Salam,
Minggu lepas adalah minggu yang sangat best.
Kenapa ek?
Sebabnya minggu lepas kami 4 beranak shopping!!
hehehhe....
Al-kisahnya jugak, en.suami dapat bonussssss!
Makanya, sebagai isteri, saya pun dapat bonus & anak2 pun mesti la dapat jugak kan..
hehehhe... :p
Bermula hari Ahad,
pencarian single bed untuk kakak.
Dulukan, masa nak kahwin, of course la beli katil baru kan.
Tapi masa tu berdua, so beli katil queen size je la.
Sampai la pindah ke rumah baru.....
En. suami belikan katil baru tanpa pengetahuan saya pulak tu. haip!
Serius, masa suami belikan katil saya tak tahu.
Tetiba je bawak gi kedai perabot nak belikan tilam.
Ingatkan nak gantikan tilam lama.
Bertambah pelik saya ketika itu, suami saya dok santai try tilam king size.
Aik, biar betul... dahlah tilam dia dok santai tu harga nya seribu lebih.
Suami saya nih, kalau dah santai dan senyum2, memang angkat ler satu.
Masa kat kaunter bayaran, baru en. suami bagitau dia dah belikan divan king size.
Beli king size sebab nak space luas sikit katernyerrrrr...
Dan tak sangka pulak bila pindah rumah baru terus mengandung.. Alhamdulillah...
Dapatla si manja Darwisy.
Darwisy tak suka tdo dalam playpen.
Nak tdo peluk2, genggam tangan segala.. alahai... manja betul anak bujang saya ni.
So, tido berempat ler atas katil.
So, bila Darwisy dah besar ni rasa sempit la pulak,
makanya, beli la extra bed untuk si kakak.
Jumpa la single divan angkut dengan tilam sekali.
Campo kedua2 so total dalam enam ratus lebih gitu.
Alahaiiiiiiiiii anak aku, kecik2 dah pakai katil mahal nooo...
takper, alah membeli, menang memakai.. boleh pakai sampai masuk U nanti, insya Allah.. :)
Dah tu ari isnin, pergi Parkson, carik set cadar & comforter untuk kakak bihah.
Seronok dia tido kat katil baru dia tuh.. Katil divan pulak tu... ish, ish... :p
Selasa pulak pergi The Spring & rabu shopping kat Boulevard.
Dan semalam, shopping jugak kat Wisma Satok. heheheh..
Dinner @ Green House
Darwisy @ SugarBun
Amboi, seronok makan fries yer....
Oh iye, satu lagi gigi bawah tumbuh, so sekarang Darwisy ada 4 batang gigi kat atas & 3 batang gigi bawah.. hehehhe...
Mom & daughter
(macam sister & lil sister je kan... ehekk..)
Syokknyaaaaaaaaa dapat shopping sakan... :)
Rindu pulak nak shopping kat Mid V & Sogo... huahauhauhau....
Insya Allah, kalau ada rezeki lebih, boleh ler flyyyyyy... kan Sayang? :p
Kakak bihah pun salu sebut KL, KL... heheh...
Oklah, masa untuk zZzzzzz...
Sudi2 la cuci mata kat blogshop saya.
Gudnite!