Hari ni memang hati aku sakit sangat2...... Ni aku nak cerita mengenai Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang PENIPU!
Before ni aku ada cerita kan, en. Edel ada beli rumah dengan SPNB bodo. 3-4 bulan selepas aku & en. Edel kahwin kami dah booking rumah tersebut. Rumah taklah gah sangat, single storey terrace corner. Booking bukan dengan mulut je tau, siap bayar RM300.
Mac tahun 2009, kami terima surat, dari SPNB bodo. Diaorang nak kami bayar 10%, so the total is RM17,750.00 Waktu tu menjadi persoalan lah kan, tapak projek masih tanah lagi, satu progress apa pun takde, apasal mintak duit cepat sangat. Dalam surat tu siap bagi due date lagi mcm mintak hutang pulak. Oleh kerana KEPERCAYAAN kepada projek KERAJAAN, ulang alik en. Edel ke KWSP, withdraw duit dlm akaun 2 untuk rumah tersebut. Bayar lawyer RM3,000. So, kami dah bayar lebih RM20,000.00 utk rumah tersebut.
Mac tahun 2010, SPNB bodo ada call kita orang, maklumkan projek perumahan tak jadi buat. Mula la kami ulang alik ke SPNB nak dapatkan maklumat lanjut. Mula2 pegi, diaorang cakap, projek masih on lagi tapi delay. Delay berapa tahun, diaorang sendiri tak pasti. Waktu tu diaorang seems to blame the contractor. Apahal pulak nak salahkan contractor, contractor ikut je apa developer nak kan. Goreng sebarang je lah budak2 SPNB bodo ni. Ingat kita orang ni tak tau apa2 ke pasal projek. Nak salahkan kontraktor pulak. Memang pemikiran budak tepi jalan pekerja2 SPNB ni, BODOH!
Beberapa bulan yang lepas, pegi lagi ke SPNB. Lain pulak pekerja yang kami jumpa. Yang ni cakap, projek masih hanging, kene tunggu keputusan mesyuarat. Bila nak jumpa officer in charge, diaorang cakap officer takder, pergi KL.
Pegi lagi ke SPNB bulan berikutnya, pekerja lain lagi kami jumpa, officer in charge xda kat pejabat, pergi traveling. Bulan beikutnya, pergi lagi, officer in charge, mesyuarat. Hampeh betol la diaorang ni.
Dan hari ni, sebelum kami ke SPNB, kami pergi tengok rumah baru yang affordable, kami buat temujanji dengan broker, rumah cantik di Semariang Aman, Hock Seng Lee punya projek. Bapak & mak ikut tengok sekali. Memang berkenan sangat la dgn rumah tu.
Kitaorang cerita la kat broker tu masalah kami dgn SPNB. Broker tu nasihat kami setel kan masalah kami dgn SPNB dulu. Bagus broker ni, dari Bornoe Real Estate, dia ambik berat jugak pasal masalah kami dgn SPNB.
Mulanya aku ambik half day, at last aku call bos aku, ambik cuti sebab nak pegi SPNB. Bapak pun ekot sekali.
Sesampai je kat SPNB, aku tanya dengan pekerja di kaunter;
aku: Boleh kami jumpa officer incharge Vista Wawasan?
pekerja di kaunter: Ada terima call ke? Ada bagi no. akaun tak?
Aku blur....
aku: Bagi je kami jumpa dengan officer incharge, kami nak berbincang.
pekerja di kaunter: Sekejap... oh, officer takde. Diaorang semua pergi Miri, handing over projek kat sana.
aku: Takkan takde sorang pun officer.
pekerja di kaunter: Ada orang tp kami pun tak cukup orang masa ni.
aku: Takkan sorang pun tak boleh keluar, kami nak bincang je, bukan ambik masa lama pun.
pekerja di kaunter: Macam mana saya nak cakap, memamg xda officer... Hari selasa baru ada diaorang kat pejabat.
Lepas tu, bapak aku & en. Edel bengang. Diaorang mula tengking2 cakap kasar2 kat pekerja tu. Mulanya aku nak tenangkan diaorang tp pekerja tu memangla takde budi bahasa. Buat selamba je malah kata2 dia menyakitkan hati. Lepas tu aku pulak tengking2 kat pekerja tu. Geram tau sebab dah berapa kali kami ulang alik ke SPNB tapi tetap xda jawapan yang pasti. 2 tahun kami tunggu rumah, satu progress pun xda, masih tanah kuning!
Hello........... Takkan xda sorang pegawai poooonn kat pejabat... ker takut??????... Kita orang rasa memang ada pegawai dalam pejabat tapi xnak bersemuka. Dasar pengecut!!
Dulu nak mintak duit, semua pegawai adaaaaaaaaaaaa... Siap main ping-pong dalam pejabat. Dah kami nak tuntut duit kami, xda sorang pegawai pun di pejabat. Makan gaji buta ke diaorang ni? Asyik takde kat pejabat jeeeee.. Sampah masyarakat la budak2 SPNB ni!
Dari SPNB, kami ke pejabat peguam yang uruskan S & P. Urusan dgn lawyer, aku taknak cakap pjg la kan, SPNB client diaorang...
So, jawapannya, hari Isnin nanti kami ke pejabat peguam lagi dan hari Selasa kami akan ke SPNB lagi. Harap2 pegawai tu ada di pejabat seperti yang dijanjikan.
Kalau korang plan nak beli rumah, JANGAN SESEKALI korang beli dengan SPNB. Kami memang dah tak percaya lagi dah. Tak sangka KERAJAAN pun nak songlap duit rakyat. INIKAH IMEJ TRANFORMASI KERAJAAN???
Kami nak beli rumah lain pun sangkut. Buat orang susah je la SPNB ni. TAK BOLEH HARAP!! PENIPU!!
Satu lagi, kami mintak surat hitam putih projek tu cancel, senang la kami berunding dgn developer lain kan nak beli rumah lain...... SPNB mati2 TAKNAK beri surat. Urusan apa ni???????? Urusan KERAJAAN ke macam tu? Itu ka RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?? Berurusan dengan SPNB macam urusan TAHI!
Sekarang ni SPNB buat call dengan pembeli2, mintak no. akaun untuk pembayarn balik. Setakat call aku memang tak percaya. Kalau SPNB betul2 nak buat pembayaran balik, sepatutnya diaorang hantar surat.... dimaklumkan pihak kami nak buat bayaran balik, sila bawa resit pembayarn dan no. akaun ke pejabat terdekat... surat mcm tu yang kami nak sbg bukti. Ini takde. Main call jer. Mcm mana diaorang ni bekerja hahh?? Tak sistematik langsung ke SPNB dah tak da duit nak beli kertas??
KEPERCAYAAN kami dibalas dengan TAHI! Aku sangat2 kecewa. Sekarang ni kami yang susah. Just wait until next Tuesday. Aku x peduli gaduh besar. Dah hilang sabar dah ni!
SPNB PENIPU BESAR!!! SYARIKAT PENIPU NEGARA BERHAD! Itu sesuai untuk SPNB!!!

