Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Asam Pedas Ikan Pari

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam..
Lamanya saya menyepi.

Hari ni saya mencuba masak asam pedas ikan pari.
Alhamdulillah, sedap kata anak2.
Suami keja, mlm nanti baru dpt merasa.

Saya kurangkan cili kering sebab anak2 nak mkn jugak.
Layan je tengok pic ek.. Hehe..

Monday, April 8, 2013

Favourite seisi keluarga

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok

Salam,

Baru lepas makan malam.
Petang td, pergi mall.
Tetiba teringin nak makan something yg ada cheese.
Mula2 rasa nak buat cheesecake tp bila lalu jalan berlenggang, tengok kentang...terpancar potato gratin.

Tengok mozarella, waduh, mahalnya harga.
So, saya belasah beli slice cheese, murah ler sikit.

Sampai rumah, pang pung pang pung bersilat di dapur.
Selesai solat Isya', potato gratin pun siap.
Haper tunggu lagi, melantak ler sepuasnya. Hehehe..

Cheese melting lemak berkrim..
Pergh~
Tapi tak boleh selalu ek, kolestrol!
Ahaks..

Friday, February 8, 2013

Umei Jack

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Saya ni berketurunan melanau.
Mix actually, malay + melanau.
My daddy is melanau, so saya berbangsa melanau lah kan.

Orang melanau memang tidak lekang dengan umai or umei kata orang sarawak.
Ada banyak jenis umai and my favorite is Umei Jack.

Bapak saya seminggu sekali memang MESTI pekena umei jack.
Isi ikan mentah yang dah diperap dengan perahan limau kasturi.
Ikan apa, saya tak pasti sebab belum cuba buat sendiri.
Selalu makan yang bapak sediakan... hehhehe...




Look at the picture above.
Ada isi ikan, bawang besar/ bawang bakong, sambal cecah & sagu.

Bapak saya selalu pesan kalau makan umei jack ni kena makan dengan sagu,
untuk elak perut sakit.



Gini la rupa ikan yang dah digaul sekali dengan bawang & sambal.
Sambal ni ada resipi tersendiri.
Kena adjust and measure betul2, baru ada kick sambalnya.



Close up.... slurp~
Makan umei jack ni sambil2 minum teh panas... pergh~
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Sedap hingga menjilat jari... hehehhhe...
Kalau kat Kuching, nak try umei ni, boleh pegi kat kedai makan Barong Tinuk.
Linut pun hado kat situ... huishh... terliur sudah saya... hehehhe... :p

Thursday, February 7, 2013

Homemade Tuna Pizza - Air Tangan Suami

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari tu kan, suami kiter buatkan pizza untuk kiter tau.
Suami kiter buat pizza topping tuna & bubuh banyak cheese sebab kiter suka cheese.... hehehhehe...
Geeeeeeeee... sound mengadanya.... ahakss.. :p




Inilah pizza topping tuna hasil air tangan suami tercinta.
Tak nak kalah suami saya ni tau! :p




See... Nampak gebukan  pizza yang suami saya buat ni.




Yumm!!! Sedap hingga menjilat jari.

Suami saya memang suka masak.
Ringan tulang pulak tu,
selalu tolong saya urus rumahtangga.

Terima kasih, Sayang...   :)
Polah gik kelak, mok cheese banyak2... ehekk.. 

Friday, January 4, 2013

Chocolate Cloud Cake

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Semalam saya buat cake..
dah lama teringin nak buat, bahan2 semua dah ada...
cuma menanti masa yang sesuai..

dapat resipi dari rancangan Nigella, tapi tak ingat la sama ada Forever Summer with Nigella ataupun Nigella Kitchen.
Sebab tengok pun dah setengah rancangan... hehehe..
Bahan2 pun sangatlah mudah.

Saya memang suka dengan resipi2 Nigella. Celoteh dia pun saya suka.. hehehe...
Selain Nigella, saya suka jugak tengok Bake with Anna Olson & Jamie at Home.
Resipi diaorang ringkas & mudah...


Chocolate Cloud Cake ni actually flour-less cake.
Tapi Nigella buat gebu cantik jer..
Saya buat berkerak sedikit maybe saya tambahkan masa memasaknya dalam oven.
Well, my 1st attempt maaaaa...
Takper, nanti buat lagi.. hehhe..






Resipinya:
Source : http://www.foodnetwork.com/recipes/nigella-lawson/chocolate-cloud-cake-recipe


Ingredients
  • 9 ounces bittersweet chocolate, minimum 70 percent cocoa solids - (250grams)
  • 1/2 cup unsalted butter, softened - (125grams)
  • 6 eggs, 2 whole, 4 separated
  • 1/2 cup plus 1 tablespoon sugar - (175grams) - saya guna castor sugar
  • 2 tablespoons orange-flavored liqueur, optional (recommended: Cointreau) - saya x letak, well optional kan..
  • 1 orange, zested - saya tak letak

For the cream topping:


  • 2 cups heavy cream - saya guna 250ml whip cream
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 tablespoon orange-flavored liqueur, optional (recommended: Cointreau) - saya tak letak
  • 1/2 teaspoon unsweetened cocoa powder, for sprinkling

** Special equipment: 9-inch springform pan
Direction:
Preheat the oven to 350 degrees F. Line the bottom of the cake pan with baking parchment.
Melt the chocolate either in a double boiler or a microwave, add the butter and let melt in the warm chocolate.
Beat the 2 whole eggs and 4 egg yolks with 1/3 cup (75grams) of the sugar, then gently add the chocolate mixture, the orange-flavored liqueur and the orange zest.
In another bowl, whisk the 4 egg whites until foamy, then gradually add the remaining sugar and whisk until the whites hold their shape but are not too stiff. Lighten the chocolate mixture with a dollop of egg whites, and then fold in the rest of the whites. Pour into the prepared pan and bake for 35 to 40 minutes or until the cake is risen and cracked and the center is no long wobbly. Cool the cake in its pan on a wire rack; the middle will sink as it cools.
When you are ready to eat, place the still pan-bound cake on a cake stand or plate for serving and carefully remove the sides of the pan from the cake. Don't worry about cracks or rough edges, it's the crater look we're going for here. Whip the cream until it's soft and then add the vanilla and orange-flavored liqueur and continue whisking until the cream is firm but not stiff. Fill the crater of the cake with the whipped cream, easing it out gently towards the edges of the cake, and dust the top lightly with cocoa powder pushed through a tea-strainer

------------------------------------------------------------------

Saya takde acuan springfoam, so saya just letak kertas kuih seluruh acuan.
Hasilnya tak seberapa tapi rasa boleh tahan...
Saya memang suka cake/ dessert yang ada cream.. 
No.1 adalah pavlova memang terpahat di hatiku... hehehhe..
Well, selamat mencuba kepada yang ingin mencuba... :)

Friday, November 30, 2012

Shepherd Pie

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Entry makan lagi...
hehehhe... :p

Ini adalah percubaan kali ke-3 saya buat Shepherd Pie.
Yang pertama masa bulan puasa.
Yang itu 100% ikut resipi,
guna mushroom soup dlm kentang yang dilenyek.

Yang kedua kalinya buat masa birthday mak hari tu.
Saya olah resipinya menjadikan ia lebih mudah & ringkas.
Ataupun bahan & caranya memang wujud lamanya cuma saya saje yg tak tahu..
hehehhe..





Kali yg ketiga buat bapak yg request.
Suka sangat bapak saya makan.

Actually, senang je pie ni.
Bahan asas yg perlu ada adalah kentang & daging.
Minced beef ke minced chicken ke terpulang dgn citarasa.

Nanti nak try dengan bechamel sauce/ white sauce pulak.
hehehhehe...
ala-ala potato gratin... :)

Gara-gara tengok Masterchef cabaran Pavlova hari tu,
teringin pulak saya nak makan Pavlova.
kebetulan pulak ada whip cream dalam peti ais.
jeng.. jeng.. jeng..
hehehe.. :)

Thursday, November 29, 2012

Kek Lapis Biskut Cheese

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Orang lain kan kalau after bersalin, dapat anak,
sibuk nak kuruskan badan, nak diet.
Tapi tidak saya.
Saya ni asyik nak makan je.
Nafsu makan menjadi-jadi selepas melahirkan anak yg ke-2 ni.
hehehhe...
Alhamdulillah, badan masih slim gitu...
Berkat full breastfeeding, kalori terbakar semua,
sebab tu lemak tak jadi. :)

2 hari lepas saya buat Kek Lapis Biskut Cheese.
Kek ni sangat mudah dan rasanya yg enak.
Saya tak pernah tahu akan resipi kek ini.
Saya mempelajarinya selepas saya berkahwin,
suami yang dapatkan resipi ini dan kasi tunjuk ajar.
kelasssssssssss laki aku.. hehehehhe...

Pernah la buat 2 kali tak silap.
masa tu belum ada anak lagi.
Sekarang anak dah 2 orang, tetiba teringin nak makan...

Cheesenya bukan main bulan lepas dah saya beli.
Biskutnya pun sama.... Biskut Saltcheese..
Kadang2 payah nak cari biskut tu.



 

Inilah Kek Lapis Biskut Cheese yg saya buat.
Maaf ye, jgn hairan rupanya yg sememeh..
al-maklum la projek tengah malam...
tidurkan Darwisy dulu baru dapat laksanakan misi..
heheheh..

Alhamdulillah habis seloyang.
Sedaplah kot kalau habis.
hehehe...
Saya ni tak pandai nak puji masakan sendiri,
kalau habis orang makan, sedap ler tu... hehehhe...
Tak kisah la....
janji suami & anak2 sukaaaaaaaa...

Saya guna loyang 7.5" x 7.5" x 3.5"
So, resipinya.... :


Bahan-bahan:

1 block cream cheese (philadelphia)  bersamaan dengan 250gm; suhu bilik
2 peket biskut saltcheese ( saya guna 1 peket setengah )
1 tin kecil susu manis ( saya bubuh 3/4 tin saja, rasa manis ok je )
Susu segar untuk celup biskut
Serbuk koko untuk hiasan ( saya guna chocolate powder )

Cara-cara:
  1. Cream cheese dipukul bersama susu hingga sebati.
  2. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang.
  4. Masukkan sedikit cream cheese yg dah dipukul tadi dan ratakan.
  5. Ulang langkah 3 & 4 hingga habis lapisan dan diakhiri dengan taburan serbuk koko sebagai hiasan.
  6. Sejukkan selama 6 jam atau semalaman baru boleh dimakan.

Mudahkan..
Kalau nak sedap lagi, boleh la taburkan nestum kat atas lapisan cheese tadi.
Saya tak berapa suka sangat banyak elemen dalam masakan,
kalau banyak elemen banyak rasa..
Saya suka rasa sesuatu masakan tu just nice & gedebomm dalam mulut saya.
hehehehe...
Terasa diri macam pakar masakan pulak...
hahahahha...

Selamat mencuba! :)

Wednesday, November 28, 2012

Edisi Bubur

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Di Kuching memenjak ni,
belah petang asyik hujan, suka sangat!
hehehe...
Sejuk maaa.. mesti la suka...

Bila dah hujan, nafsu nak makan itu ini tu meronta-ronta.
Kalau sejuk, mesti nak makan yang panas2 kan,
agar badan terasa sikit hangat... :p

Saya suka makan bubur.
Tak hujan pun kalau dah mengidam,
tak senang duduk saya mesti nak makan jugak.


 

Bubur kacang yang dicampur bersama ubi & keladi
Last 2 weeks buat bubur ni sebab suami mengidam... hehehe...
Kalau ada jagung lagi perghhhhhhhhh! :p


 
 

Bubur durian!!
Sekarang ni kan musim buah,
makanya WAJIB buat bubur durian.
bubur durian ni ada ubi jugak dalamnya.
Tapi ni bukan saya yang buat,
mak yang buat.. hehehhe...
lemak berkrim disukai ramai,
air tangan ibu mestila sedap... :)

Tapi saya lebih suka kalau durian tu di buang bijinya
dan isinya saja diambil untuk buat bubur.
ala-ala puree durian gitu... hehehe..
bolehlah nanti saya cuba buat.. :)

Monday, November 5, 2012

Puding Trifle

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Last week saya buat puding trifle.
Actually dari masa mengandung lagi nak buat,
tapi tak berkesempatan.
Dah Darwisy nak masuk usia 6 bulan baru ada masa nak buat.
Patutla Darwisy since usia 3 bulan dah meleleh air liur,
agaknya tak sempat merasa puding ni masa dalam perut...
hahahhahaha.. :p




Puding trifle ku yang sememeh..
hehehe..




Alhamdulillah, suami & Nabihah suka...
Tapi Nabihah makan tang kastard & buah sahaja.
Yang kek tu taknak makan. hurrmmm...

Musim2 panas terasa nikmatnya puding masuk kat anak tekak.
hahahahha...

Saya kalau dok runsing, nafsu nak makan itu ini memang memuncak.
Last few weeks risau nak exam.
Alhamdulillah peperiksaan selamat dilalui.
Tapi saya tak menaruh harapan yang tinggi.
Sebab apa yang saya study langsung tak keluar
sedangkan itu tips yang diberikan.
Tapi tak ada satu pun yang keluar masa exam.
Tawakal je laa...
Ada rezeki tu, adala....
Tunggu result next month.

Ok, dah melalut ke laut.
Nak resipi tak? hehehhe...

Saya dengan baik hati kongsi resipi.
Itupun kalo ada yang sudi dengan resipi ni. :p

Puding Trifle

Layer Bawah:

Swiss roll cake atau apa2 jenis kek pun boleh.

Layer Tengah (Kastard):

1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1 tin air
5 sudu besar gula

Layer Buahan:

1 tin buah-buahan koktel (asingkan airnya)

Layer atas sekali:

1 kotak jelly perisa strawberry atau apa2 perisa pun boleh


Cara2: 

1. Potong kek dan susun ke dalam bekas. Susun rapat2. Tuang sedikit air buahan supaya kek menajdi lembap.

2. Susu cair + 4 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1 tin air + gula di masak dengan api sederhana sehingga menjadi sedikit likat. Biarkan seketika dan tuang ke atas kek tadi. Biarkan sejuk dan kastard jadi beku sedikit.

3. Taburkan buah-buahan koktel tadi.

4. Masak jeli mengikut arahan. Biarkan seketika kemudian tiang ke atas buahan tadi.

5. Biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.

Selamat mencuba!

Saturday, October 20, 2012

Pizza + Puding Peach

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari tu kan, 2-3 hari lepas kalo tak silap,
saya dan suami main masak2... hehehhe...
Kami buat 2 pizza.
Satu saya buat, satu lagi suami yang buat.


Ini pizza yang saya buat.
Buat yang simple je.
Sosej + bawang besar + udang + nenas + cheese
untuk sos dia, guna tomata puree yang dipanaskan dengan garlic.
Idea suami.. :)



Ini pulak pizza yang suami buat.
Bahan sama cuma dia  tambah extra sos cili & mayonis.
Ginilah kalau suami & isteri gila makan. hahahahha...

 

Dan ini pulak puding peach.
Tetiba pulak teringin nak makan, so saya buatla lagipun mudah je.



Teringat dulu zaman2 sekolah, bapak belum pencen,
bapak saya suka beli buah peach dalam tin sampai 2-3 tin sekali beli.
Time tu pun mak suka buat puding, buat kek segala.
Selalu le mak buat puding peach ni.
Kalau takde peach, betik masak kat belakang rumah pun jadi agar2.
Tapi, sekarang betik dah takde lagi. huhu..

Selamat menjamu mata!! hehe.. :p

Monday, July 30, 2012

Kurma Milkshake

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari ini saya nak kongsi resipi minuman yang boleh memberi tenaga di buln Ramadan.
Bukan sahaja memberi tenaga tetapi terutamanya kepada ibu2
yang BF, minuman ini boleh membantu membanyakkan susu anda. Insya Allah.



Susu segar dalam kotak, buah kurma & ais (optional)
Itu je bahan yang diperlukan.
Saya guna low fat milk with high calcium.

Caranya pun sangat la mudah.

Sediakan alat pengisar (blender)
Masukkan 7 biji buah kurma (buangkan bijinya)
Tuang susu, sukahati berapa banyak anda nak minum.
Ais dan kisar.

Selepas kisar nak letak ais lagi pun boleh.
Sedaaappp!



Inilah minuman kesihatan. Semua peringkat, tak kira tua muda, boleh cuba.
Ibu2 mengandng pun boleh try untuk menambahkan tenaga.
Al-maklum la ibu yang sedang mengandung cepat letih kan...

Dan kepada ibu yang menyusukan anak (BF), must try!
Insya Allah, anda perlu yakin.
Minuman ini boleh jadi milk booster kepada anda.

Chewahh... macam promosi la pulak..
hahahahah...

Ok, selamat mencuba & selamat beramal.. :)

Monday, April 23, 2012

Cerita Hujung Minggu

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Liat betul nak bangun pagi tadi. Tambahan pulak sekarang tidur dah tak lena. Posisi tidur pun semua posisi rasa tak selesa. Kalau nak tukar posisi, kena slow, perut dah semakin boyot & berat. huhuh... 

Hujung minggu kami takde buat apa. Melepak kat rumah. Kakak bihah pun tak banyak songeh nak jalan. Syok dok kat umah, mana taknya, Mama & Ayah sentiasa berada di sisinya. Dok layan PSP, main masak2, sampaikan bila di tanya, "Jalan kak?", Nabihah jawab "sikmok jalan, umah jak". Bagusnya anak Mama. heheh...


Hari tu tengok ada lagi saki baki makaroni yang belum dimasak. So, saya buat bubur makaroni & jagung. Bubur ni kalau makan sejuk2 baru sedap. Bangun pagi semalam agak lewat dekat nak pukul 10am.. huhuh... Bangun je semangat buat bubur, siap, ngap semangkuk & selebihnya sejukkan dulu kemudian masukkan dalam petiais untuk santapan di petang hari.. :)



Kalau ada sago, letak sago lagi lah marvelous. Lemak berkrim... Slurp~ slurp~


 

Then, saya buat begedil. Ni begedil kosong je. Rabus kentang, lenyek & masukkan pati ayam pastuh goreng. Bila dah takde idea nak makan apa untuk breakfast, ni lah jadinya, menu simple & kenyang. hehehe..

Tambahan pulak belum payday, sebab tu jugak syok dok rumah. Kalau dah payday, memang sukat jalan raya le kami anak-beranak. 

Setakat ni, Alhamdulillah, persiapan menyambut anak yang ke-2 almost settle, cuma nak beli besen mandi & ada beberapa barang keperluan seperti minyak Yu Yii, vick, pemotong kuku. Beg hospital saya pun belum lagi disediakan. Boleh dikatakan saya ni tengah menghitung hari nak deliver. Hopefully dapat deliver normal macam dulu, takde le lama sangat nak check in di hospital. huhu..



Makan apa tu kak? Kakak bihah sedang menikmati spaghetti malam tadi. Semangat dia tolong saya buat spaghetti semalam sebab spaghetti menu fav dia. Selera western anak dara saya ni. hehe.. :p


Monyeng eh muka yaa... :)



Dapat makan menu fav dia, happy je muka. Kalau Kakak bihah nampak saya senyum2 usap perut, dia akan tanya, "Adek gerak ka Ma?". Soon, insya Allah, Kakak bihah dapat main dengan adik dia.

Oh, panjang entry hari ni. Oklah, back to work... This week dah 36 weeks = 9 bulan. Almost there!



"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Friday, April 20, 2012

Roasted Chicken & Potato

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Roasted Chicken & Potato adalah menu dinner malam tadi.

Nak masak banyak2, saya, en. Edel & Kakak Nabihah je. So, ambik senang, masak resipi simple je lah dan janji kenyang. hehehe...



Garam, lada, serbuk kayu manis, jintan manis semua letak, gaul2 dan masak dala oven selama 30minit. Bawang besar, potong bulat & letak sekali.

Nak makan dengan nasi boleh, nak makan macam tu saja pun boleh  :)



**Makan benar2 masa tok, lak lam pantang, menu yg sama jak... huhuhu...

Tuesday, April 10, 2012

I love baking!

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
 Salam,

Last week adalah minggu "baking". Al-maklum la jakun dapat oven dari suami tercinta. Perfect present for my birthday! hehehe.. :p

So, on last monday, before pergi check-up, menu lunch adalah Potato Gratin (nak dapatkan resipi, klik kat labels Cooking ek), tak kuasa nak menaip.. huhu...

Senang je, simple & mengenyangkan...

 
 Sebelum dimasukkan ke dalam oven, mmmm.... cheeseeeeeee...



 
After 40 mins dibakar... Yummy!!



 Pergh~ Sedaaaaaaaaaaaapp!!



 Inilah dia juri masakan saya... heheheh...




Dan ini adalah aktiviti saya pada hari Rabu last week. Doktor dah pesan berehat, tapi itulah, asyik baring je memanjang, sakit badan-badan. Lesu je.


Memandangkan plan nak celebrate birthday, nak jalan2, makan2 tak menjadi, saya buat lah kek harijadi sendiri. Actually memang plan nak buat kek pun... hehehe... Sebab bila saya buat kek, baking segala, hilang stress saya.. :)

Vanilla kek with buttercream. 1st attempt, not bad cuma buttercream tu terasa lagi gula dia.. tak sebati ler tu, sebab dah tak tahan nak pegang mixer, perut mengeras...  hehehe... Sapuan pun tak rata, Nabihah dok celup jari dalam krim & makan, saya dah hilang fokus, tempek saja krim & deco sesuka hati. Cuaca pun panas, cepat cair & payah nak melepa. 

Janji sodappp! heheh... Ni dalam hati ni meronta-ronta nak buat cupcake tapi keadaan tidak mengizinkan, Takpe, masa cuti panjang nanti, aku projek. hehehhehe... Sebahagian kasi kat mak kek. Bila mak dtg rumah ahad lepas, mak tanya:

Mak : Ko polah ka kek riya?

Saya : Aok, kenak?

Mak : Rasa kek TAKA.. Ingat beli. 


Saya : Yaka? Terer lah aku.. hahha... Aku nak makey fresh cream tapi budget sik cukup.. hahah...

Terima kasih kat suami tercinta hadiahkan saya oven ni dan can't wait untuk anugerah terindah, insya Allah, mudahan mujor-joros... :)

To hubby, nabihah & baby, Mama love you all so much! Kitak oranglah hadiah yang amat berharga! Muahhhhhhhs!



**Belalak eh ngan pavlova. Rasa mok polah gik.. hueheuheu... :p

Wednesday, March 28, 2012

Air Tangan Suami :)

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam you all....

Apa khabar hari ni? Saya Alhamdulillah sihat walafiat, dan kandungan pun Alhamdulillah, hari ni dah 8 bulan. Cuma mood saya sengal sikit di awal pagi sebab syok2 driving turun kerja, ada kereta dari arah berlawanan bukan main laju, tak tengok ada lubang kat depan, tak sempat break, masuk line saya. Nasib baik saya sempat break, kalau tidak, habis la depan kereta aku! Syukur takde apa-apa yang tak baik berlaku... Tashwuuuuudd!!

Dan, hari ni sepatutnya kami sekeluarga fly......... cuti-cuti Malaysia, tapi bukan rezeki noks, cancel plan. Rezeki besar yang kami tunggu2 lebih diutamakan lagi. Naik belon kalau ada surat dari doktor memang ler boleh, tapi nak jalan-jalan tak larat dah. Pusing2 dalam e-Mart pun boleh swingkan mood saya, keletihan, inikan pulak nak shopping di Mid Valley... hahahahha... Takper, nanti2 kita shopping yer anak-anak Mama... hehehe... :p

Melalut pulak saya ni. Ok, nak bagitahu ni, suami saya pandai gak buat kuih. Tak caya? See the picture maaa...


Ala cayang.... Air tangan suami saya... Kek Butter Oat. Actually, en. Edel guna adunan kek yang dalam kotak tu. Cuma masukkan mentega & telur saja. Dia buat setengah je adunan. hehehe... Oat tu saja2 je dia letak untuk hiasan... Sedap!

Weekend nanti bolehlah ajak suami sama-sama buat cupcake. Next week kan birthday Mama... heheheh... lalalallalalal~



**Teringin indah nak makan bubur Candil~ Harus beli bahan k molah... auw~

Monday, March 26, 2012

Pavlova di petang Ahad

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Semalam saya try oven baru. So, nak senang, saya buat pavlova. Mengidam ler katakan.... hehehe... Resipi dia mudah tapi tricky ek. Tapi, cuba sekali nak lagi... :)


 

Kakak kalau tengok saya pegang electric mixer, dia tahu saya nak buat kuih. Sakan dia suka. hehehe.. Pavlova siap semalam, dia yang tak sabar2 nak ngap!



Pavlova... Pavlova yang saya buat ni taklah perfect seperti yang chef2 atau pro2 yang buat. Saya masih tak mahir nak adjust suhu oven utk bake pavlova ni. Tapi, tetap gak menjadi & gebu. eheee...

 

Mmmmm.... marshmellowy soft. Saya prefer disejukkan dulu baru makan. Biar cream tu keras sedikit, dan buah-buahan tu sejuk, baru fresh & cool menelannya. hehehe..

Anda nak mencupa, ini resipinya:


  
Bahan-bahan:

4 bijik telur putih
1 cawan gula castor
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu besar tepung jagung (cornflour)

Caranya:

Panaskan oven.

Pukul telur putih sehingga berbuih dan terbentuknya "soft peaks". Then, gradually (sedikit demi sedikit) masukkan gula sehingga habis dan pastikan gula betul2 'dissolved' dan sehingga "stiff peaks" terbentuk.

Kemudian masukkan essen vanilla & tepung jagung, pukul dengan medium beat.
 
Make sure, DO NOT OVERBEAT.

Kemudian boleh la di letakkan ke atas tray yang telah dialas dengan baking paper. Lambakkan atas tray dlm bentuk bulatan sebesar 18-cm diameter.

Bakar dlm oven  pada suhu 150C selama 1 jam.

Pavlova boleh dikatakan siap bila luarannya sudah agak crisp dan sudah ada sedikit craking. Sekiranya pavlova dah masak, sejukkan di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Dah sejuk, hiaslah dengan krim putar & buah-buahan.



Pavlova ni ada pelbagai ver. resipi dia. Anda boleh tengok kat youtube kalau nak tahu teknik-teknik membuatnya. Ok, selamat mencuba!


**Next project, cupcake!

Friday, March 23, 2012

Agar-agar Santan

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Dah Jumaat dah... yeay! yeay! hehehe... Tak tahulah semakin hari semakin nak makan itu nak makan ini. Tengahari semalam tetiba pulak teringin nak makan agar-agar santan. 2-3 hari ni kan panas, best wooo telan agar-agar sejuk... siap imagine saya tau. eheee..

So, malam saya beroperasi buat agar-agar. Agar-agar ni simple je tau. Senang buat. 10 mins je dah siap cuma kena tunggu semalaman lah untuk boleh di ngap! hehehe...



Agar-agar sedang dimasak
 


Agar-agar yang dah siap dimasak, tunggu nak dimasukkan ke dalam peti sejuk


Pagi tadi melepas rasa nak makan agar-agar. hehehhe.. Simple resipi tapi sedap wooo... Semangat nak baking dah naik dah. Lepas ni nak buat apa lagi ek? eheheh..



**Banyak na list masakan lam palak utak ku tok... haipppp...

Tuesday, January 10, 2012

Creamy Pasta

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam readers,

Lately ni, Alhamdulillah mood saya ok je. Taknak moody2 dah, emosi si ibu akan effect kat perkembangan dan juga perangai anak. Sekarang ni, semuanya hadapi dengan senyuman. Orang cakap itu, cakap ini, saya buat dunno je, buat muka poyo, boleh? hehehe...

Ok, back to topic. Ini menu dinner malam tadi. Siang2 dah cakap kat en. Edel, "malam tok polah pasta Yang" . en. Edel on saja.




Yumsss~ en. Edel gigih potong dadu bawang besar & udang. Lepas tu saya tumiskan, then masukkan creamy sos, heat for 5 mins, then masukkan pasta yang sudah direbus. Tapi, pasta saya overcooked. Lama sangat rebus. hehehe... Tapi, tetap sedap!! Then masukkan sedikit lada. Kacau sehingga sebati, siap untuk dimakan!

Makan masa lagi panas memang nikmat. Perghh!
 
  

Kakak Nabihh, siap thumbs up! hehehe... Selera Kakak Nabihah more ke western macam Mama dia jugak. Alhamdulillah la, suami tak cerewet kan, semua dia on saja.  Melayu, western, japanese, chinese, hentam saja janji HALAL. heheh..

Oklah, back to work. Petang karang tak masuk ofis coz pergi KKIA. Pagi tadi sepatutnya teman bos g meeting di SKM tp memandang keja banyak tak done lagi, bos pergi la sorang2. huhuhu... 



**Nervous ku nak check ptg tok, nait ndak ka berat ku, lak sik nait, kenak anok nurse. hmm...

Thursday, January 5, 2012

Begedil Tuna

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Ini cerita hari Isnin lepas, kan PH, so semangat le nak sediakan breakfast untuk suami & anak. hehehhe...  Bangun pagi, rebus kentang, nak buat begedil tuna. I love begedil. My fav! Asalkan makanan berasaskan kentang sudah semestinya saya mudah jatuh cinta. chewahh.. :p



Yums sangat!!!!!!! Ngidam chocolate ice blended SR! Last monday balik dari boulevard dah parking kat depan SR Satok, alih2 Kakak Nabihah kata... "Mama, KFC!", demi anak, batalkan aje nak singgah kat SR. Takpe, lain hari ada... hehehe.. 

Ok, back to work!

Wednesday, January 4, 2012

Menu Dinner Last Night

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Malam tadi saya masak spaghetti. Yang paling seronok of course la Kakak Bihah. Menu favourite dia ni tau. hehehe... Alhamdulillah, en. Edel tak cerewet bab-bab makanan. Dia ngap saja apa yang saya masak. Saya ni yang cerewet sebenarnya. heheh.. :p




Yummylicious!!! 

Selera saya semasa mengandung memang western. Dari zaman mengandung Kakak Nabihah dulu pun sama gak. hehehe... 

Ok, nak share wishlist 2011 yang sudah direalisasikan, Alhamdulillah...

  1. Pindah masuk rumah sendiri - Done in August 2011
  2. New job - Kerja yang tak terikat dengan kontrak, kerja tetap walaupun masih berkhidmat dengan swasta - Done in June 2011
  3. 2nd pregnancy - Actually, ini wishlist dari tahun 2010, tapi Alhamdulillah, rezeki 2011. Syukur ke hadrat Illahi. - End of September 2011.
  4. Peningkatan (performance), achievement di tempat kerja. Dari Executive pada bulan Jun 2011 ke Senior Executive pada Oktober 2011. Alhamdulillah, rezeki anak.

Untuk 2012, ada wishlist jugak tapi wishlist yang berfaedah dan penuh makna, bukan wishlist yang nak meguntungkan & menyenangkan diri-sendiri semata-mata. Iyelah kan, umur semakin hari semakin meningkat, pemikiran pun perlu lebih matang. Setuju? hehehehe...

Bah, sambung keja. Nak siapkan report untuk meeting Jumaat nih. Adusssssss!!


**Paling ku sik suka lah meeting! uwaaaa... 
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting