Friday, November 26, 2010

Entry Saja-Saja

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam...

Hari ni ketandusan idea nak cite apa. Dah hujung tahun macam ni, mim alif lam sin betol nak pegi keje... hehehe... Mood cuti maaaa...

Entry ni saja nak tanyang gambar-gambar Nabihah. Otak aku kosong, tak tau nak tulis apa. Mata pulak mengantuk sebab semalam layang citer hantu kum-kum. hehe..


 Di The Spring. Suzuki Swift, antara kereta idamanku.. hehehe.. :p


 My girl


@ Sugarbun The Spring


 My princess


 ho.. ho.. ho..


 Sunday, 21st November 2010


 Bunyi gitar...


 Di Tebingan Sungai Telaga Air


Buah hati Intan payung

Macam ni la hujung minggu kami 3 beranak, memang tak lekat di rumah.

Oklah, nak balik lunch. Sehingga jumpa lagi!  :)

Tuesday, November 23, 2010

2 Tahunlah

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

20hb, sabtu lepas, hari lahir Nabihah yang ke-2. Dah 2 tahun dah umur anak manis aku.. hehehe.. Takde sambutan, cuma aku & en. Edel bawak Nabihah g tengok movie Megamind di MBO The Spring. 1st time okeh pegi MBO. hahaha... Rasanya setahun lebihaku & en. Edel tak tengok movie. Dan ini jugak 1st time Nabihah tengok movie... Alhamdulillah, sopan je Nabihah dok menonton & layan makan pop corn.

 sempat menari dlm cinema



 dlm keta baru... ehem... :p


Happy Birthday Nabihah sayang... Mama & Ayah sayang kitak..


Esok aku half day coz nak bawak Nabihah g klinik... Sudah tiba masanya Nabihah check-up. 

Oklah, singgah sejap je. Nak sambung keje balik. 

Wednesday, November 17, 2010

Idamanku

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam Aidiladha...

Last week aku ada baca entry mira yang tengah cari idea untuk rumah baru dia. Tahniah mira... Kacak umah ktk... hehehe... Actually, aku pun sekarang ni sebok cari idea untuk menghias rumah. lalalalalalala~

Antara design yang aku sukaaaaaaaa sangat2...

 Design dapur.. wOwww! Semangat aku masak nanti... hehehe..  :p



WOW!!!

Untuk ruang tamu, aku memang nak sofa L-shape. Gugok jantung ku nangga sofa ya ehh.. hahaha... samperr juak bunyi aku tok... Oh, sofaaaaaaa....

Apa-apa pun, kena tengok budget jugak...  Insya Allah kalau ada rezeki lebih... Tapi, untuk design dapur  kalau boleh Mama_Nabihah memang nakkan design macam gambar di atas sekali nun, boleh en. Edel ku sayang? heheheh..  :p

Oklah, nak rehat... satu hari menjamah ayam, daging, nasi himpit & rendang. Last but not least, Selamat Hari Raya Aidiladha... :)


**Mira, sik jauh kita kelak... Insya Allah... hehehe.. :)

Tuesday, November 16, 2010

Yang Terindah

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Syahdu menusuk jiwa bila mendengar takbir raya...

Rasa rindu mula muncul di sanubariku...

Rindu kepada suami yang sedang bekerja di malam raya haji...

Sunyi dibenak hatiku... Mengubat rindu, sunyi dengan melayan kerenah si anak, Nabihah...

Entah kenapa, dikala aku menaip, air mata menitis...

Sebak...

Khas untuk suami dan anak tercinta...





Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

 
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Friday, November 12, 2010

Kursus

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam...

Hari Isnin dan Selasa aku dan rakan-rakan pejabat menghadiri kursus di Rajah Court. Kursus dan latihan data e-Kasih.

 me & amelia. Ni hari isnin

 hari selasa


 masa ni tengah discussion utk pembentangan. kami dah siap discuss sebab tu ambik gambar, posing2.. heheh.. :p

 makan time!


Peserta kursus.

Best kalau dapat hadir kursus macam ni, percambahan idea dan kongsi2 pendapat.

Next week aku cuti. Hari tu aku gtau cuti 18 & 19. Tapi, rasa nak cuti panjang ckit, so, aku apply cuti 15 & 16. Alhamdulillah, bos approve. 

22hb aku ada tugas penting, jadi mc untuk Program Randau Sosial di Rajah Court juga. Weeeeeee... macam manala aku nanti jd mc. Nervous jugak ni. hehehe..

Ok, nak sambung keje. Tik tok tik tok, pukul 5, balik!!!

Sunday, November 7, 2010

Coretan di Hari Minggu

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam..

Minggu ini hujung minggu aku takde aktiviti. Sepatutnya masih ada banci e-Kasih tapi bos kasi rehat dulu, mana tidaknya last month non-stop bekerja.

Semalam aku, nabihah & mak pergi ke Kamdar. SALE wooo... Cantik-cantik kain. Hari ni tak ke mana, mungkin petang nanti nak ke rumah kakak ipar, nak tengok baby, Mohd. Haidar Zidan. Dah 10 hari kot umur dia. Pic baby ada dlm hp tapi malas nak transfer. hehe.. Alahai, malas sungguh...


Dah 2 bulan aku berhenti makan pil perancang, dan my period pun ok, cycle masih 26-28 days. Alhamdulillah...

Akan tetapi, flow heavy dan senggugut kembali. Aiyakkk! Sekarang ni, aku tengah tahan sakit. huhu..

Esok & lusa aku ada kursus di Rajah Court. Rabu masuk ofis. Dah nak hujung tahun dah... 2 minggu lagi nabihah 2 tahun. Besar dah nabihah. Bangun pagi, shoes dia sebut dulu. Asyik nak jalan-jalan je budak kecik ni.

Raya Haji 17hb. 18 & 19hb aku cuti. Aku kalau nak cuti, bos memang approve coz bos tau aku ni kuat bekerja dan sebelum aku bercuti memang aku pastikan keja-keja aku siap. Bukan nak puji diri-sendiri tapi itulah kenyataan.

1hb lepas birthday anak buah aku, Amira.10 tahun dah usia dia. Happy belated birthday, Amira (if you read). 11hb pulak birhtday mak. Nak kasi hadiah apa ek? Purse kot.

And 20hb, birthday nabihah. Sebab tu la aku ambik cuti 18 & 19hb. Aku nak luangkan masa dengan nabihah. Kesian dia, sebab aku ni memanjang je busy keja. Dan yang bertambah bestnya, en. Edel pun cuti. Bolehla nanti bawak nabihah jalan2, makan2, tengok movie Megamind. Ni pun aku tak tau lagi nak beli hadiah utk nabihah. Sekarang ni nabihah dah pandai demand nak itu nak ini. Alahai anak...Sejap nabihah panggil aku mama, sejap lagi mummy...

Dan... Budak bertuah ni sedang meronta-ronta depan aku soh aku ambil coklat dlm peti sejuk. Oklah, sebelum dia menangis meraung-raung, setakat ni saja coretan hari minggu aku.

Bye!

Saturday, November 6, 2010

Yummy... Mesti Cuba!

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok



Ringkas dan nampak sedap! Insya Allah, kalau ada banyak masa terluang, aku nak cuba buat. Aku suka makannnnnnn... hehehe.. :p

Friday, November 5, 2010

Cerianya Pagi-Pagiku

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok


Lagu yang membuat pagi-pagiku ceria. Driving menuju ke tempat kerja, senyum mengamati lirik dan mengalunkan lagu. Jari-jemari bergendang di stering kereta. Tenang rasa hati, jiwa...

Dalam hati berdoa, agar hari dilalui mendapat barakah. Subhanallah...

Thursday, November 4, 2010

Sentap

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Lamanya tak update. Busy memanjang aku ni, macam menteri... hehehe.. Hari ni hari yang tak berapa sangat nak baik. Ntahlah, rasa stress sangat. Bukan pasal keja, tapi pasal orang sekeliling aku di pejabat.

Sekarang ni, aku tak tahu nak percaya siapa? Kenapa wujud manusia yang depan kita dramanya, fuh.. tip-top, tapi belakang kita, parang dia cucuk2. Tak faham!

Bila bos puji keja aku, adalah yang tak puas hati, iri hati. Bila aku bergurau-senda, bertegur-sapa dengan geng B, geng A pulak tak puas hati. Mula taknak bercakap, buat aku macam tunggul. Mula disisihkan. Tak hairanlah diaorang ni dipanggil "GENG BERKLIK-KLIK".

Aku buat macam biasa saja, sebab aku baru setahun bekeja. Tapi, tempias pulak kat kawan aku sorang lagi yang dah bekerja selama 3 tahun. Kerana kami berdua bertegur-sapa dengan semua orang, kami disisihkan dari geng A, geng yang sentiasa ada angin kus-kus, yang semakin hari semakin berfikiran negatif, yang semakin hari semakin suka mengumpat dan megata orang. Dulu aku ingat, diaoranglah kawan-kawan yang boleh dipercayai sehingga pada satu tahap aku terpengaruh dengan hasutan mereka.

Tapi, bila batang hidung aku sendiri yang kena, baru aku buka mata bahawa mereka musuh dalam selimut. Oh, by the way, kawan aku yg turut menjadi mangsa, nama dia Syarifah. Syarifah ni aku anggap macam adik sebab dia muda 2 tahun dari aku. Apa2 masalah, cerita best or cerita tak best, akulah tempat Syarifah berkongsi. Sebab tu kot yang lain tu jeles!

Aku rasa memang diaorang cemburukan aku. Sebab diaorang kata aku ni high test kononnya tak selevel dengan diaorang. Sebabnya barang2 yang aku pakai contohnya handbag, purse, handphone, reganya memang ratus-ratusan.. Diaorang beli handbag yang 50 ringgit je, tak mampu nak beli yang rega ratus2. Sigh. Tak payahlah nak sindir-menyindir, kalau nak kata aku show off just cakap je la. Zaman aku bekerja di CMCC dulu pun aku guna henbag branded, takde pun member2 nak kesah... Duit aku, aku punya pasal nak beli yang mahal ker murah ker... sigh.

Satu hal lagi diaorang ni kusut sangat dengan aku, sebab aku salu tegur diaorang, kalau diaorang mengata dan mengumpat orang. Iye, aku pun tak terlepas dari mengata orang tapi aku cakap benda yang betul. Tapi, diaorang ni suka menunding jari, tuduh si A, tuduh si B padahal itu hanya kesimpulan diaorang je. Kalau benda tu tak betul, kan fitnah namanyaaaaaaa....

Salah ke aku menegur untuk kebaikan diaorang. Paling-paling pun aku cakap "Sudahlah cakap hal orang, nanti yang tak baik orang tu kena kat kita pulak. Nobody's perfect". Itu je yang salu aku bagitahu diaorang. Salah ke kata2 aku?

Sekarang ni tiba lunch time, diaorang keluar sorang demi seorang, senyap2 pulak tu. Maknanya, taknak aku & Syarifah join. Ada aku kesah. Dulu, awal2 pagi dah pergi jumpa aku, nak lunch sana nak lunch sini, sebabnya aku ada kereta, boleh bawak diaorang. Sekarang ni dah ada yang lain jadi mangsa. Ada aku peduli.... Takde diaorang pun aku boleh jalan sana sini, boleh makan sana-sini, kenyang jugakkkk.

Tak faham! Perangai macam budak-budak.

Betapa aku rindu dengan mami_faris, fieza, kak sue... Merekalah kawan sejati aku. Susah senang sentiasa ada bersama aku. I miss them so much. Merekalah kawan yang paling memahami.


FRIENDS FOREVER
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting