Salam Syawal..
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Esok aku dah mula masuk keje selepas 2 minggu bercuti raya.
1 Syawal, selepas Sembahyang Raya, seperti biasa, kami sekeluarga berkumpul, bersalam-salaman memohon maaf.
Keluarga besar aku... Semua adik beradik ada cuma kakak aku yang tak dapat balik beraya bersama. Takper, insya Allah, raya tahun hadapan, kami berkumpul ramai-ramai... :)
Bapak dan mak bersama cucunda
Aku dan abang-abangku
Bersama bapak, mak dan abang-abangku. Aku ada 6 orang adik beradik. Kakak tak balik, tinggal 5 je laa... huhuhu... Kakak sambut raya bersama suami dan anak2 di Auckland. Xpa sis, raya tahun depan kita melaram bena aaa... molah kuih, molah biskut bermacam2 jenis.. hehehe.. Insya Allah..
Aku bersama suami & anak tercinta
Abang aku no. 3 bersama isteri dan anak tercinta. Kakak ipar aku ni pregnant. Insya Allah bulan 10, next month, melahirkan... dah scan dah... Insya Allah, baby boy.. hehehe..
Ini pun abang aku. Abang no.2 bersama isteri & anak tercinta
Cousins
Nabihah bersama cousin-cousin dia... hehehe.. Comel sungguh...
Mak bersama anak perempuan & menantu-menantu perempuan
Ada juak si kecik 2 orang ya nyelit.. hehe..
Bapak bersama anak-anak lelaki, menantu lelaki & cucu lelaki.. Yang baju hijau tu abang sulung aku. Isteri & anak dia tak berapa sihat, sebab tu xda dalam gambar. Yang berambut pjg pulak tu adik aku. Adik aku ni masih belajar lagi.
Harus ada... Org empunya blog & anak tersayang..hehehe..
Meriahnya raya kan... hehehe... Anak kecik anak besar, sakan beno nak beraya... hehehe... Oklah, setakat ini saja dulu cerita 1 Syawal.. Nanti nak cerita 2 Syawal pulak... Tungguuuuuu... :)