Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Rutin Harian

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Sekarang ni setiap pagi saya wajib ke klinik untuk check BP (Blood Pressure). Semalam check tinggi & hari ni check, normal, Alhamdulillah but still tomorrow saya kena check lagi.

Hari Khamis pulak appointment kat GH untuk access my BP result. Wallawehh... Begitulah rutin saya setiap hari sehingga melahirkan nanti.

Saya banyak belajar dari pengalaman mengandung anak kedua ini. Sekarang saya memang ambil berat pemakanan saya. Nak minum teh memang tawar, saya kurangkan gula. Minum milo saya tak campur susu or gula even minum di kedai pun saya siap bagitahu kat pengambil order, Milo O, letak 3 sudu besar milo sahaja.

Sometimes teringin nak minum cola, pepsi. Saya tuang suku bontot gelas & selebihnya saya campurkan dengan air kosong. Dan dalam 1 hari saya memang pastikan saya ada makan buah-buahan & 8 gelas air kosong.

Kencing manis & darah tinggi memang dah sebati dalam darah keturunan kami. Sebab tu saya kena jaga betul2. Kalau saya makan banyak, dalam masa 5-6 jam baru saya makan lagi. Dalam masa 5-6 jam tu saya telan air kosong banyak2. thehehehehe..

Risau saya memang risau dengan keadaan kesihatan saya. Kalau tak effect dengan baby, saya taklah runsing sangat. Tapi, so far, Alhamdulillah, baby membesar dengan sihat. Nampak kaki ada kurang sikit kembang, org tua cakap, dah nak sampai masa.

Oklah, perut mengeras.. Saya stop dulu lagipun nak settlekan kerja. Al-maklumla sekarang ni saya masuk kerja belah petang je noks. Daaaa~

Monday, May 7, 2012

High BP & Hampir di Induce

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Hari Jumaat lepas saya check up macam biasa. Bila doc check blood pressure, tinggi la pulak & doc check kaki, kembangnya... So, doc advice pergi ke hospital & bawa barang2 sekali, kena induce awal takut sawan.

Punya la kelam kabut saya. Call mak mintak diaorang readykan barang2 saya kemudian call en. Edel bagitahu saya perlu ke hospital. So, en. Edel kena la ambik half day.

On the way ke hospital, saya berdebar-debar. Mana taknya kena induce tu sakit noks. Siap doa macam2. Tambahan pulak kakak bihah kurang sihat tambah serabut kepala.

Bila sampai di wad bersalin, punya la ramai oraanggggggg... Siap saya tanya kat nurse, "ramai betul orang nak bersalin ni". Nurse sengih2 & jawab, "berjanji kot". hehehe...

Check BP, masih tinggi & saya terus di refer dengan doc yang bertugas. Doc pelatih. Tanya ini, tanya itu, interview dalam 45 mins, check air kencing then check BP lg, turun. 

Saya cakap, "Doktor, kaki saya kembang & ada rasa rasa sakit sikit", "Let me check", jawab doktor. Dia ketuk2 lutut saya & dia cakap "Ok, normal kalau kembang kaki masa mengandung". Kemudian saya disuruh duduk kat tepi. Then check lagi BP, turun. 

Kemudian masa untuk CTG, check jantung baby & contraction chart. Boleh saya tertido mana taknya sejuk kat dalam wad bersalin. Jantung baby Alhamdulillah, kuat sekali & no contraction pain. Kemudian check BP lagi & BP saya normal.

Lepas tu saya di refer dengan doc senior yang jadi supervisor kepada doc2 pelatih. Mulanya doc tu nak tahan saya soh saya bermalam untuk monitor BP. Then diaorang scan, check lagi BP & katil takde kosong so, saya dibenarkan pulang but hari2 saya kena ke klinik untuk check BP. Hari-hari beb....

Balik dari hospital saya ke klinik kasi doc view then masuk pejabat jap bagitahu management keadaan saya. Saya diberi pelepasan half day hingga saya bersalin nanti. Kalau saya still takde tanda2 nak bersalin on 23rd nanti saya mesti masuk hospital & bersalin. Doc tak kasi tunggu2, sebab saya ada GDM & sekarang ni pulak BP tak normal.

Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Dan baby, please keluarlah awal supaya Mama boleh berehat.. hehehe... Kepala dah tak fokus lagi risau dengan kesihatan baby & diri sendiri. Selera makan pun dah merundum. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya bagi hambaMu ini.... Amin...

Thursday, May 3, 2012

Hai Obat Hai Obat

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Mendung je cuaca hari ni. Mood bekerja pun dah hilang ntah ke mana. Badan je kat ofis tapi kepala ni serabut. hmm...

Sekarang ni salu gaduh dengan kakak Bihah. Pepagi dah menaikkan kemarahan saya. Macam2 je perangai dia buat, letih saya melayan kerenah dia. Tapi dah nama budak umur 4 tahun, kau membebel macam orang gila sekalipun, bukan dia reti, last2 saya yang menangis. 


 

Inilah beg hospital saya. Dah ready kat rumah mak. Ofis saya & rumah mak tak jauh. Simpan kat rumah mak lagipun nanti berpantang kat rumah mak.



Ni pulak ubat untuk saya dalam pantang nanti. Semuanya pati & asli. Masa pantang selepas melahirkan Nabihah dulu saya beli ubat dalam bentuk kapsul. Sungguh tak menyedapkan badan. Siap mak saya masak sendiri air lada & cengkih untuk panaskan badan saya.

Wangi bau rempah ratus ni. Sedappp je bau dia. Kakak ipar saya yang rekomenkan ubat ni tambahan pulak makcik yang buat ubat ni mak saudara kepada bestfriend saya. hehehe... Kakak ipar saya kata air periuk ni sedap di telan. Sedap? Sebab tu saya nak cuba. hehehe...

Esok saya check up lagi. Sekarang ni dah seminggu sekali. Perut rasa tak selesa, baby pun asyik mengeras... hmmm... 

Oklah, nak buat keja walaupun saya tak tahu keja apa saya nak buat. hahahaha... :p


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Wednesday, May 2, 2012

37 weeks

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan saya dah masuk 37 weeks. Kak Sue dah selamat melahirkan baby boy hari Ahad lepas. Saya masih menunggu & menghitung hari. hehe... 

Lately ni emosi saya terganggu. Saya cepat sedih. Kadang2, tetiba rasa nak nangis. Last friday saya check up & doktor bagitahu kepala baby dah masuk. Memang terasa la perut ni ke bawah.

Dan, saya memang sengaja banyakkan diri saya ni bergerak, mana la tau bersalin awal.. heheeheh... Dan semangat shopping makin menjadi-jadi.

Hari Sabtu pergi ke Kuching Sentral - beli beg untuk kegunaan beg hospital. ehehee..

Hari Ahad pergi The Spring - shopping baju baby & kakak Bihah & makan-makan.

Hari Selasa (PH) - Pergi Boulevard sambung shopping. Tapi shopping kat sini sangat berbaloi-baloi, sales giler sampaikan bajet utk baju anak2 terlebih & sempat gak shopping untuk diri sendiri. Begitu jugak dengan en. Edel yang gagah memborong baju2 lelaki. 

Balik dari Boulevard, pergi ambil ubat untuk berpantang nanti. Then sambung balik shopping di Wisma Satok. @_@.

Kira punya kira, RM500++ duit aku terbang!!! uhuk... Tidak termasuk duit ubat. Kalau campur sekali RM800.00 kasarnya. Tarik nafas!!!!

Tutup mata sebelah je noks! Lagipun bukan selalu... lalalalalallalalalalalal~


Ok, sepanjang 37 minggu bersama ke hulu-ke hilir membawa Adik, morning sickness, ada sikit2 je, itupun morning sickness mengada-ngada, saja nak ambil perhatian. heuheue..

Selera makan, 1st & 2nd trimester, kurang selera tapi bila masuk 3rd trimester, selera menjadi-jadi. Tiada istilah makan untuk 2 orang ek, masa mengandung sebaiknya amalkan makanan seimbang. macam saya yang ada GDM ni, memang kalau rasa terlebih makan, mula mencari buah-buahan untuk seimbangkan paras glukosa dalam darah.

Selain dari GDM, jari-jemari kebas & kaki kembang since kandungan 8 bulan. Make-up? memang tak lalu nak make-up2 waima saya ni seorang yang tak boleh jauh dari make-up. heheh.. Kalau ada sapa2 terserempak dengan saya, itulah muka asli tulen saya. Still comel maa.. hahaha..

Hari-hari cakap dengan Adik supaya keluar awal, Mama dia dah tak sabar nak cuti, nak lari dari tension bekerja. huhuhuh...

Insya Allah, semuanya dipermudahkan & sama-sama kita berdoa yer..

Ok, entry yang boleh tahan panjang. Hingga berjumpa lagi...  :)

Wednesday, April 25, 2012

Counting Days

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan saya 9 bulan. Kiranya saya tengah menghitung hari nak deliver. Malam tadi saya baru kemas2 hospital beg saya itupun still ada barang keperluan saya tak masukkan lagi.


 Kak Sue & me

Kak Sue ni antara teman rapat saya masa bekerja di CMCC dulu. Actually, Kak Sue & saya, kita sama due date. Kak Sue menunggu kelahiran anak pertama & saya pulak menunggu kelahiran anak yang kedua. hehehe..

So, kami sama2 menghitung hari nak deliver. Mudahan mujor-joros Kak Sue ho... Hari tu Kak Sue ada bagitau insya Allah, baby dia baby boy. Sama la pulak gender baby kami. hehehe... Tapi tak tahu lagi sapa dulu yang bersalin. Biasanya, kalau 1st baby memang awal dari due :)

Oklah, taknak celoteh panjang2, sama2 kita berdoa agar semuanya selamat & berjalan lancar. Saya nak sambung buat keja.  Daaaaa~



**Jumaat tok half day, check up... best eh. hehe...

Monday, April 23, 2012

Cerita Hujung Minggu

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Liat betul nak bangun pagi tadi. Tambahan pulak sekarang tidur dah tak lena. Posisi tidur pun semua posisi rasa tak selesa. Kalau nak tukar posisi, kena slow, perut dah semakin boyot & berat. huhuh... 

Hujung minggu kami takde buat apa. Melepak kat rumah. Kakak bihah pun tak banyak songeh nak jalan. Syok dok kat umah, mana taknya, Mama & Ayah sentiasa berada di sisinya. Dok layan PSP, main masak2, sampaikan bila di tanya, "Jalan kak?", Nabihah jawab "sikmok jalan, umah jak". Bagusnya anak Mama. heheh...


Hari tu tengok ada lagi saki baki makaroni yang belum dimasak. So, saya buat bubur makaroni & jagung. Bubur ni kalau makan sejuk2 baru sedap. Bangun pagi semalam agak lewat dekat nak pukul 10am.. huhuh... Bangun je semangat buat bubur, siap, ngap semangkuk & selebihnya sejukkan dulu kemudian masukkan dalam petiais untuk santapan di petang hari.. :)



Kalau ada sago, letak sago lagi lah marvelous. Lemak berkrim... Slurp~ slurp~


 

Then, saya buat begedil. Ni begedil kosong je. Rabus kentang, lenyek & masukkan pati ayam pastuh goreng. Bila dah takde idea nak makan apa untuk breakfast, ni lah jadinya, menu simple & kenyang. hehehe..

Tambahan pulak belum payday, sebab tu jugak syok dok rumah. Kalau dah payday, memang sukat jalan raya le kami anak-beranak. 

Setakat ni, Alhamdulillah, persiapan menyambut anak yang ke-2 almost settle, cuma nak beli besen mandi & ada beberapa barang keperluan seperti minyak Yu Yii, vick, pemotong kuku. Beg hospital saya pun belum lagi disediakan. Boleh dikatakan saya ni tengah menghitung hari nak deliver. Hopefully dapat deliver normal macam dulu, takde le lama sangat nak check in di hospital. huhu..



Makan apa tu kak? Kakak bihah sedang menikmati spaghetti malam tadi. Semangat dia tolong saya buat spaghetti semalam sebab spaghetti menu fav dia. Selera western anak dara saya ni. hehe.. :p


Monyeng eh muka yaa... :)



Dapat makan menu fav dia, happy je muka. Kalau Kakak bihah nampak saya senyum2 usap perut, dia akan tanya, "Adek gerak ka Ma?". Soon, insya Allah, Kakak bihah dapat main dengan adik dia.

Oh, panjang entry hari ni. Oklah, back to work... This week dah 36 weeks = 9 bulan. Almost there!



"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Thursday, April 19, 2012

35 weeks

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Lama dah tak update blog bersawang ni. Kemalasan melanda kebelakangan ni. Lagipun tak tahu nak share apa kat sini. heheh... 

Alhamdulillah, kandungan saya dah 35 minggu. Minggu depan 36 minggu = 9 bulan. 

Isnin lalu saya pergi check up. Alhamdulillah, baby sihat dan kepala dah kat bawah & insya Allah, akan stay. Doc cakap "baby dah ngator diriknya".

Doc ada tanya camne keadaan selepas berehat seminggu. Saya cakap Alhamdulillah, perut mengeras memang ada cuma tak sekerap macam sebelum ini. Tapi bila terlebih aktif, mula lah kerap mengeras.

"Very sensitive" - kata doc.

"Kenak boleh jadi keadaan macam ya doc? Adakah sebab kmk ada GDM?" - saya tanya.

"Baby nak keluar awal, dah sik sabar" - doc jawab sambil senyum2.

Alahai anak Mama, sabar yer sayang, tak lama lagi tu... heheh.. 

Next week saya dah mula check up seminggu sekali. Lately ni rasa takut, berdebar, risau dah mula menyerang diri ini. 

Mengandungkan Kakak Nabihah dulu, takde symptom kembang2 kaki, tangan tapi berbeza dengan mengandung kali ke-2 ni, kaki kembang, jari-jemari kebas, hidung pun dah merah2, kembang. Terasa diri ini comel pulak. hahahha...

Oklah, nak sambung buat keje. Nak siapkan keje sebelum long holiday... :p


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Thursday, April 5, 2012

Sabar Adik...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Terima kasih kepada rakan-rakan yang call, sms & komen kat blog wish sempena birthday saya. Kawan2 lama sama U juga masih ingat lagi dengan saya, oh, terharunya... Saya je yang tak ingat lagi birth date diaorang, oh sadis.. huhu...

Ok, nak cerita pemeriksaan kandungan saya yang dah 8 bulan pada 2 April yang lalu. Beberapa minggu yang lepas, saya memang menyedari perut saya asyik mengeras. Then hilang then mengeras lagi. Saya fikir mungkin saya kurang rehat sebab tu juga saya ambik cuti sepanjang minggu ini. Ingatkan nak cuci baju baby, cuci kain-kain untuk saya berpantang nanti.

Dalam bilik doktor;

Doktor : (senyum) Ada apa2 masalah?

Saya : Sekda, cuma perut salu ngeras.

Then doktor check tekanan darah, berat semua... Naik 2kg. Kemudian, baring, doktor check perut.

Sekali doktor pegang perut then dia geleng2 kepala, saya gelabah dah...

Doktor : Keras na perut kitak tok... You have to relax (dengan muka serius). 

Then, doktor dengar jantung, dia sebut ok & angguk2 kepala. Sign good.

Saya : (blur)

Masa check ni en. Edel pun ada sama gak, then doktor duduk cakap:

Doktor : Baby macam nak keluar awal, thats why mengeras.bBut baruk 8 bulan, berat  pun baruk 1.5kg something (doktor tak scan cuma estimate je). Kitak sik boleh masak, x boleh nyesah, x boleh jalan2 shopping. Just baring & berehat jak untuk relaks kan baby kitak.

Saya : Kerja ofis doktor?

Doktor : Pun sik boleh. Kamek akan bagi kitak sick leave minggu tok.

Saya : Tapi kamek nang cuti minggu tok doktor.

Doktor : Ok, jangan banyak bergerak, jangan banyak berfikir. Stress yalah sik bagus. Kitak mesti relaks banyak. Mun masih juak mengeras dalam minggu tok, hari Jumaat kitak pergi sitok agik. We have to stop mengeras ya... it's too early.


***************************

So, segala plan saya nak jalan-jalan, nak cuci baju baby semuanya cancel. Saya berehat je kat rumah, baring, tidur, tengok tv. Dalam buku merah doktor tulis tightening, if tightening meningkat, go to hospital.

"Adik, sabar k sayang... Mama pun sik sabar nak tengok kitak, nak sentuh kitak, nak pegang kitak, nak jaga kitak, tapi masa belum sesuai untuk kitak keluar nak... Sabar k, tunggu, sik lamak gik ya, 3 minggu jak gik nak cukup bulan, then kitak nak keluar, keluarlah sayang.... "

So far, ada kurang sikit mengeras, kalau banyak bergerak memang mengeras. Saya harap semuanya dalam keadaan baik je. Ya Allah, Kau lindungilah anak yang ku kandung ini dan selamatkanlah segalanya.. Amin...



**Bingong.... hurrmm...

Thursday, March 15, 2012

30 weeks

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok


Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.  

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

 Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 


************************************************

Alhamdulillah, baby aktif menendang. Tapi kali ni ada beza ckit dari mengandungkan Nabihah dulu. Kalau dulu kandungan 8 bulan baru terasa BH, 2nd pregnancy ni kandungan 7 bulan dah BH. And terasa "tajam" sikit bila baby pusing or bergerak or menendang. 

Bila BH, terasa nak kencing terus. Setiap malam memang terjaga, baby aktif kol 3-4 pagi, bila aktif, asyik2 mengeras, tekan pundi, mula la tak tahan nak kencing. Pernah pada suatu malam tu, penat sangat & mengantuk, boleh terlelap dalam toilet. hehehhe... :p

Another 2 weeks, kandungan masuk 8 bulan. Insya Allah, semoga Allah swt permudahkan segalanya... Amin Ya Rabbalalamin... :)




**Was thinking to create other blog for business purpose. Want to clear Nabihah's closet - baju2 Nabihah yang dah sik muat agik. Insya Allah, soon...... :)

Monday, March 12, 2012

Apa yang sudah, apa yang belum

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Bosan sungguh kerja hari ni. Takde mood langsung nak buat kerja. Badan ni sakit-sakit especially bahu & kaki. Penat kot... Baby pulak salu beno mengeras...

Apa yang sudah, apa yang belum?

Barang2 baby, ada yang dah beli, ada yang belum lagi.

Yang dah beli:
  1. Botol susu - Satu botol 5oz MAM dan twin pack 5oz Tommee Tippee. Actually saya pengguna tegar botol susu MAM. Nabihah dari lahir sampai sekarang guna botol MAM. Tapi tetiba pulak nak try Tommee Tippee, katanya bayi tak keliru puting, sebab tu saya nak cuba.
  2. Baby blanket with hood
  3. Tapal
  4. Sarung tangan, kaki & topi
  5. Lampin
  6. Tuala kecil
  7. Pampers

Yang belum beli:
  1. Baby bath towel
  2. Tilam
  3. Syampoo, powder, lotion etc.
  4. Minyak angin
  5. Cotton
  6. Baby wipe
Itu list untu baby. Untuk Mama pulak:

  1. Ubat - Dah order
  2. Stokin - belum beli (tak tahu hilang ke mana stokin saya)
  3. Maternity Pad - belum beli (prefer guna Madamme Pureen, tapi kena gak beli yang kotek untuk ganti dengan pihak HUS nanti)
  4. Breast pump! - belum beli (yg lama dah tak ok lagi)
  5. Minyak & air selusuh - Alhamdulillah, masih ada lagi
  6. Minyak meroyan - Alhamdulillah, pun masih ada lagi
  7. Kain batik - ada
  8. Tapal - ada (masih lekat lagi bau minyak.. hehehe..)
  9. Tukang urut - belum contact lagi!

Awal bulan depan saya nak apply cuti, dan insya Allah saya nak cuci baju2 baby, lipat siap2 letak dalam bakul. Nak ready barang sendiri jugak untuk di bawa ke HUS.

Disebabkan dah ada pengalaman bersalin, kadang2 rasa berdebar jugak menunggu kelahiran baby. Kerap jugak saya kenangkan balik sakit bersalin, kena gunting, kena jahit.. hahahha.. Tapi best! 

Dah tu, dalam pantang pulak, yang sakit bebeno bab nak membuang air besaq, especially baru 2-3 hari selepas jahit. hehehe... Keluar air mata noks!! huhuhu.. Tapi semua itu dilalui dengan perasaan yang indah sekali... :)

Semoga kali ini semuanya berjalan dengan baik seperti melahirkan Nabihah dulu, Amin....



**Nak xda lam list pun aku rembat juak, sandal! hehe... Bila nangga sandal Santa Barbara POLO below RM100.00, alu begagan nyawa beli. heheheh....

Wednesday, February 29, 2012

Trimester Ketiga

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan saya dah masuk trimester ketiga. Hari ni genap 7 bulan usia kandungan saya. 

Baby, Alhamdulillah, sangat aktif. Sekarang ni selera makan semakin bertambah-tambah, tapi kena kontrol diet jugak.

Jumaat ni saya half day sebab nak check up di Klinik Healthcare. Doc akan buat scan, tak sabar nak tengok baby  :)

2-3 malam lepas, en. Edel ada sebut nak buat scan 3-D. Saya berpendapat kalau nak buat scan 3-D, buat masa kandungan 8 bulan nanti. Baby dah hampir matang, puas nengok secara detail kan... hehehe..


 Kakak dah tak sabar nak tengok adik.  Kakak Nabihah ni manja, kadang2, nampak air muka dia berubah cemburu bila ayah & mama dia dok borak2 dengan adik.


Alahai... Sayang betul Kakak kat cat bucuk dia. Nabihah akan nganga kan mulut dia kalau dia pegang perut mama & baby tendang. Lepas tu dia ketawa & cakap, "Adek main bola...". hahaha... Comel anak mama.

Mama sayang anak-anak mama..... :)



**Weekend tok nak shopping barang baby ckit.. :p

Wednesday, February 22, 2012

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
*************************************

Dulu, saya hanya berjaya breastfeeding Nabihah selama  7 bulan sahaja. Bila Nabihah dah selesa dengan puting botol, dia tolak bila saya nak breastfeed dia. Tambahan pulak masa tu, saya dah ambil perancang keluarga & doktor memang bagitau, susu akan kering bila ambil pil perancang. 

Pada mulanya saya ambil pil perancang Noriday memang khas utk ibu yang menyusukan bayi, tapi bila masuk kerja, masa breastfeed tak teratur, haid saya pun tak teratur. So, doktor advice tukar pil. Saya sangat sedih sebab kalau boleh nak breastfeed Nabihah selama yang boleh. 

Insya Allah, saya berazam, untuk anak kedua yang bakal dilahirkan nanti, saya nak breastfeed lama, kalau boleh hingga umur 2 tahun atau lebih lagi bagus.

Pengalaman saya menyusu badan kan Nabihah walaupun hanya 7 bulan, Alhamdulillah, Nabihah mempunyai antibodi yang kuat. Nabihah jarang dapat fever. Syukur...

Selain daripada kebaikan kepada anak, breastfeed juga banyak kebaikan utk ibu. Breastfeed boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim, boleh membakar kalori, petua utk langsing. Breastfeed juga mengurangkan risiko kanser payudara & kanser ovari.

So, hari ni nak share tips2 yang boleh dikongsikan untuk ibu-ibu dan bakal ibu. Saya memang nakkan yang terbaik utk anak-anak saya, dan saya pasti anda juga begitu.

Ok, back to work! :)

Wednesday, February 8, 2012

6 months - pemeriksaan susulan

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam,

Sungguh pantas masa berlalu. Dah di bulan Februari dah. Tahun ni Februari ada 29 hari.

Ok, nak cerita pasal semalam, saya buat rutin pemeriksaan antenatal. Mula-mula saya pergi KKIA, saya bagitahu yang saya akan buat pemeriksaan di klinik panel. JM kata takde masalah tapi selepas melahirkan perlu report kat KKIA macam biasa. Makanya, mulai dari semalam dan pemeriksaan seterusnya saya check kat klinik panel saja. 

Actually saya suka pergi KKIA Gita sebab JM semua baik2. Diaorang suka bagi nasihat, tips2, sebab tu saya tak kisah tunggu lama2 kat situ. Tapi memandangkan mengandung kali ni saya ada GDM, dan perlukan banyak nasihat dari doktor, saya ambil keputusan buat pemeriksaan di klinik panel saja.

Semalam doc check tekanan darah, Alhamdulillah, ok je. Bila timbang berat paaaaaaaaaaaaaaaappp! Last month dari 55kg naik 56kg dan semalam naik lagi sampai 58.5kg. Alamak, sebulan saja dah 2.5kg naik tu! Dulu mengandungkan Nabihah, kandungan nak masuk 8 bulan baru naik 2kg, sebelum2 tu naik beratus gram je. Ni baru 6 bulan maaa, sudah banyak naik! ayoyo~

Sampai masa doc check perut. Doc pegang2 perut saya dan.......

Doc : Uik, macam besar jak baby kitak tok...

Saya : (blur)

Doc : Ada rasa sakit sik?

Saya : Mun nya nerit sakit doktor...

Doc : Memanglah... Besar baby kitak tok, kamek nekan, nya alu ngeras, cepat membesar...

Saya : (ngeri)

Ibu-ibu yang menghidapi kencing manis semasa hamil memang dikaitkan dengan bayi besar. Serius, saya takut jugak semalam bila doc kata baby saya macam besar. Semalam doc tak scan, next visit baru doc scan sebab next visit dah masuk 3rd trimester.

Dulu, melahirkan Nabihah, normal, yang beratnya 2.5kg, 4 kali saya push baru baby keluar. huhuhu... Insya Allah, berkat doa, akan dipermudahkan proses bersalin nanti.. Amin...

Apa-apa pun, as long as baby sihat, Alhamdulillah... :)



**Berasa juak mun baby nigak kat dalam tok eh...

Saturday, January 14, 2012

Long Update :p

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Hari Rabu lepas saya, en. Edel & Kakak Nabihah pergi ke Klinik Healthcare. Saya macam biasalah, Dr. Saadiah, doktor favourite kami sekeluarga. Sebelum ke klinik, saya call dulu, kalau Dr. Saadiah duty, baru saya pergi, kalau doktor lain, saya tunggu hari lain. Cerewet kan? hehehe... 

Tujuan ke klinik coz nak scan baby. Kandungan saya sekarang dah 21 minggu, dah 5 bulan. JM advice saya untuk buat scan setiap bulan memandangkan saya ni GDM (kencing manis semasa hamil). Tujuan scan every month untuk memantau perkembangan bayi & air ketuban.

Alhamdulillah, scan hari tu baby dalam keadaan yang sihat & seronok baring dalam rahim Mama dia. hehehe... Dr. Saadiah siap sukat kepala, kaki, paha... heheh... Tinggi anak Mama ni. Dan, yang paling best, Dr. Saadiah dah dapat kesan jantina bayi, Inysa Allah, baby boy!!! 

Alhamdulillah, seronoknyerrr... en. Edel yang paling seronok coz ada geng. heheh... Setiap kali scan, saya sebak. Sebak gembira tengok anak dalam kandungan membesar dengan sihat. Rasa tak sabar nak jumpa & lihat muka anak yang dikandungkan.

Rasanya next month saya nak direct check-up dengan Dr. Saadiah, coz Dr. Saadiah pun sarankan saya untuk scan setiap bulan. Tapi saya kena bagitahu JM kat KKIA dulu. Saya tak kisah nak pergi 2 buah klinik setiap bulan tapi takut pulak nanti timbul isu saya selalu half day. hurmm... Rasanya JM takde masalah kot kalau saya check-up kat klinik panel. heheh..



Dr. Saadiah kasi vitamin Pramilet, mengandungi semua jenis vitamin, folic acid & mineral. Makan 1 bji 1 hari. Masa mengandungkan Kakak Nabihah dulu, saya tak ambil multivitamin, saya cuma telan folic acid & vit.B. co. yang diberi oleh JM. Kandungan 8 bulan baru saya ambik vitamin Obimin.



Kakak Nabihah yang tak sabar nak bermain dengan adik dia. Sekarang ni, Kakak Nabihah selalu usap perut Mama. Bila en. Edel & Kakak Nabihah hantar saya pergi kerja, Kakak Nabihah akan cakap, "Bait2 Mama, Adik".


Oklah, stop right now, thank you very much! hahahaha... Kang bosan baca entry panjang2. Selamat berhujung minggu.. :)


**Rasa nak molah cheesecake eh.. yum! yum!

Tuesday, January 3, 2012

Selongkar

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Semalam, saya selongkar baju2 Nabihah masa new born dulu. Kedong takde buat apa-apa kan, cuti pulak tu. Nak select baju mana yang elok lagi, awal-awal nak keluarkan, nak cuci untuk Adik Nabihah pakai nanti. Gender tak tahu lagi boy or girl, plan next week nak gi scan, Insya Allah, kalau tak busy. Nak scan pun bukannya suka2 nak tengok gender tapi nak tahu perkembangan Adik Nabihah macam mana. Itu yang penting! Boy or girl, saya tak kisah walaupun memang teringin nak baby boy. Semuanya ketentuan Illahi. Insya Allah, kalau ada rezeki baby boy tu, ada, cepat or lambat, saya tak kisah..  hehe... :)




Baju-baju new born, ada gak yang boleh pakai sampai 6m yang still elok lagi. Saya blur jugak masa select baju2 nih, mana yang lainnya. Oh, terlupa yang saya dah kasi kat adik ipar & cousin saya antara baju2 tu. Ini pun kira banyak dan masih boleh digunapakai. Cuma booties, sarung tangan banyak yang dah tercabut getahnya, dah berbulu, so kena top-up sikit. Dan banyak baju kaler pink, kalau Adik Nabihah boy? hehehe... Takpe, tido malam kasi baju pink... hehehehe.. :p

o_O  Tapal pun nak kena top-up jugak.




Aksi Kakak dengan baju2 lama dia. Bila dia tengok baju2 ni,  "baju Bihah tok..",  dan saya jawab, "aok, baju Bihah, berik Adik pakey, ok". Then Bihah senyum.



Sebelah petang, kami ke Boulevard. Mulanya plan nak ke The spring nak survey botol susu kat Poppies, tapi PH kan, sure ramai manusia, nak cari parking payah, so buat keptusan ke Boulevard, pun ramai orang!

Dah discuss dengan en. Edel, barang apa yang perlu beli lagi. Rasanya tilam & bantal perlu beli lagi coz Kakak boleh tahan lokek. Ingat lagi kat rumah Mak, kakak ipar saya letak baby dia atas tilam Nabihah, Nabihah meradang siap cakap, "aieee, Bihah pun..". Just nak survey je barang2, tak plan nak beli coz too early. Saya ingat lagi pesan Mak, kalau nak beli barang baby, biarlah kandungan 7 bulan. Hmmm, bila fikir2 balik, boleh tahan jugak la senarai barang yang diperlukan. hehe..

Bila tengah2 survey barang baby, tengok pulak SALE, baju2 baby RM6.00 ke RM10.00, aisehmen, apa lagi rembat sepasang dua baju. Biarlah si Adik merasa jugak baju baru kan, but enough for the baju. Kang jadi macam Nabihah dulu, ada baju yang tak di pakai terus sebab over sangat banyaknye. hehee..

Oklah, panjang jugak entry ni. Saya bosan sebab sorang2 kat ofis. Yang lain semua ada keja luar. Palak nyaman sikit coz dah pindah ofis, tak tengok muka2 yang menyakitkan hati. hehehehe.. Kerja pun dengan hati senang. Alhamdulillah... 



**Mun di berik bantal, nyaman alu tido tok.. hehehe... :p

Thursday, December 8, 2011

16 weeks @ 4 months

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 


Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 


Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.





** Next tuesday check-up di KKIA & rasanya kenak injection. huhuhu... Next thursday & friday apply for leave! yippieeeeeeeeee!!
 

Wednesday, November 23, 2011

Check Up Nabihah 3 tahun & Scan 14 weeks

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
 Salam,

Hari ni saya half day sebab saya & en. Edel bawak Nabihah g check-up 3 tahun. Kami ke Klinik Healthcare, klinik favourite ni tau. hehehe... Saya plan nak scan jugak, nak tengok baby, bagaimana keadaan baby dlm rahim saya ni.



Close up. Can you see body & kepala my baby? hehehe... Sebak, syukur Alhamdulillah, Allah swt murahkan rezeki kami. Lama jugak kami tunggu nak mempunyai anak lagi. Kalo tak silap, Oktober last year saya berhenti merancang. September tahun ni, baru lekat. Apa2 pun SYUKUR ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI atas kurniaanNya.


 

Masa doc scan tadi, baby sangat la aktif, nampak kaki baby tendang2, after 5 second, tendang lagi, then goleng kanan, goleng kiri. Doc pun cakap, baby aktif. Alhamdulillah... Doc kata bila kandungan 5 bulan dah boleh tengok gender baby. Jangan hairan dengan saya ek, pregnant kali ke-2 ni memang saya a bit keterujaan & sekoh, bak kata mak saya, "macam x pernah merasa.." hahahahaha..


Hopefully, baby saya selamat sentiasa sehingga cukup bulan & dilahirkan nanti. Amin.... 


Kakak Nabihah... Dah 3 tahun dah anak Mama ni. Check up kali ni takde injection, just check berat & tinggi jer, sebab tu bawak check ke klinik je, biasanya check kat KKIA. Ramai sgt manusia, terbuang 3-4  jam tunggu giliran.

Nabihah seorang anak yg baik, walaupun sometimes dia buat saya meraong 1 rumah. hehehehe... Sejuk perut sewaktu saya mengandungkan Nabihah dulu hingga ke saat melahirkan, semuanya berjalan dengan lancar, syukur sangat, Alhamdulillah...

Oklah, nanti sebak pulak saya bercerita perihal anak-anak. Dah cukup masa, mcam biasa, dekat jam 5pm baru saya boleh update, keja habis maaa... Ye ke habis? hehehe... Mana ada keja habis maa, keja tidak habis lorr... Ok, cukup coretan Mama hari ni. Bye!



**Doc padah tek maybe baby boy... :)

Wednesday, November 16, 2011

Words on Wednesday

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan saya dah masuk 2nd trimester, 13 minggu. Semalam saya pergi monthly check-up di KKIA Gita, tapi tak dengar lagi heartbeat baby. JM kata, biasanya dalam 14 minggu baru boleh dgr hearbeat. Tapi masa saya mengandungkan Nabihah dulu, minggu ke-13 dah boleh dengar heartbeat. Kandungan tidak semuanya sama kan. 

Tak tau la mengandung kali ni saya cepat sangat risau. Saya kesiankan baby sebab dari early pregnant lagi saya memang sentiasa dalam keadaan stress esp. time bekerja. Kalau di office, saya tak tunjuk sangat stress tapi di rumah, siaplah, ada je buat mood tak berapa baik, marah2. Hmmm...

Ahad ni, 20 November 2011, hari lahir Nabihah yang ke-3. 3 tahun dah umur anak mama. Sekejap je masa berlalu. Sekarang ni balik keja je Nabihah say "hi" kat adik dia dalam perut. hehehe... Comel!

Eh, en. Edel dah miskol, dah sampai rupanya. Oklah, nak kemas2, nak balik!!! Nanti cita lagi ek.. :)

Saturday, October 29, 2011

Gestational Diabetes

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari Rabu lepas saya pergi ke Klinik Jawa untuk buat test glukosa (gula dalam darah) dan talassemia. Alhamdulillah, untuk talassemia, darah saya normal. Tapi, untuk glukosa, saya menghidap kencing manis semasa mengandung (Gestational Diabetes). Kebiasaannya, selepas bersalin, kandungan gula akan kembali normal. 

Pukul 8.30am Pegawai Makmal ambik darah saya, banyak! Keputusan 5.44, selepas 2 jam, ambik lagi darah dan keputusannya 10.91, memang tinggi kandungan gula dalam darah saya. Adalah tidak baik untuk ibu2 mengandung.

Saya perlu pergi ke hospital setiap 2 minggu untuk buat BSP. 7 kali sehari. Cek darah, cucuk kat jari, di mana, test mula jam 8am, lepas tu pukul 10am, lepas tu kol 11am, lepas tu kol 1pm, then pukul 5pm, seterusnya pukul 7pm dan akhir sekali pukul 10pm.

Jom, kita sama2 kongsi apa itu kencing manis semasa hamil.
     ________________________
Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.

Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormon dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.

 

Risiko-Risiko

Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:
  1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  2. Berlebihan berat badan
  3. Wanita yang lebih berusia
  4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
  5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
  6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis (Both my parents ada history)


Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran. 

Bagaimana Ia Dirawat?

Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.

Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.


Penjagaan kandungan
 
Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin.

Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.


Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal.

Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.


Penjagaan selepas mengandung

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yang rendah
- Paras kalsium dan magnesium yang rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.


Pengawalan paras glukos

Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yang amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik sahaja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yang puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.


Pengawasan berat badan

Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang puan juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia.
      _________________________
So, from now on, saya kena mengamalkan makanan seimbang. Serius, saya bimbang dengan baby saya. Saya nak baby lahir nanti sihat walafiat. Oklah, saya nak rehat sebab esok saya dah start BSP. Doakan saya! Thanks! :)

Tuesday, October 25, 2011

Mangga oh mangga...

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Lamanya tak update..

Kekeringan idea dan busy sangat. Serius busy ok, kalo kat ofis, dalam seminggu, mungkin dalam 2 hari jek sempat nak bw & update. Itu pun kalo sempat... hehehe.. :p



Sedappp...

Seronoknya di awal pregnancy ni sebab kena pulak musim buah. Bila mengidam buah tu, boleh makan, mengidam buah ni, boleh makan.. hehehe...

Sekarang ni saya tengah mengidam Hartz tau! hahaha.. Weekend ni saya terjah! Sapa mok ekot?? hheheh..

Lepas tu rasanya nak terjah Kenny Rogers. Lamanya tak makan kat situ.. hehe..

Pregnant kali ni lain sikit dari zaman mengandungkan Nabihah dulu. Kalau dulu teruk alahan saya tapi kali ni Alhamdulillah, saya takde la morning sickness sangat. Cuma belah petang2 tu, sakit kepala dan kurang selera makan. Lately ni saya selalu kena serang oleh gastrik. Nak tak nak, selera atau tidak, saya paksakan diri saya makan. Cian baby.. hehehe..

Oklah, nak sambung kerja. Ada kertas kerja nak disiapkan hari ni. Esok saya cuti sebab ada appointment di Klinik Jawa, test glukosa & talessimia screening. So, maknanya malam ni saya perlu berpuasa dari pukul 10 malam sampai la darah saya di ambik pagi esoknya, then baru boleh makan.. huhu..

Ok, saya keja dulu.. :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting