Friday, July 30, 2010

Lumba Perahu Hari Pertama

Coretan M.A.M.A
Salam,

Hari ini adalah hari pertama untuk Sarawak Regatta 2010. Kami kakitangan Pejabat Residen Bahagian Kuching memang busy ke hulu ke hilir di Waterfront Kuching membuat persiapan. Kami berada di Waterfront dari pukul 8 pagi. Acara bermula pukukl 2.30pm. Tapi pagi-pagi lagi dah ramai orang bertandang di Waterfront.

Aku dilantik menjadi Urusetia untuk Unit Hadiah. Tetapi, hari ini bos suruh aku jadi photographer dgn menggunakan kamera Nikon D90, ofis punya. Aku boleh la reti sikit guna dslr. Sikit je tau. hahaha.. Memang salu tanya2 kat en. Edel. Masih ingat lagi masa meeting last week, bos offer en. Edel utk jadi photographer, bayar cash tetapi, tawaran ditolak kerana tak cukup lense. huhuhu... Takde zoom lense. en. Edel bagitau aku zoom lense harganya dlm 6k. Masya Allah, mahal sungguh... Tawaran diberikan dengan photographer luar.

Masih longgar lagi teknik aku.. tetttt! Dasar aku bukan PRO maaa.. hahahha.. saya budak baru belajar maaa.. Nasib baik ada photographer Metro yang bagi tunjuk ajar. Meleleh air liur tengok zoom lense yang pihak media guna... huhu.. Kawan2 cakap aku memang ada skill, kalo hari2 belajar shoot dgn dslr, agaknya boleh la semi-PRO. hahahha.. Berangannnnnnn tinggi sangat aku ni. tettttttt..!  :p 


LANDAS yang mewakili Land & Survey. Diaorang ni memang hebat. Asyik team diaorang je yang menang.


SERI URAI TEAM








Tuan Residen ditemubual oleh pihak RTM


Ambik kesempatan.. Bujat dak tok, ambik kesempatan aku tengah pegang kamera. hahahah..



Aku taknak ketinggalan... Mesti mau posing jugak.. hahahahah...

Alhamdulillah, untuk hari pertama Sarawak Regatta 2010, semuanya berjalan dengan lancar. Esok hari keduaaaaaaa... Hari Ahad, pagi, Majlis Perasmian oleh Timb. Ketua Menteri Sarawak dan Majlis Penutupan di sebelah petang ditutup oleh YAB Tuan Yang Terutama (TYT).

Oklah, esok nak bangun awal. Pukul 7am dah mesti ada kat Waterfront. Takde rehat la weekend ni.. huhuhu..

Selamat Malam.


**Nak explore, study Canon EOS 7D. hahahha.. boleh en.Edel sayang..? hehehe.. :p

0 Ngabas Sitok:

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting