Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Rumahku Syurgaku

Coretan M.A.M.A 10 Ngabas Sitok
Salam...

Hari ni dah hari yang ke-22 kita di bulan Ramadhan.

Tahun ni masa sangat cepat berlalu.

Dah nak raya dah rupanya...

Ok, ni saja2 nak update perihal rumah kami.

Since bulan july until now, kami ulang-alik dari rumah mak ke rumah kami, mengecat, mengemas, punggah barang.

Sekarang ni, orang lain sibuk shopping raya. Kami pula sibuk shopping barangan keperluan rumah. Tahun ni kami beraya ala kadar je. Janji dapat beraya di rumah sendiri... hehehe..



Macam ni la keadaan rumah hari pertama kami dapat kunci dari lawyer. Actually, kami 2nd owner. Rumah ini pada mulanya dibeli oleh orang lain tapi tak pernah diduduki. Pernah ada penyewa tapi cuma 3 bulan sahaja. Oleh kerana kami pernah ditipu oleh pihak SPNB, kami "jerak" dan tak peduli, rumah lama ke rumah baru ke, as long kami ada rumah sendiri untuk berteduh. Tambahan pulak, sekarang ni rumah single storey inter dah mencecah RM200k +++. Nak2 RM1k +++ bayaran bulanan. Mahal kan harga rumah sekarang. Every month harga rumah akan naik... hmmm....  Eh, terbabas pulak dahh... :p








Gambar-gambar di atas selepas rumah dibersihkan, dikemas, di cat. Pemilihan warna, of course saya maaa...Tengok Nabihah, dah tido kat katil baru.. :)

Gambar2 di atas di ambil 2 minggu yg lepas, masih berterabur lagi. Kalau sekarang, dah kemas, cantik dah.. Dan dah ada dapur memasak, tong gas, dah boleh masak dah... hehehhehe... :p

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya kami memiliki rumah sendiri. Rumah ni aset paling penting dalam kehidupan, nak2 lagi bila dah berumahtangga. Jutaan terima kasih kepada suami @ en. Edel yang banyak melabur dalam urusan rumah kami. Terima kasih Sayang...

So, jemput2 lah datang beraya di rumah kami nanti yer! hehe... XD


Dan, inilah anak dara saya yang dah besar. November tahun ni 3 tahun dah umur Nabihah. Manja sangat2. Posing dengan baju raya dia.. hehehee... Raya tahun ni, utamakan Nabihah. Plan Sabtu ni nak shopping barang raya Nabihah.

Saya dah puas shopping. Shopping rice cooker, kettle, pinggan-mangkuk, kuali, pan, keperluan dapur. hahahahah... Rupa macam barang biasa2 je kan, tapi sampai gak RM1k! heheh... Nasib baik la ada sedikit saving. Ada hikmahlah bila suami tak kasi beli keta, dapat saving. Tapi suami sediakan kereta utk saya.. hehehe... :p

Oklah, takleh lama2 celoteh. Esok nak keja. Saya nak tido awal. Hari ni saya letih sangat2 sebab di tempat keja tadi ada discussion. Sekarang ni, saya dah ceburi bidang perniagaan. Peluang mempelajari bidang perniagaan ini datangnya dari boss saya, dan Insya Allah, saya akan berusaha dan tidak mensia-siakan peluang & kepercayaan mereka. Saya belajar sikit2, dan saya percaya lama-lama jdi bukit. Insya Allah, TIADA YANG MUSTAHIL. Itulah matlamat hidup saya sekarang. Yang penting, USAHA!



Dan, berapa banyak dan la... Gambar di atas adalah pembakar semangat saya untuk ke arah business-women-to-be. Insya Allah! Amin... Dalam masa 2 tahun, impian saya adalah untuk memilikinya... V.I.O.S. hehehe...Aminn... :p  Insya Allah.

Ok, gudnite. Selamat berpuasa... :)   xoxo.



**Tiada yang mustahil.

Saturday, March 12, 2011

Mencari Ilham

Coretan M.A.M.A 10 Ngabas Sitok
Salam...

Aku dan en. Edel dimaklumkan hujung bulan mac ni, siap segala dokumen berkaitan dengan rumah yang kami beli pada November 2010. Masalah kami dulu dengan SPNB, dah settle dah, diaorang dah bayar balik duit kami keseluruhannya. Tapi, saki-baki sakit hati dengan SPNB ni masih ada dilubuk hatiku. Mana tidaknya, kalau projek perumahan diaorang berjalan lancar dulu, last year dah kami merasa duduk rumah sendiri. haaa... Mungkin rumah tu bukan rezeki kami, ada hikmah di sebaliknya. Allah SWT akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya... :)

So, sekarang ni, tambahan pulak ni dah bulan Mac, otak aku ni asyik memikirkan design dapur, ruang tamu, sofa, bilik tidur, meja makan, perabot & macam2 lagi la. Tapi, sebagai seorang isteri, chewaahh... Of course, ruang dapur menjadi tarikan utama. Sebab disitu lah masa seorang isteri & seorang ibu banyak diluangkan, setuju? hehehe... :p

Sumber: Carian google

Cantiknya design ni, sesuai sangat dengan ruang dapur aku nanti yang comel. Rumah sekarang ni, ruang dapur kecik je tau.

Sumber: Carian google

Design ni pun aku suka! Cute sangat-sangat, simple, sesuai bebenor... hehehe... Tapi, kalau diberi pilihan, design 1st pic kat atas nun mejadi pujaan hatiku... But, ada tapi lagi... Taknak kabinet kaler putih la, cepat kotor. hmm...

Selain dari ruang dapur, ruang tamu pun kena cantik juga. Aku ni suka yang simple sahaja, simple tapi nampak moden & elegan. Aku suka perabot yang comel-comel je.


Sumber: Carian google

Cantik! I likeee! Kedudukan pintu, tingkap memang sama la dengan rumah kami nanti. Sofa, coffe table pun tak heavy sangat, simple je. Suka!!

Tak sabarnya nak menghias rumah sendiri, nak memasak di rumah baru nanti. Awal-awal aku dah bagitau kat en. Edel,

"Oven k nunok kuih mesti ada Sayang...".

Aku kan suka buat kuih... Haruslah... hehehe...

Semoga urusan rumah kami kali ini berjalan dengan lancar, Insya Allah.. :)



**Rasa mok molah puding or agar-agar jak eh... :p
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting