Salam 1 Malaysia
Wahh... Dah pertengahan tahun 2010, mula la nak merancang untuk tahun 2011. Pada suatu hari, en. Edel tetiba je menyuarakan hasrat nak melancong ke Bandung, Indonesia. Aku tak kisah, mana-mana pun boleh, sebab aku memang suka cuti-cuti melancong. Sekarang ni nak buat passport idak ler mahal sangat. Masih lagi dalam perancangan. Insya Allah, ada rezeki lebih, boleh melancong ke Bandung.
Bandung, Jakarta. Kalo tak silap ini bangunan bersejarah.
**Sumber dari pencarian Google
Great Mosque of Bandung
**Sumber dari pencarian Google
Ini pula salah satu tempat nak bershopping sakan. Aku search Google, tak tahu nama tempat apa. Hehehe... Hentam saja la...
Ofismate aku dah menjejak kaki ke Bandung. Kawan aku tu cita memang heaven shopping di Bandung. Banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Excited aku nak ke sana! Tapi, masih dlm perancangan. Harapnya menjadi ler... hehehehe.. :p
Haaa... Agenda Perancangan 2011 seterusnya adalah.... BABY! hehehe.. Sekarang ni, aku & en. Edel dah plan nak anak kedua. Insya Allah, kalau ada rezeki, nak ler baby boy. Sekarang ni aku tengah menyediakan diriku ini untuk hamil lagi, kalau ada rezeki... Nak cuba dapatkan baby boy. Kalau ditakdirkan megandung lagi, dapat baby girl lagi, aku tak kisah. Anak itu anugerah Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Setakat bulan Julai 2010 nie, itu saja perancangan untuk tahun 2011. Esok lusa tak tahu lagi, ada lagi tambahan kot. Hehehe...
Oklah, dah tengah malam. Mata pun dah letih. Gudnite.




2 Ngabas Sitok:
mudahan dapat baby boy! mek sukaaa :)
perancangan yang bagus...hihihi...
Post a Comment