Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Fast Five

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam..

Hari Ahad lepas, kami 3 beranak tengok movie d MBO. Kami tengok citer Fast Five. Saya dari The Fast & The Furious, 2Fast 2Furious, Tokyo Drift, Fast Furious 4 memang tak lepas punya. Citer FAVOURITE saya nih!! vrOooooooommm!



Fast Five, Five STARS rating saya! Bagi saya jalan cerita sangat-sangatlah BEST! Kreatif! Dengan pelakon-pelakon hebat ditambah pulak dengan adanya The Rock, wallaweyhhhh.. Superb!!



Reunion. Oh, Han...  Ingatkan watak Han takde lagi bila dalam Tokyo Drift, watak dia mati. Aleh-aleh, dalam Fast Furious 4, ado lagi Han ni muncul! hehehe..



Rasanya citer ni akan ada lagi yang ke-enam. Macam tak habis lagi je, tetiba Letty pulak muncul last skali. Apa-apa pun, bagi saya citer ni memang best! Nak tengok sekali lagi boleh??? hahaha.. :p




**19 May - Pirates of The Caribbean... wohoooooo! Blog ini akan bercuti mulai esok sebab tuannya nak bercuti-cuti Malaysia... :)

Wednesday, March 30, 2011

Rango

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam...

Semalam saya cuti, en. Edel pun off day. Mak & bapak pula balik kampung, so kami bertiga je kat rumah. Dalam tengahari, after lunch, tetiba en. Edel tanya,

en. Edel : Yang, nangga movie mok?

saya : Cita pa? Rango?

en. Edel : Aok.

saya : Ok.. (senyum)

Dalam hati ada taman... hehehe... Seronok ler saya bila suami ajak tengok movie. Tambahan pula, Nabihah pun suka tengok movie. Sambil-sambil tu, dah alang-alang tengok movie di MBO, after tengok movie boleh la saya survey2 hadiah untuk birthday saya. hahahaha... Kami tengok movie pukul 4.30pm.

Best citer ni. Lawakk... Nabihah pon gelak2 tengok... heheheh... Citer habis dalam pukul 6.00pm. Lepas tu kami jalan-jalan, saya survey2, tapi takde yang berkenan. At last, en. Edel rembat Adidas shoe untuk diri dia sendiri. Takper, hari Sabtu ni saya tuntut hadiah saya.. hehehhe.. :p

Oklah, saya nak masuk meeting dah ni. Ada discussion majlis tilawah al-Quran peringkat bahagian Kuching. Tetiba pulak saya tengok nama saya jadi Pengacara Majlis. Haippp... Geee, tak suka nya saya... Sabar je laaaa... huhu... 


**Cita Rapunzel pun best, hari-hari Baby Hah nangga cita ya. To Ngah Ijot, sukatan kaki Nabihah - 17cm, Farid - 19cm & Yaya - 22cm. Carik nak kacak-kacak k sis... hehehe... tq.. :p

Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam...

Hari Isnin, sebelah malamnya, kami 3 beranak pergi ke MBO The Spring untuk menonton wayang cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Kami ditemani abang-abang en. Edel (abang-abang ipar aku ler), isteri dan kawan abang ipar aku. Seronok menonton beramai-ramai.


Nak dijadikan cerita, dah setengah filem ditayangkan, boleh pulak filem terputus okeh! Dalam 15 mins kami tunggu balik cerita nak bersambung lagi. Mula bukan main la kan, menghayati jalan cerita tapi, bila dah siaran tergendala, hilang dah feel aku. Dah tu, takde ganti rugi pulak tu. At least la kan, kasi baucer free popcorn ke, air ke... hmm..


Cita stat pukul 8.00pm, habis dalam pukul 10.00pm. Sempat jugak snap kat luar MBO. Baby Hah pun layan cita tu. Alhamdulillah, setakat ni dah 2 kali bawak Baby Hah tengok movie, sik berolah nya koh, renah jak... hehehe.. ;)

Lepas tengok wayang, kami lepak makan-makan di Benteng Satok. Lama aku tak makan di situ. Masa dara-dara dulu, selalu gak lepak kat benteng satok, makan-makan dengan Mami_Faris, Piejot, Rauf, Syamim, geng keras atau dengan kata lainnya BFF aku. ehekk..

Pukul 11 lebih baru kami gerak pulang.. Overall cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni, OK. Tahniah buat KRU kerana berjaya menghasilkan cerita sejarah. Cuma, scene Jehan Msikin berdiri dalam perahu tu, buat aku gelak ha ha ha... Takut jatuh laut... hehe... :p


**Rasa nak nangga cerita Mars needs moms & I am Number 4. Macam best jak.
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting