Salam,
Terima kasih kepada rakan-rakan yang call, sms & komen kat blog wish sempena birthday saya. Kawan2 lama sama U juga masih ingat lagi dengan saya, oh, terharunya... Saya je yang tak ingat lagi birth date diaorang, oh sadis.. huhu...
Ok, nak cerita pemeriksaan kandungan saya yang dah 8 bulan pada 2 April yang lalu. Beberapa minggu yang lepas, saya memang menyedari perut saya asyik mengeras. Then hilang then mengeras lagi. Saya fikir mungkin saya kurang rehat sebab tu juga saya ambik cuti sepanjang minggu ini. Ingatkan nak cuci baju baby, cuci kain-kain untuk saya berpantang nanti.
Dalam bilik doktor;
Doktor : (senyum) Ada apa2 masalah?
Saya : Sekda, cuma perut salu ngeras.
Then doktor check tekanan darah, berat semua... Naik 2kg. Kemudian, baring, doktor check perut.
Sekali doktor pegang perut then dia geleng2 kepala, saya gelabah dah...
Doktor : Keras na perut kitak tok... You have to relax (dengan muka serius).
Then, doktor dengar jantung, dia sebut ok & angguk2 kepala. Sign good.
Saya : (blur)
Masa check ni en. Edel pun ada sama gak, then doktor duduk cakap:
Doktor : Baby macam nak keluar awal, thats why mengeras.bBut baruk 8 bulan, berat pun baruk 1.5kg something (doktor tak scan cuma estimate je). Kitak sik boleh masak, x boleh nyesah, x boleh jalan2 shopping. Just baring & berehat jak untuk relaks kan baby kitak.
Saya : Kerja ofis doktor?
Doktor : Pun sik boleh. Kamek akan bagi kitak sick leave minggu tok.
Saya : Tapi kamek nang cuti minggu tok doktor.
Doktor : Ok, jangan banyak bergerak, jangan banyak berfikir. Stress yalah sik bagus. Kitak mesti relaks banyak. Mun masih juak mengeras dalam minggu tok, hari Jumaat kitak pergi sitok agik. We have to stop mengeras ya... it's too early.
***************************
So, segala plan saya nak jalan-jalan, nak cuci baju baby semuanya cancel. Saya berehat je kat rumah, baring, tidur, tengok tv. Dalam buku merah doktor tulis tightening, if tightening meningkat, go to hospital.
"Adik, sabar k sayang... Mama pun sik sabar nak tengok kitak, nak sentuh kitak, nak pegang kitak, nak jaga kitak, tapi masa belum sesuai untuk kitak keluar nak... Sabar k, tunggu, sik lamak gik ya, 3 minggu jak gik nak cukup bulan, then kitak nak keluar, keluarlah sayang.... "
So far, ada kurang sikit mengeras, kalau banyak bergerak memang mengeras. Saya harap semuanya dalam keadaan baik je. Ya Allah, Kau lindungilah anak yang ku kandung ini dan selamatkanlah segalanya.. Amin...
**Bingong.... hurrmm...