masa desas desus nak resign, pihak management nak naikkan lagi gaji saya tapi saya nekad nak berhenti.
Actually saya tak tahan dgn management sebab suka sangat cari kesalahan & kelemahan pekerja.
Tapi sebab utama saya resign adalah untuk menjaga anak2 saya memandangkan kesihatan mak saya tidak memuaskan.

Nak hantar anak2 ke nursery, parents jugak yg bising lagipun byk kes yg tak sedap di dengar kan, so takpe lah biar saya berjasa dgn suami & anak2 saya.

Mula2 jd housewife memang kelam kabut.
Masa suami ada kat rumah boleh la tolong kan, tapi bila suami bekerja, Masya Allah, memang tak terurus dgn masa. Hehehe..
Mana tak kelam kabut, seronok masak tiba2 si budak kecik menangis nak dukung, jawapannya, sebelah tgn dukung anak, sebelah tgn masak. Haha. Can u imagine?

Tp, sekarang ni Alhamdulillah, boleh urus walaupun tak sempurna mana.
Tidak lagi stress tahap gaban.
Hehehe..

Kalau orang kata jadi housewife senang, tak stress, you are wrong!!
Jadi housewife, jaga anak, 100 kali payah berbanding duduk ofis bekerja.

Saya sendiri mula2 menangis, stress menguruskan rumahtangga especially uruskan anak2.
Tapi, lama kelamaan, saya dah tahu rentak, Alhamdulillah saya dpt menangani tekanan saya. Syukur kpd Allah..

Dan sekarang saya really enjoy dgn rutin harian saya. Well, dapat curi2 masa nak watsapp jugak. Hehehe..
Yg seronoknya saya lah yg mula2 sekali dpt tengok perkembangan anak2. Seronok sangat sampai mengalir air mata.

Kalau dulu di tanya soalan sama ada masih nak bekerja, saya akan jawab ya.
Tapi sekarang jawapan saya tak pasti, maybe tak nak keja lagi kot. Hehehe..

Here I am, being who I want, giving what I've got, never a doubt now  :)

Oklah, pjg celoteh saya. Saya akhiri entry saya dgn gambar saya & anak2 saya.
Nak perasan jap, dlm gambar, mama tak macam pun 29 tahun tapi macam gadis 19 tahun. Hahaha..

Gadis ler sangat :-P

Wednesday, April 3, 2013

My birthday celebration

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok

Salam,

Believe or not since kahwin, what i wanted for my birthday is a birthday cake! Hehehe..
Macam budak2 kan :p

For me doa dari suami, anak2, keluarga adalah hadiah yg paling berharga dan bermakna.

Dalam 5 tahun perkahwinan, sekali saja saya asking for birthday present from my hubby in year 2010.
Itupun I minta belikan handbag which is cost RM200 from ESPRIT.
hahaha..
Kebiasaannya suami offer to buy something for me before my birthday.
Mcm last year suami beli oven.

But, yg mesti ada adalah birthday cake! Hehehehe..
So, mlm td celebrate birthday bsama keluarga.
Makan2 kat rumah mak bapa saya & diaorang pun balik dr kpg.
Dapat potong kek, makan bersama keluarga di hari lahir adalah saat yg tidak akan dilupakan.

Thank you darling for the suprise birthday cake. Ingat sekda tek.. Hehehe..
Thank you my children, sing me a birthday song..
Thank you mak & bapak coz rush balik remembering my birthday.
Thank you so much.. Muaaah~

And a big hug & a lot lot of kisses to my dear husband, tahun ni dpt advance birthday present lagi.
A new hp & simcard.
So, i can online & blogging everywhere. Hehehe..
Thank you so much darling!
I love you more, more and more..
Semoga Allah murahkan rezeki sayang & keluarga kita.
Semoga Allah senantiasa merahmati keluarga kita.

Amin ya rabbal alamin..

Tuesday, April 2, 2013

Born Day

Coretan M.A.M.A 9 Ngabas Sitok

Salam,

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...

Syukran Ya Allah di atas rezeki-Mu kepadaku,
Syukran Ya Allah di atas kurniaan-Mu kepadaku,
Syukran Ya Allah di atas rahmat-Mu kepadaku,
Syukran Ya Allah di atas setiap doaku yang telah Kau makbulkan.

29 tahun yang lalu, pada tarikh ini aku dilahirkan,
29 tahun aku mendapat kasih sayang yang tiada bandingan,
29 tahun aku memperolehi kebahagiaan yang tiada nilainya,
29 tahun aku tidak henti mencari ilmu.

Ku pohon pada-Mu Ya Allah agar Kau panjangkan umurku,
Kau kurniakanlah aku dengan kesihatan tubuh badan agar aku dapat menunaikan ibadahku kepada-Mu,
Agar dapat aku menjaga suamiku, anak-anakku dan keluargaku.

Impianku adalah untuk ke tanah suci-Mu Ya Allah,
Impianku adalah untuk menjadi anak yang solehah,
Impianku adalah untuk menjadi isteri yang solehah & taat setia,
Impianku adalah untuk menjadi ibu mithali,
Impianku adalah untuk melihat anak-anakku membesar dengan sihat,
Impianku adalah untuk melihat anak-anakku berjaya di dunia dan di akhirat.

Terima kasih Ya Allah kerana pada hari ini, di usiaku 29 tahun, aku masih lagi bernafas untuk menginsafi segala kesilapanku terhadapMu, dan
memperbaiki segala kelemahan & kekuranganku,
Kau murahkanlah rezekiku Ya Allah.

Amin yarabbal alamin.

Monday, April 1, 2013

Jeli PMC

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Salam,

Selain biz pure marine collagen (pmc) yg kering,
Saya juga biz jeli pmc.

Alhamdulillah, bila biz jeli pmc, ramai yg order, well.. Senangkan, just ready to eat.

1 container iaitu trial pack RM10.00
Kalau untuk stock sebulan 4 container RM35.00

So, kpd org/ blogger Kuching nak try, sms/ watsapp me @ 0189809526 (nyza).
STRICTLY FOR SERIOUS BUYER ONLY!

Thank you & have a nice day!

Sunday, March 31, 2013

Family Day

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam,

Semalam suami on leave.
Kakak pula asyik sebut apple donut.
So, jalan2, makan2 kat The Spring ler kami.

Anak-anak ceria sangat bila dibawa jalan2.
Orang pun ramai, nak beli donut Q panjang.
Kakak seronok berdiri kat depan donut fav dia.

Adik pun goyang2 kaki duduk dlm buggy.
Senyum gembira tengok ramai org.

Then pergi kat foodcourt.
Saya & suami try nasi arab.
Not bad tp ayam kecik beno. Huhu.

Lepas tu masuk Parkson.
Suami nak shopping, dari tingkat bawah sampai ke atas, dok pusing2, takde yg berkenan.

Saya pulak tahan nafsu, cuci mata je.
Last month suami dah spent 2k utk new hp.
Dan juga sponsor new simcard coz isteri dia asyik komplen boring takde tenet nak watsapp. Haha.
Itulah tak bestnya celcom sebab takde pakej bulanan utk langganan internet.
Nasib baik ada Umobile. Suka!

Thanks darling for everything..
And you & our children are my everything..

Friday, March 22, 2013

Anak-anakku

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Salam,

Nak cita hal anak2.
Makin besar makin mcm2 kerenah.
Kakak kin ari kin mancal,
Adik pun sama..
Dah kuat meradang, manjak, nak bekukut jak.
Kdak kangaroo dah mek 2.

Dah 10 bulan lebih dah umur adik p kin manjak.
Beranggong, duduk lum tp dah pandey bedekik, betetey sikit2.

Nkah dlm walker, setengah badan keluar dari walker.
Dah suka mutit barang, kakya nkah lam mulut.
Nang mok d pantau bena mun melepasnya main.

Kakak ndak alah2 ngn henpon.
Main game.
Henpon lamak ku d brik ngannya.
Sik nya ngaco henpon baru i.
Iyer, nak madah da henpon baru oi! Hahaha..

Screen tab dah pecah oleh kakak.
Tab nang d bli k kakak study.
Download lagu abc, alif ba ta,
P yalah tek dah xpat pakey gik.
Alahai anak..

Si mama gago ngelepar sia ctok ngan bisnes.
Hehehe..
Lamak ngamal pmc, rasa segar, bertenaga jak koh.
Siyes, sik bulak.
Yang best juak, kulit jd lembut, gebu.. Auw~

Oklah, nak nangga tv lok.
Cita best kat DIVA.

** I makey mobileblog, ya beterabor kit rupa entry ku tok.

Friday, March 15, 2013

Pure Marine Collagen gred AAAA

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Sekarang ni sana sini org dok sibuk dgn pmc ni kan, especially wanita2.
Saya pun tgh consume pmc sekarang & sambil tu bisnes jugak.
Insya Allah next wk sampai la stok.
Yg saya biz ni pmc gred AAAA green colour.



Kelebihan PMC Gred AAAA
  1. Ianya mengandungi kadar kolagen yang sangat tinggi berbanding pmc gred AA dan AAA,
  2. Ia dikatakan sangat sesuai untuk erawat penyakit kronik & menjaga kecantikan kulit (fungsi 2 dalam 1),
  3. Ia kurang berbau dan bersaiz besar serta lebih tahan lama,
  4. Mengandungi klorofil yang tinggi.

Saya hanya tekankan kepada kelebihan sahaja. 
Coz rasanya ramai yg dah tahu khasiat pmc ni.
So, tak perlu la saya nak explain panjang2.

Pmc ni sangant sukar diperolehi, so stok terhad.
1st come 1st serve basis.
The price is RM30.00 for 100gm.

Interested, boleh klik blogshop saya kerana kat situ ada contact details saya.
Or kindly email me at edelnyza@gmail.com.

Ini pmc ORIGINAL yaaa..
bukan celup2.

Berhati-hati sekarang ni nak beli pmc.
banyak yg tertipu. Kena air terus kaler luntur. huhuhu..

Testing

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Testing blogger on the go.

Friday, February 8, 2013

Umei Jack

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Saya ni berketurunan melanau.
Mix actually, malay + melanau.
My daddy is melanau, so saya berbangsa melanau lah kan.

Orang melanau memang tidak lekang dengan umai or umei kata orang sarawak.
Ada banyak jenis umai and my favorite is Umei Jack.

Bapak saya seminggu sekali memang MESTI pekena umei jack.
Isi ikan mentah yang dah diperap dengan perahan limau kasturi.
Ikan apa, saya tak pasti sebab belum cuba buat sendiri.
Selalu makan yang bapak sediakan... hehhehe...




Look at the picture above.
Ada isi ikan, bawang besar/ bawang bakong, sambal cecah & sagu.

Bapak saya selalu pesan kalau makan umei jack ni kena makan dengan sagu,
untuk elak perut sakit.



Gini la rupa ikan yang dah digaul sekali dengan bawang & sambal.
Sambal ni ada resipi tersendiri.
Kena adjust and measure betul2, baru ada kick sambalnya.



Close up.... slurp~
Makan umei jack ni sambil2 minum teh panas... pergh~
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Sedap hingga menjilat jari... hehehhhe...
Kalau kat Kuching, nak try umei ni, boleh pegi kat kedai makan Barong Tinuk.
Linut pun hado kat situ... huishh... terliur sudah saya... hehehhe... :p

Thursday, February 7, 2013

Homemade Tuna Pizza - Air Tangan Suami

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari tu kan, suami kiter buatkan pizza untuk kiter tau.
Suami kiter buat pizza topping tuna & bubuh banyak cheese sebab kiter suka cheese.... hehehhehe...
Geeeeeeeee... sound mengadanya.... ahakss.. :p




Inilah pizza topping tuna hasil air tangan suami tercinta.
Tak nak kalah suami saya ni tau! :p




See... Nampak gebukan  pizza yang suami saya buat ni.




Yumm!!! Sedap hingga menjilat jari.

Suami saya memang suka masak.
Ringan tulang pulak tu,
selalu tolong saya urus rumahtangga.

Terima kasih, Sayang...   :)
Polah gik kelak, mok cheese banyak2... ehekk.. 

Hello :)

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Minggu lepas adalah minggu yang sangat best.
Kenapa ek?
Sebabnya minggu lepas kami 4 beranak shopping!!
hehehhe....

Al-kisahnya jugak, en.suami dapat bonussssss!
Makanya, sebagai isteri, saya pun dapat bonus & anak2 pun mesti la dapat jugak kan..
hehehhe... :p

Bermula hari Ahad,
pencarian single bed untuk kakak.

Dulukan, masa nak kahwin, of course la beli katil baru kan.
Tapi masa tu berdua, so beli katil queen size je la.
Sampai la pindah ke rumah baru.....
En. suami belikan katil baru tanpa pengetahuan saya pulak tu. haip!

Serius, masa suami belikan katil saya tak tahu.
Tetiba je bawak gi kedai perabot nak belikan tilam.
Ingatkan nak gantikan tilam lama.
Bertambah pelik saya ketika itu, suami saya dok santai try tilam king size.
Aik, biar betul... dahlah tilam dia dok santai tu harga nya seribu lebih.
Suami saya nih, kalau dah santai dan senyum2, memang angkat ler satu.
Masa kat kaunter bayaran, baru en. suami bagitau dia dah belikan divan king size.
Beli king size sebab nak space luas sikit katernyerrrrr...

Dan tak sangka pulak bila pindah rumah baru terus mengandung.. Alhamdulillah...
Dapatla si manja Darwisy.
Darwisy tak suka tdo dalam playpen.
Nak tdo peluk2, genggam tangan segala.. alahai... manja betul anak bujang saya ni.
So, tido berempat ler atas katil.

So, bila Darwisy dah besar ni rasa sempit la pulak,
makanya, beli la extra bed untuk si kakak.
Jumpa la single divan angkut dengan tilam sekali.
Campo kedua2 so total dalam enam ratus lebih gitu.
Alahaiiiiiiiiii anak aku, kecik2 dah pakai katil mahal nooo...
takper, alah membeli, menang memakai.. boleh pakai sampai masuk U nanti, insya Allah.. :)

Dah tu ari isnin, pergi Parkson, carik set cadar & comforter untuk kakak bihah.
Seronok dia tido kat katil baru dia tuh.. Katil divan pulak tu... ish, ish... :p

Selasa pulak pergi The Spring & rabu shopping kat Boulevard.
Dan semalam, shopping jugak kat Wisma Satok. heheheh..



Dinner @ Green House





Darwisy @ SugarBun

Amboi, seronok makan fries yer....

Oh iye, satu lagi gigi bawah tumbuh, so sekarang Darwisy ada 4 batang gigi kat atas & 3 batang gigi bawah.. hehehhe...



Mom & daughter
(macam sister & lil sister je kan... ehekk..)

Syokknyaaaaaaaaa dapat shopping sakan... :)
Rindu pulak nak shopping kat Mid V & Sogo... huahauhauhau....
Insya Allah, kalau ada rezeki lebih, boleh ler flyyyyyy... kan Sayang? :p
Kakak bihah pun salu sebut KL, KL... heheh...

Oklah, masa untuk zZzzzzz...
Sudi2 la cuci mata kat blogshop saya.
Gudnite!

Thursday, January 24, 2013

Kakak & Adik

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Saya hari2 from am to pm berada di sisi anak2 saya.
Mereka buat saya ketawa, geraammm, merekalah penghibur saya di kala duka.


Kakak dengan makanan kegemarannya, spaghetti. 
Kalau spaghetti dihidangkan, laju benar dia duduk kat meja makan.
Kakak belum sekolah lagi.
Saya dan husband masih pening sebenarnya nak hantar kakak ke tadika mana.
Tapi rasanya semalam dah ada keputusan yg dicapai,
insya Allah, tak lama lagi sekolah ler kakak.

Beg sekolah dah beli dah.
Bekas air & makanan pun dah ada dah.
Mudahan kakak dapat adapt dengan suasana sekolah nanti.
Maklum ler, asyik bekepit bawah ketiak mama & ayah je... 
hehehe..

Syukur Alhamdulillah, setakat ni, kakak kenal abjad, kenal nombor & kenal alif ba ta.
Sebagai mak bapak, saya especiallynya memang nak anak2 saya dapat education yg terbaik.
Sebab tu pemilihan tadika amat penting bagi saya.
Their early learning/ education is very important.
Maklum la zaman sekarang ni, budak2 pandai2, cepat belajar,
that is why saya nak anak2 saya juga berlumba-lumba jadi pandai.
Well, mak bapak yg taknak anak pandai kannnn???



Eh, ada ribbonnnnn!
Kecian adik kena jadi mangsa fashionita kakak dia.
Selamber je kakak make up adik dia, dan saya pun ambik kesempatan snap gambar.
Alahai kakak, adik tu boy, mana ada paki ribbon... hehhehehe...

8 bulan 2 minggu usia anak bujang saya ni.
Gigi bawah dah 2 batang, dan semalam saya menyedari yang gigi atas pun keluar.
4 batang gigi atas. 

Patutla asal ada je barang kat tangan semua nya nak dimasukkan ke dalam mulut.
Jari saya pun nak gigit. 
Kalau dukung, sekarang ni bahu saya ni pun dah kena gigit.

Seronok ada anak. Rasa cam nak tambah anak lagi... miahahahaha...
Oklah, dah larut malam... Masa untuk zzzzZZZzz......
Gudnite!

Maulidur Rasul

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Kepada yang bekerja, seronok ler sebab cuti umum sempena Maulidur Rasul.
Actually saya takde idea pun hari ni.
Layan je la vid kat bawah ek...
Selamat bercuti.. :)






Monday, January 21, 2013

Merlin - Habis sudah....

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Siapa suka tengok Merlin, sila angkat tangan...
hehehhe...

Dulu, saya tak minat sangat dengan citer Merlin ni,
but since season 3, fanatik pulak dengan Merlin.
Dengan dress2 yang Morgana pakai dalam citer tu,
waduhhh... memang gothic and i likeeeeeeee... ehekk.. :p





Tak sangka season 5 adalah finale season untuk drama bersiri Merlin.
Alaaa... sedihnyer... sekejap sangat..
Buatlah citer panjang2 cam CSI sampei season 13... huhuhu...

Kalau kat channel DIVA, ada Merlin season 1, terpacak ler saya depan tv.
Dan kenapa la endingnya sedih...
Arthur mati la pulak....
Dan Emrys a.k.a Merlin tua camtu je..

Seriusly, saya sebak tengok ending citer ni.
Emotional sungguh...
Well, kataaaaaaa fanatiiikkk kannnnn... hehehe...

Actually kan, banyak drama series yang saya suka tengok di channel DIVA, AXN, AFC & TLC;
The Good Wife, How Do I Look?, Top Chef, Army Wives, Grimm..
sebab itu la kerja2 kat rumah asyik tertangguh..
wahahaha...


Merlin dah tamat, and now cant wait for Fairly Legal season 3.
Oh Colin Morgan...........


Friday, January 18, 2013

Lagi Update - Honeyz Boutique

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

New update di honeyz boutique.


Tudung Instant Chiffon 2 Layer Tone



Tudung Instant Ferina

For more color & details, 
kindly visit here... :)

More coming soon to update,
bawal instant, tudung pesona, etc.. :)

Thursday, January 17, 2013

New Tudung Update :)

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam you alllllllllss...

Nak bagitau,
setakat ni 2 jenis tudung dah di update kat my blogshop.

Nanti update lagi.
Jenuh jugek tangkap gambar satu2... uhukk...

Insya Allah, malam ini atau esok akan update
tudung2 instant pulak.  :)




Halfmoon Shawl



Syria Lycra Plain

Nak tengok color2 lain,
sila la ke honeyzboutique... :)


Actually, banyak lagi color tapi dah kena borong dek kawan2 saya.
Kepada kawan2 saya yang dah beli tu, 
saya ucapkan bebanyak terima kasih kerana membeli.
Sokongan anda amat saya hargai.. :)

Friday, January 11, 2013

New Stock Arrived :)

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

New stock arrived yo..
Will update soon kat honeyz boutique.

Stok kali ni kebanyakannya tudung2 instant.
Ada bawal instant, syria of course, chiffon 2 layer tone dan banyak lagi la... :)





Fyi, especially kepada rakan2 saya, tudung2 ni semua high quality,
grade sama macam yg dijual di butik2.
Kalau kat Kuching nih, grade sama macam di butik almas, ses pesona,
but the price is still reasonable, so,
no worries ya... :)

Kepada kawan2 yg nak datang tengok tudung di rumah,
tak kesah la sama ada di trinora or semariang aman,
you are welcomed... :)
Sambil2 tengok tudung, boleh ler gosip2 bagai kan... hahahha...
cash on delivery di area petra jaya dan satok je yer...

Thursday, January 10, 2013

Alahai Darwisy

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Darwisy dah berusia 8 bulan.
Perangai boleh tahan nakalnya...

Kalau nak menyusu, tak boleh lambat,
melalak ler dia...

Kalau barang kat tangan dia, kita ambik,
meronta-ronta ler dia...
bukan takat meronta-ronta, pandai hempas diri jugekkk anak bujang saya nih...



see you allssss....
manja bukan main lagi...

Nak dijadikan cerita utk entry kali ini,
en. Edel nite shift so kami 3 beranak stay kat umah mak.

Bila nak tidurkan darwisy,
darwisy gelisah tek tentu pasal,
menangis, menangis... eee... bingit!

Bapak & mak ketuk pintu, tanya kenapa...
bapak suh turun g bilik kat bawah, pasang air cond, maybe darwisy panas.
Actually, kat umah mak setiap bilik ada iarcond, 
cuma bilik kami tu aircond belum service lagi, so tak sejuk.

Bila dah on aircond, aik, mengadanyaa...
terus diam kohhhhhhhhhh...
ngegeh!!!

Maybe darwisy dah terbiasa sebab kat rumah kami memang setiap malam tidur ber-air-conditioner.
sama la macam kakak dia, Nabihah.
nak tido air cond je... jenuh la laki aku bayar bil letrik setiap bulan... hehehe...
adat ler kan bila dah berumah sendiri... :p

Oklah, time to bed.
Well, saya kurang sihat...
Mengantuk lepas menelan panadol...
Nanite!!
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting