Salam,
Alhamdulillah, hari ni kandungan saya dah masuk trimester ketiga. Hari ni genap 7 bulan usia kandungan saya.
Baby, Alhamdulillah, sangat aktif. Sekarang ni selera makan semakin bertambah-tambah, tapi kena kontrol diet jugak.
Jumaat ni saya half day sebab nak check up di Klinik Healthcare. Doc akan buat scan, tak sabar nak tengok baby :)
2-3 malam lepas, en. Edel ada sebut nak buat scan 3-D. Saya berpendapat kalau nak buat scan 3-D, buat masa kandungan 8 bulan nanti. Baby dah hampir matang, puas nengok secara detail kan... hehehe..
Kakak dah tak sabar nak tengok adik. Kakak Nabihah ni manja, kadang2, nampak air muka dia berubah cemburu bila ayah & mama dia dok borak2 dengan adik.
Alahai... Sayang betul Kakak kat cat bucuk dia. Nabihah akan nganga kan mulut dia kalau dia pegang perut mama & baby tendang. Lepas tu dia ketawa & cakap, "Adek main bola...". hahaha... Comel anak mama.
Mama sayang anak-anak mama..... :)
**Weekend tok nak shopping barang baby ckit.. :p










