Wednesday, November 23, 2011

Check Up Nabihah 3 tahun & Scan 14 weeks

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
 Salam,

Hari ni saya half day sebab saya & en. Edel bawak Nabihah g check-up 3 tahun. Kami ke Klinik Healthcare, klinik favourite ni tau. hehehe... Saya plan nak scan jugak, nak tengok baby, bagaimana keadaan baby dlm rahim saya ni.



Close up. Can you see body & kepala my baby? hehehe... Sebak, syukur Alhamdulillah, Allah swt murahkan rezeki kami. Lama jugak kami tunggu nak mempunyai anak lagi. Kalo tak silap, Oktober last year saya berhenti merancang. September tahun ni, baru lekat. Apa2 pun SYUKUR ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI atas kurniaanNya.


 

Masa doc scan tadi, baby sangat la aktif, nampak kaki baby tendang2, after 5 second, tendang lagi, then goleng kanan, goleng kiri. Doc pun cakap, baby aktif. Alhamdulillah... Doc kata bila kandungan 5 bulan dah boleh tengok gender baby. Jangan hairan dengan saya ek, pregnant kali ke-2 ni memang saya a bit keterujaan & sekoh, bak kata mak saya, "macam x pernah merasa.." hahahahaha..


Hopefully, baby saya selamat sentiasa sehingga cukup bulan & dilahirkan nanti. Amin.... 


Kakak Nabihah... Dah 3 tahun dah anak Mama ni. Check up kali ni takde injection, just check berat & tinggi jer, sebab tu bawak check ke klinik je, biasanya check kat KKIA. Ramai sgt manusia, terbuang 3-4  jam tunggu giliran.

Nabihah seorang anak yg baik, walaupun sometimes dia buat saya meraong 1 rumah. hehehehe... Sejuk perut sewaktu saya mengandungkan Nabihah dulu hingga ke saat melahirkan, semuanya berjalan dengan lancar, syukur sangat, Alhamdulillah...

Oklah, nanti sebak pulak saya bercerita perihal anak-anak. Dah cukup masa, mcam biasa, dekat jam 5pm baru saya boleh update, keja habis maaa... Ye ke habis? hehehe... Mana ada keja habis maa, keja tidak habis lorr... Ok, cukup coretan Mama hari ni. Bye!



**Doc padah tek maybe baby boy... :)

Monday, November 21, 2011

3 tahun lah....

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Semalam, 20 November 2011, hari lahir anak perempuan saya, Nur Izzah Nabihah yang ke-3 tahun. Kami celebrate 3 beranak je dengan adik Nabihah in my tummy. hehehe... Simple celebration je sebab mama Nabihah terlebih bebelanja bulan ni. hehehe.. Takpe, weekend ni celebrate besar-besaran sekali sambut birthday mak. Nak makan seafoooooooooodd! TOPSPOT! Haish, doktor soh saya maintain diet tp susah la, baby cepat lapar. hehehe...


Perihal Nabihah sekarang semakin la nakal. Perangai macam boy je semenjak 2 menjak ni, garang betol dengan saya. Mak saya kata, "boy kali nok lam perut ya, yalah Bihah ya gaok ngan kau..". Tak kisah la boy or girl, janji baby selamat. By the way, hari Rabu nak bawak Nabihah ke klinik, check-up 3 tahun. Rasanya saya nak buat scan sebab cun2 jugak saya 14 minggu hari tersebut. Saja nak scan, nak tau keadaan baby kat dalam rahim saya ni.


Oklah, akhir kata, Happy Belated Birthday to my lovely daughter, Nur Izzah Nabihah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Belajar rajin2, capaikan impian mama nak jadi doktor yang tak tercapai. hehehe... Jom balik!!! Pukul 5.15pm dah.. BALIK!!.. hehehe...  :p

Friday, November 18, 2011

Linut Kegemaranku

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam Jumaat,
Nak cita pasal hari Rabu lepas, balik keja en. Edel bawak g e-Mart. Lepas jalan-jalan, beli barang sikit, en. Edel ajak makan di Ayamku, tapi tekak ni macam nak makan benda lain. 

Rasa nak makan LINUT. Mengidam!! Time bagitau kat en. Edel, memang dah terasa kat hujung lidah. Sedap sungguh weyh, cecah dgn sambal yang superb! So, kami singgah di Barong Tinuk, ownernya berbangsa Melanau, sama la macam saya. heheh.. 

Bila sampai je linut atas meja, ngap tak pandang lagi kiri kanan. Makan pulak dengan midin goreng belacan, sedap hingga menjilat jari wa cakap luuuuuuuuuu...

Nak tengok linut yang saya makan... See picture below lah :p

Harga RM3.00 je, murah kan.. 

SEDAP!!!!


Wednesday, November 16, 2011

Words on Wednesday

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan saya dah masuk 2nd trimester, 13 minggu. Semalam saya pergi monthly check-up di KKIA Gita, tapi tak dengar lagi heartbeat baby. JM kata, biasanya dalam 14 minggu baru boleh dgr hearbeat. Tapi masa saya mengandungkan Nabihah dulu, minggu ke-13 dah boleh dengar heartbeat. Kandungan tidak semuanya sama kan. 

Tak tau la mengandung kali ni saya cepat sangat risau. Saya kesiankan baby sebab dari early pregnant lagi saya memang sentiasa dalam keadaan stress esp. time bekerja. Kalau di office, saya tak tunjuk sangat stress tapi di rumah, siaplah, ada je buat mood tak berapa baik, marah2. Hmmm...

Ahad ni, 20 November 2011, hari lahir Nabihah yang ke-3. 3 tahun dah umur anak mama. Sekejap je masa berlalu. Sekarang ni balik keja je Nabihah say "hi" kat adik dia dalam perut. hehehe... Comel!

Eh, en. Edel dah miskol, dah sampai rupanya. Oklah, nak kemas2, nak balik!!! Nanti cita lagi ek.. :)

Friday, November 11, 2011

11.11.2011

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Cantik tarikh hari ni, 11.11.2011. Hari ni birthday mak saya yang ke-61. Happy Birthday Mak. Bestnya kalau ada sesiapa melahirkan anak pada hari ni tepat pada pukul 11.11 pagi or 11.11 malam. hehehe...

Dan, hari ni jugak ramai yang mendirikan rumah tangga. Ramai yang berkongsi tarikh kebahagiaan. Nak cerita pulak, dulu-dulu kan, saya & en. Edel bertunang pada 07.06.2007 (070607) dan plan nak kahwin 08.08.2008. Nak tarikh cantik la katakan... Last2, kami kahwin 28.12.2007 sebabnya dah gatal kot. miahahahahaha... Kalo tak silap, 08.08.08 tu, saya hamil 6 bulan. hehehe... :p

Actually kan, saya tengah stress! Sekarang ni, asal tengok ofis je kompom stress. Tengok keja, kompom stress, lum stat pk lagi dah stress. Kalo dah stat pk, terus sakit kepala. Dah tu, mula la nak makan! Alhamdulillah kandungan saya dah 12 minggu, dan sejak itulah saya asyik2 nak makan padahal saya kena control makan. Katakan saya makan pukul 9.00am, pukul 11.00am sure punya saya lapar balik. Dah tu tekleh nak lewat2 kan makan, sure kena gastrik. Time menaip ni pun mulut sya terkunyah2 makan keropok. hehehe...

Boringnya sebab Ahad ni say perlu buat BSP lagi. Malasnye nak ke hospital. huhuu... Berturut2 appointment saya, hari isnin, pergi ke Klinik Jawa, hari slasa pulak check-up 3 bulan. Mesti best check-up kali ni coz boleh dgr heartbeat baby. :)

Ok2, nak sambung stress balik la. Uwaaaaaaaaaaaaa..!! "Nyza, kau sik boleh stress, cian baby", kata hati berbisik.


**Sik sabar nak balit kol 5pm tok, nak nangga cerita korea Pasta. Best ada jak cerita ya.

Thursday, November 3, 2011

Cakap Siang Pandang-Pandang

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Pastinya ramai dah tahu kes hangat blog Syaza Diva especially Sarawakian. Saya dapat tahu pasal blog tu dari rakan sepejabat. 

"Adalah sigek blog ya nganok orang Sarawak...", kata kawan saya.

Saya pun apa lagi, google la carik blog budak tuh. Baca punya baca, memang menyirap darah. Syaza ni budak Selangor, study kat UNIMAS, 1st sem kot kalau tak silap. Macam-macam la cerita tak baik dia pasal Sarawak, UNIMAS & orang Sarawak. Siap nasihat kerajaan Malaysia suruh ambik tindakan. Ntah2 dia yang akan diambil tindakan sebab keluarkan cerita BODOH dia menghina Sarawak dan orang Sarawak.

Enty dia menghina tu dah dia delete kan, tapi saya sempat baca. Budak Syaza tu memang tak matang dan sangat-sangatlah bersikap perkauman. Dia kata orang Sarawak yang bersikap perkauman, ye ke? Dia sendiri berperangai macam tu, kalau tidak manakan dia terang-terang MENGHINA orang Sarawak melalui blog. Orang Kelantan pun dia kutuk jugak. Katanya, orang Selangor TERCHENTA dia je baik2, boleh diajak berbincang, cakap elok2. Orang Sarawak tak boleh nak berbincang, cakap kasar2. Hamboi, sedap mulut mengata!

Ni nak bagitau sikit la, lebih dari 60% keuntungan Malaysia datangnya dari hasil bumi Sarawak dan juga Sabah. Tapi belah mana yang lebih membangun? Anda pasti tahu jawapannya. Ada ke kami ni rakyat Sarawak marah? Ada ke kami keluarkan rasa tidak puas hati kami dalam blog? Segelintirnya mungkin ada tapi tidaklah sampai menghina yang di Semenanjung. Takpe, kita share2 keuntungan, walaupun kami rakyat Sarawak serba kekurangan.

Saya bangga menjadi anak Sarawak sebab kami di Sarawak hidup aman-damai. Jalan sesak pun still boleh sampai rumah awal. Kalau nak compare kan harga barangan, mahal lagi harga di Sarawak tapi kami dapat hidup. Orang Sarawak kan kaya-raya, hidup-senang... hehehehehe... :p

Ramai kata, orang Sarawak ni kuat main ilmu hitam. Ye ke? Kalau baca kat newspaper, rasanya banyak lagi kes2 kat Semenanjung. Jangan dengar cakap orang, kalau nak merasa, nak tengok, pergi sendiri ke Sarawak. Then, tahulah macam mana keadaan di Sarawak. Jangan jadi macam budak Syaza, yang baru 2-3 bulan berada di Sarawak dah pandai2 buat kesimpulan yang menyakitkan hati ramai orang Sarawak. Dulu masa kat U, saya ramai kawan dari Semenanjung. Diaorang suka Sarawak hinggakan carik keja pun kat Sarawak. Apa kena ngan budak Syaza tu ek? Pendek akal kot.. hehehe..

Dah hina lebih2, pandai pulak nak mintak maaf. Maaf boleh diterima, tapi tidak sewenang-wenangnya kami rakyat Sarawak nak lupakan PENGHINAAN tersebut. Memang tak tau nak bersyukur. Sudahlah menuntut ilmu di negeri orang, boleh pulak nak kutuk-kutuk. Kau tu bagus sangat ke? Dah SEMPURNA sangat ka nak komen itu ini. Rasanya memang kena pulau habis2 la budak Syaza tu di UNIMAS. Kerana mulut badan binasa. Hambik KAU!

Sebelum nak meluahkan rasa tidak puas hati tu, pikirlah panjang. Allah dah kurniakan akal fikiran, kenapa takleh fikir dik oii... Kalau dah tak suke tinggal dan study di Sarawak, lebih baik, pack your bag & balik ke tempat asal. Nanti kang tak pasal2, kau kena pakai purdah sepanjang masa. huhuhu...

Oklah, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam??? LU PIKIR LA SENDIRI!!

Peace, no war! :P





*Baby dah pandey ngetis-ngetis eh... Suk :)

Tuesday, November 1, 2011

No title

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Hari ahad lepas, saya pergi buat BSP. Dari pukul 8am hingga 10pm, saya ulang-alik ke hospital. Alhamdulillah, test hari tu result ok. 

8.00am - 4.4
10.00am - 6.8
11.00am - 4.8
1.00pm - 3.9
5.00pm - 5.7
7.00pm - 6.3
10.00pm - 4.9

Dalam masa 2 minggu kena buat lagik! Haiya. Saya sekarang ni memang control pemakanan saya sebab saya nak result saya nanti memuaskan so, bila dah ok betul2 result, tak yah nak ulang-alik lagi ke hospital. Masa ni oklah, perut belum boyot, kalau perut dah macam belon, mak ai, payahnya nak ulang-alik. 
Tapi, perut saya dah nampak macam pregnant 4 bulan walaupun sekrang ni usia kandungan saya baru je nak masuk minggu ke-11. hehehe... Perut dah ngeleber kata orang tua.. hahahaha.. :p

Actually kan, saya tengah stress sangat. Keja tak habis2. Saya selalu balik lambat sehinggakan mak & bapak saya membebel kat saya. Saya pun agak selalu buat kerja lebih masa. Itulah, diluah mati mak, dibuang mati bapak, eh betol ke pepatah ni. 

Dalam keadaan saya yang masih berada di 1st trimester, saya tak boleh stress. Tapi, saya stress. Lebih-leih stress bila disuruh buat keja lebih masa. Mak ai! Rasa nak jerit je, "Faham tak yang aku ni mengandung?, aku nak rehat!!!!!"

Ya, memang berul, keja mana yang tak stress. Semua pekerjaan stress. Tapi kadang2 keja saya terlalu menuntut saya untuk stress yang melampau. Tahu saya mengandung tapi bagi keja banyak2. Haishhhh! 

Ya, saya faham, mengandung bukan alasan saya nak bermalas-malasan tapi, serius saya ak boleh nak buat keja banyak bcoz kalau saya banyak fikir, stress saya memang naik! Nanti, saya yang kena marah oleh doktor. 

Eh, sesi luahan ke ni. Oklah, susah kalau nak puaskan hati orang kan. Takpe lah, keja je setakat yang mampu. Kalau stress, tekanan darah naik, g klinik, doktor kasi mc. kan? hehehe..

Oklah, back to work!


 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting