Sunday, January 30, 2011

Potato Gratin

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam..

Malam semalam, aku buat Puding Caramel. Dan pagi tadi, gigih bangun awal nak buat Potato Gratin untuk breakfast. Asyik nak "melantak" je aku nih. hehehe...


 Potato Gratin. Yummy!!


 "mmm.. shedaaaap"

Nabihah suka sangat... Oh, en. Edel pun sukaaa... :)

Seronok rasanya bila suami & anak suka. Mak aku pun suka.

Mak   :  Kelak molah gik zaa...


Kasi close-up buat korang terliur. heheheh.. Terliur ke..??  :p

Resipinya aku dapat dari blog kakak aku. Lama dah nak cuba buat, baru sekarang sampai hajat di hati. hehehe... Cuma aku ubah-ubah sikit bahan-bahan dia.

So, sedia kertas dan pen, chewah.. resipinya:

  • 4-5 biji kentang (dihiris nipis, hiris membulat ye)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Minced beef (optional, boleh guna isi ayam, udang, hot dog, ikut citarasa anda)
  • Grated mozarella cheese (aku guna cheddar cheese yang diparut halus)
  • White sauce
Untuk White Sauce:
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • Garam & lada
Masukkan butter ke dalam periuk, cair dan masukkan tepung. Bila dah smooth, masukkan susu dan gaul dengan api yang perlahan. Gaul hingga takde ketul-ketul. Masukkan sedikit garam & lada.
  • Aku gorengkan bawang & minced beef, alaaa, macam goreng cornbeef. Letak garam sikit, lada & perasa. Masak sekejap je, taknak kering sangat.
Seterusnya:
  • Susunkan hirisan kentang ke dalam loyang.
  • Kemudian taburkan minced beef yang sudah digoreng tadi dan diikuti dengan cheese
  • Susunkan lagi kentang
  • Letak minced beef lagi, masukkan half white sauce dan tabur cheese lagi
  • Susun lagi kentang,
  • Letak minced beef & cheese
  • Susun kentang lagi
  • Masukkan minced beef, baki white sauce tadi dan tabur cheese di atasnya. Letak banyak sikit cheese.
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar hingga masak. (180'c) - kalau cheese dah bertukar jadi brown, masak ler tu...
Sedap di makan panas-panas. Selamat mencuba!

Puding Caramel

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam...

Petang semalam, kami 3 beranak jalan2 di e-Mart, nak beli barang sikit. Dah tu, seperti biasa, sempat aku merembat bahan-bahan untuk mencuba resipi. hehehe...

Sekarang ni, semangat betol aku nak cuba resipi-resipi baru. Semangat nak "berumah sendiri" kot... hehehe...

 Puding Caramel

Aku guna loyang besar, sebab tu puding "mepeh" je rupa. heheh.. Tapi sodap weyhh... hehe..


Anak tegar yang menunggu mama dia buat puding. Last nite aku buat, masa ni tengah tengok tv cerita hantu thailand sementara tunggu puding siap dikukus. Nabihah layan tengok cita hantu, tak takut langsung.

So, seperti biasa, aku sertakan dengan resipinya:

  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung jagung (aku guna tepung kastard)
  • 2 sudu besar esen vanilla
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
Untuk gula hangus:

Masak gula hingga cair. Dah cair, tuangkan air panas. Kacau sebati. Tuang terus ke dalam loyang dan dibiarkan sejuk seketika.

Puding:

Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan susu cair. Pukul sebati. Masukkan esen vanilla & tepung jagung (ataupun tepung kastard) dan gaul rata. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus 20 minit ataupun hingga masak.

Selesai. Letak dalam peti sejuk semalaman, fuh! Lagi sedap.. heheh..

Selamat mencuba!  :)

Friday, January 28, 2011

Ekspidisi Mendaki Gunung

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam..

Hari ni aku, Syarifah & bos bersama dengan SAO Siburan, pelajar UNIMAS, pihak Muzium, pihak forestry & banyak lagi dari agensi lain termasuk pelancong dari KL telah pergi ke Kampung Peninjau, Bau. Tujuannnya adalah untuk mendaki Gunung Serumbuk, Bukit Peninjau.

Bukit Peninjau ni tempat bersejarah zaman pemerintahan Brooke. Bukit ni tempat Rajah Brooke meninjau musuh di Bau. Dulu Bau terkenal dengan pusat lombong emas. Pahlawan Liu Shan Bang terkenal dengan keberaniannya menentang pemerintahan British suatu ketika dulu.


 Me & Syarifah

Gunung kat belakang itulah yang kami daki


 Meet me half way... Di pertengahan jalan, sempat snap pemandangan dari atas gunung. Nampak bandar Bau.


 Sampai di puncak! Menuju puncak! ceyy.. ala2 akedemi fantasi la pulak.. hehehe..

2 jam berjalan, mendaki batu, meredah hutan dan curam, akhirnya sampai ke puncak.


 Di sini lah tapak rumah meninjau Rajah Brooke dulu



Antara yang menyertai ekspedisi. Actually ada ramai lagi, tapi masa ni diaorang dah turun ke sungai. Kami masih sibuk snip snap. Banyak penemuan artifak juga.



Sempat mek duak kohh.. hehe..

Masa ni semua dah turun ke sungai tapi aku & Syarifah stay kat atas je. Dah tak kuasa nak turun naik nak redah hutan. huhuh... Penat ok!

Perjalanan balik ambil masa 1 jam 30 minit. Jalan curam dan licin, hujan malam sebelumnya. Ini kali kedua aku mendaki gunung. Best tapi ngeri... hehehe...

Dalam pukul 2.00 pm, aku, Syarifah, bos & Pak Udin (driver) pecut ke Bau untuk makan. Perut dah bergendang maaa... Kami singah di kedai makan Siti berdepan dengan Kolej Komuniti.

Aku sms Ibu Iman, tapi xda reply. Sampai di Kuching, baru Ibu Iman reply, rupanya Ibu Iman dalam kuliah, mengajar. Kalau dia free tadi, ingatkan nak ajak sekali makan, dapat ler borak2.. hehehe... Sikpa, next time k mira.. :)

Oklah, dah rasa sakit2 kaki ku ini. Nak rehat, esok & lusa cuti! Happy Weekend!!

** 2 gunung sudah ku tawan... hehehe...

Thursday, January 27, 2011

Budak-Budak Comel

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Tengahari tadi masa aku balik lunch, my SIL singgah ke rumah selepas dia hantar anak dia (Yaya) ke tadika. Tapi dia tak berseorangan, budak comel pun ada jugak!

 Inilah budak comel itu! Zidan!!! Umur dia baru je 3 bulan tapi berat dia dah  cecah 7kg! Gerrrraam!!!



 Kejawak jak rupanya lok....



 Kalau ada rezeki mengandung lagi, nak2 la baby boy. hehehe..



 Masa kitaorang snip-snap ni, Nabihah tdo. Kalau Nabihah tak tido, jangan harap ler aku nak dukung Zidan. Nabihah dah pandai cemburu sekarang. Kalau dulu dia tak kesah pun aku nak dukung baby.



Seorang lagi budak comel yang cemburu & merajuk bila mama dia tunjuk gambar di atas. Manja sangat Nabihah ni.

Leka sangat bermain dengan Zidan, tengok jam pukul 2.15pm, lambat dah nak masuk pejabat. Drive keta macam 2 fast 2 furious. hahahah...

Sampai2 je kat ofis, tengok bos takde. Rupanya bos pergi klinik. Fuhhhh... Nasib baik tak terkantoi aku lewat. hahahah...  :p


**Esok ada aktiviti pelancongan di Bukit Peninjau, Bau.

Despicable Me

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok


Salam..

Ada yang dah tengok cerita ni?

Lawak la... Berkali-kali tengok masih boleh gelak goleng-goleng.. hehehe...

Antara fav movie Nabihah.

Mesti TENGOK!!

BEST!!

Wednesday, January 26, 2011

Rindu

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam...

Haip! Pagi-pagi dah rindu... Rindu kat saper ek? hehehe... Hari-hari aku rindu, rindu en. Edel, rindu Nabihah, rindu mak, rindu bapak, rindu kakak, rindu abang, rindu adik, rindu anak-anak buah. Tak kira dekat mahupun jauh, hari-hari rindu. hehehe...

 Anak kepada kakak aku. Mereka di NZ buat masa ni, insya Allah bulan Ogos or September nanti diaorang balik ke tanahair.  Rindu sangat kat budak 2 orang ni!!


 Anak kepada abang aku. Kalau budak 2 orang datang ke rumah, kecoh rumah ok. Sekarang ni Nabihah dah pandai gaduh dengan cousin-cousin  dia. Gaduh2 biasa je, budak2 kan.. Tapi yang biasanya mengalah adalah cousin la, Nabihah nak mengalah? Jangan harap... Boleh tahan sentap Nabihah tau! hehe..


 Mohd. Haidar Zidan. Geram tengok! Tengah usaha nak dapatkan baby boy ni. Hahahaha...


Mem besar!

Tak sabar nak tunggu raya, Insya Allah, kami berkumpul ramai-ramai. Tak sabar nak tengok kerenah budak2 berkumpul. hehehe..

**Hati saya banyak senang... Harap semua urusan selepas ini berjalan dengan baik & lancar. Amin... (kenyit mata kat mira)  :)

Tuesday, January 25, 2011

Fasha, Jejai.. putus

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Tajuk muka depan Harian Metro hari ni menarik perhatian aku.

Fasha, Jejai sudah putus - Anggap perpisahan suratan takdir. 

Ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai semalam mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir. Jejai juga menegaskan bahawa bekas isterinya, Nora Danish, sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan mereka.

Antara kandungan dalam Harian Metro.

Allah Maha Kaya.

Kalau kita ambil hak orang, hak itu tidak akan kekal bersama kita. Sesunggunya tiada yang kekal selain Allah swt.

Sunday, January 23, 2011

Puding Roti Sos Kastard

Coretan M.A.M.A 9 Ngabas Sitok
Salam..

Semenjak dua menjak ni kan, mood "bake" aku ON. Nak buat kuih la, nak buat puding la. 2 hari lepas aku buat tiramisu. Pagi ni pulak aku buat puding roti sos kastard. Actually lama dah aku mengidam, kebetulan semalam kami jalan-jalan di e-mart, sempatla rembat bahan-bahannya. hehe..

 Sedap hingga menjilat jari.. hehehe..


Puding Roti Sos Kastard

Siap ada hiasan bunga, mak aku punya idea.. hehehe...

Mak   :   "Jap!! Nkah bunga sak kacaknya dalam gambar"

Nak resipi?

Bahan-bahan:

   8 keping roti
   * 500 ml susu segar
   * 4 sudu besar gula halus
   * 2 sudu besar butter (cairkan) - aku cairkan dengan kaedah double boil
   * 2 biji telur
   * 1 sudu teh esen vanilla
   * 1 sudu besar tepung jagung
   * 1 sudu kecil serbuk cinnamon (serbuk kayu manis)
   2 sudu besar kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
   1 tin susu cair
   2 sudu besar tepung kastard
   2 susu besar gula

Cara-caranya:
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter
  2. Gaul rata bahan-bahan yang bertanda * dan tuang ke atas roti tadi
  3. Biarkan selama 15 minit supaya roti berendam sepenuhnya
  4. After 15 minit, taburkan kismis di atas adunan
  5. Bakar pada suhu 180 'c selama 30 minit atau sehingga masak
Untuk sos:
  • Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
  • Gaul perlahan-lahan hingga menjadi sedikit pekat
Puding roti masak, tuangkan sos ke atasnya dan siap untuk di makan.

Selamat mencuba!

**Nanti nak try buat Pavlova pulak.. hehe..  :)

Friday, January 21, 2011

Si Cantik

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam..

Hari ini aku cuti. Saja je ambil cuti nak rehatkan badan & minda. Bos masih travelling lagi, aku sms je bagitau aku cuti, lagipun suma keja dah settle.

Semenjak dua menjak ni, tak seronok rasanya nak pergi kerja. Ntahlah. Agaknya sudah menjadi budaya sekarang, rakan sekerja tak boleh dipercayai. Suka main tikam belakang. Suka menganiaya sesama sendiri, sesama Islam. Entahlah.. Semakin hari semakin menjadi-jadi sikap dengki diaorang. Aku beserah je, Allah maha Mengetahui dan biar Allah saja yang membalas perbuatan mereka.

Dah! Tak nak emo-emo, hari ni kan hari Jumaat. Ok, back to topic, Si Cantik, tak lain dan tak bukan Nabihah ler. Sapa lagi nak puji anak kalau tidak mamanya.. hehe.. Sekarang ni, perangai manja & nakal si cantik ni menjadi-jadi. Aku tegur sikit je, mulalah nak drama queen. Peguam bela iaitu Atok & Nenek akan pujuk Nabihah, tu lah makin manja.

Jom layan gambar...


 Nabihah with her cousin, Kakak Yaya



 @ Boulevard

Lama dah gambar ni, mama nabihah baru teringat


 Menunggu pizza


 Senyum...


 Nabihah & cousin, adek Zidan (adik Yaya)


 Ni baru je pagi tadi. Orang duduk kat kerusi, Nabihah duduk atas meja.


 Boleh menari-nari pulak tu


Peguam bela @ atok kat blakang rilek je, aku yang membebel. Bebel ponn sempat snap gambar, bukan apa, saja nak tunjuk kat Ngah Ijot dia.

To my sis: Berolah sik anak buah ko tok? ehehe...

Oklah, rasanya nak kena berhenti ni. Nabihah "uk, uk".. hahahaha..

Happy Weekend!


**Tengok tickers hari ni kat atas nun: Nur Izzah Nabihah is 2 years, 2 months & 2 days old dan Edel  & Nyza have been married for 3 years, 3 months and 3 days.

Thursday, January 20, 2011

Tiramisu

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam..

Semalam, balik keje, gigih aku ke dapur. Dalam dua hari lepas, memang gigih sangat aku ke dapur. Biasanya balik keja memang tak bertenaga lagi nak buat keja2 di rumah. huhu...

Hari sebelum semalam, aku masak kerang & udang untuk makan malam. Maaf ek, takde ambil gambar, perut lapar, tak kuasa... 

Malam tadi aku buat tiramisu. Lama dah tak buat.... Rindu la pulak... hehehe...

Maaf ye nampak sememeh. Pagi tadi aku bangun lambat, berebut pula nak turun keja, jadi bila potong tu tak hengat nak potong cantik2, kemas, jadinya... sememeh. Sememeh punnn.. tetap sodaaaaapp noks.

Nabihah suka, sebelum pergi keja tadi sempat suapkan Nabihah & what she said,

"mama, mmm, shedaaaaapp"

Sebelum-sebelum ni aku guna jejari biskut tapi untuk kali ni aku guna sponge kek. Nak resipi?

1 biji sponge kek atau apa2 kek. 

250ml krim putar

250gm krim cheese (aku guna Philadelphia)

1/2 gula halus (depends ya, kalau nak manis boleh tambah sikit)

1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)

1 sudu makan sebuk nescafe (serbuk kopi lain pun boleh)

serbuk koko untuk hiasan

Cara membuat:

Pukul krim cheese + krim putar dan gula hingga kembang, takde ketul-ketul.

Sponge kek dipotong dua bahagian (terpulang ek, nak potong kiub pun boleh)

Masukkan 1 bahagian kek ke dalam mangkuk kaca keserol

Letakkan air kopi yang dah dibancuh (tuang dengan sudu ke atas permukaan kek)

Kemudian letakkan dan ratakan adunan krim cheese di atas kek

Lepas tu, letakkan 1 bahagian kek lagi di atas lapisan krim cheese

Ulang lagi dengan bancuhan kopi

Letakkan dan ratakan adunan krim cheese lagi

Ratakan cantik-cantik

dan taburkan serbuk koko di atasnya

SIAP!

Masukkan ke dalam peti sejuk dan dibiarkan semalaman.

Senang je kan.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 19, 2011

Bakat

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam...

Hari ni, esok dan lusa boleh berjimba di ofis sebabnya bos traveling. hehehe.. 

Tadi cek satu-satu folder, nampak ada gambar Nabihah yang posing comel. 

Anak aku ni memang ada bakat dan mesra depan lensa. Macam mama dia jugak.. hehe..

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan?? *kenyit mata kat en. Edel*

Jom tengok gambar  :)


 Pics memang tak clear coz dari kamera henpon aku... 

Ni tengah testing2 camera hp baru.. :p


 Tengok lagak Nabihah... Ada bakat jadi model kan... Memang mesra depan lensa...


 Nabihah & her writing board


 Ayah & Nabihah

Ngegeh Nabihah lok.. :p


 Bunyi gitar... Irama twist... 


All pink

Pepet pink, baju pink, skirt pink..

Ada masanya payah nak suruh Nabihah posing. Kalau mood bergambar dia ON, spontan je dia posing. 

Boleh dikatakan bab2 posing Nabihah ni adalah bakat semulajadi.. hehehe.. 

Boleh ke? Sebab tajuk entry pon bakat... hehe..
Actually mama Nabihah tak tau nak letak tajuk apa... 

Monday, January 17, 2011

Shawl & Syria

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam..

Semalam aku ajak en. Edel pergi ke Wisma Satok. Tujuannya, aku nak cari shawl dan tudung syria. Lama dah tak borong tudung. hehehe....

  1. Shawl kaler kelabu
  2. Shawl kaler hitam
  3. Shawl cinta  kaler hitam
  4. Syria cinta kaler coklat
  5. Printed syria
Hasil rembatan di S.E.S PESONA. Rambang mata mak... 5 items boleh dikatakan borong ke? hehehe...

Lenggang kangkung naik 2nd floor, jumpa ibu iman a.k.a mira. Tetiba blur pulak. Mana taknya, dok rambang mata nak pilih, pastu terjumpa mira yang sedondon dengan aku pakai baju kaler biru. hehehe...

en. Edel : Banyaknya beli...

aku: hehehe...

en. Edel : Kan kita nak pergi KL nanti...

aku : *senyum je*

Kat KL nanti aku borong lagi... Borong untuk raya.. hehehe.. :p

Oklah, en. Edel dah datang menjemput. Balik!

Thursday, January 13, 2011

Tangkap Gambar

Coretan M.A.M.A 10 Ngabas Sitok
Salam..

Ahad lepas, kami 3 beranak singgah ke PUSTAKA. Kami ke sana bukan nak beriadah mahupun jogging tapi tujuan kami adalah untuk tangkap gambar.

Dan seperti biasa modelnya adalah model cilik sebab dialah satu-satunya model cilik yang en. Edel ada buat masa ni dan model tetap en. Edel. Model lain.....??? Harus mendapat approval dari aku dulu... hahahaha... :p

Jom tengok gambar!


Anak manja


Suka posing


cantik!


"Nak posing camne lagi ek..?"


Nabihah & mama


Payahnya nak suruh anak posing


Kalo kami masuk contest mak & anak seiras, boleh menang tak? hehe..



"Mama... penat!"



"Ayah, boleh ke posing camni..?"


Model tetap dan selamanya kepada en. Edel


No, no, no..


Jom poco-poco


Pengsan korang tengok banyak gambar... hahaha..  Ada banyak lagi tapi itu yang aku pilih untuk tatapan anda especially for my big sistah di NZ.. hehe..



**Hari selasa lepas, aku ambil result pap smear dan Alhamdulilah semuanya dalam keadaan normal. Bayak lega hatiku... :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting