Friday, July 30, 2010

Lumba Perahu Hari Pertama

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari ini adalah hari pertama untuk Sarawak Regatta 2010. Kami kakitangan Pejabat Residen Bahagian Kuching memang busy ke hulu ke hilir di Waterfront Kuching membuat persiapan. Kami berada di Waterfront dari pukul 8 pagi. Acara bermula pukukl 2.30pm. Tapi pagi-pagi lagi dah ramai orang bertandang di Waterfront.

Aku dilantik menjadi Urusetia untuk Unit Hadiah. Tetapi, hari ini bos suruh aku jadi photographer dgn menggunakan kamera Nikon D90, ofis punya. Aku boleh la reti sikit guna dslr. Sikit je tau. hahaha.. Memang salu tanya2 kat en. Edel. Masih ingat lagi masa meeting last week, bos offer en. Edel utk jadi photographer, bayar cash tetapi, tawaran ditolak kerana tak cukup lense. huhuhu... Takde zoom lense. en. Edel bagitau aku zoom lense harganya dlm 6k. Masya Allah, mahal sungguh... Tawaran diberikan dengan photographer luar.

Masih longgar lagi teknik aku.. tetttt! Dasar aku bukan PRO maaa.. hahahha.. saya budak baru belajar maaa.. Nasib baik ada photographer Metro yang bagi tunjuk ajar. Meleleh air liur tengok zoom lense yang pihak media guna... huhu.. Kawan2 cakap aku memang ada skill, kalo hari2 belajar shoot dgn dslr, agaknya boleh la semi-PRO. hahahha.. Berangannnnnnn tinggi sangat aku ni. tettttttt..!  :p 


LANDAS yang mewakili Land & Survey. Diaorang ni memang hebat. Asyik team diaorang je yang menang.


SERI URAI TEAM








Tuan Residen ditemubual oleh pihak RTM


Ambik kesempatan.. Bujat dak tok, ambik kesempatan aku tengah pegang kamera. hahahah..



Aku taknak ketinggalan... Mesti mau posing jugak.. hahahahah...

Alhamdulillah, untuk hari pertama Sarawak Regatta 2010, semuanya berjalan dengan lancar. Esok hari keduaaaaaaa... Hari Ahad, pagi, Majlis Perasmian oleh Timb. Ketua Menteri Sarawak dan Majlis Penutupan di sebelah petang ditutup oleh YAB Tuan Yang Terutama (TYT).

Oklah, esok nak bangun awal. Pukul 7am dah mesti ada kat Waterfront. Takde rehat la weekend ni.. huhuhu..

Selamat Malam.


**Nak explore, study Canon EOS 7D. hahahha.. boleh en.Edel sayang..? hehehe.. :p

Monday, July 26, 2010

Di Suatu Petang...

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Biasanya, kalau weekend tak busy, en. Edel tak bekerja, kami bertiga akan keluar bersiar-siar. Kalau tidak ke shopping mall, kami akan ke destinasi di mana terdapat pemandangan yang indah dan cantik untuk photoshoot. 2 minggu yang lepas, kami ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).


Keluargaku...



Nabihah yang comel.. :)


Model utama...



Tuwija anak ku tok, dah terer berposing...



Pengubat rindu...



Si jantung hati...



Kalo masuk contest, boleh menang ker...?? heehhehe...



watch out!




Like mother like daughter... hehehhe... Suka berposing, suka photoshoot. hahaha.. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... :p

Oklah, dah lewat malam, esok nak keje. Di ofis sekarang ni, semua dah bersemangat Sarawak Regatta. 4 hari lagi. Excited sungguh aku. hehehhe...

Gud nite all, have a sweet-sweet dream... salam...


**26 Julai 2010 (today) - Birthday bapak yang ke-62. Happy Birthday Bapak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Insya Allah, boleh pergi menunaikan haji sekali lagi.. Amin...


Sunday, July 25, 2010

Melawat Tapak Projek

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok


Sempat juak aku kohh.. :)


 Inilah salah satu kerja aku. Memantau projek2. Selepas pergi site, buat laporan. Hari ini hari ahad, aku & the gang turun ke pejabat untuk buat persiapan Sarawak Regatta. Sekarang ni jam dah 8.45pm, relax jap dan masa untuk balik. Esok nak keje...

Saturday, July 17, 2010

Agenda Perancangan 2011

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam 1 Malaysia

Wahh... Dah pertengahan tahun 2010, mula la nak merancang untuk tahun 2011. Pada suatu hari, en. Edel tetiba je menyuarakan hasrat nak melancong ke Bandung, Indonesia. Aku tak kisah, mana-mana pun boleh, sebab aku memang suka cuti-cuti melancong. Sekarang ni nak buat passport idak ler mahal sangat. Masih lagi dalam perancangan. Insya Allah, ada rezeki lebih, boleh melancong ke Bandung.


Bandung, Jakarta. Kalo tak silap ini bangunan bersejarah.

**Sumber dari pencarian Google



Great Mosque of Bandung

**Sumber dari pencarian Google



Ini pula salah satu tempat nak bershopping sakan. Aku search Google, tak tahu nama tempat apa. Hehehe... Hentam saja la...

Ofismate aku dah menjejak kaki ke Bandung. Kawan aku tu cita memang heaven shopping di Bandung. Banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Excited aku nak ke sana! Tapi, masih dlm perancangan. Harapnya menjadi ler... hehehehe.. :p



Haaa... Agenda Perancangan 2011 seterusnya adalah.... BABY! hehehe..  Sekarang ni, aku & en. Edel dah plan nak anak kedua. Insya Allah, kalau ada rezeki, nak ler baby boy. Sekarang ni aku tengah menyediakan diriku ini untuk hamil lagi, kalau ada rezeki... Nak cuba dapatkan baby boy. Kalau ditakdirkan megandung lagi, dapat baby girl lagi, aku tak kisah. Anak itu anugerah Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Setakat bulan Julai 2010 nie, itu saja perancangan untuk tahun 2011. Esok lusa tak tahu lagi, ada lagi tambahan kot. Hehehe...

Oklah, dah tengah malam. Mata pun dah letih. Gudnite.

Masa Terbang

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Masa terbang. Dalam bahasa omputih "Time Flies". Semakin hari semakin cepat masa berlalu. Sekarang ni dah pertengahan bulan 7. Sebulan lagi bulan 8, Ramadhan. Dah tu, sibuk nak raya, sibuk nak buat kuih raya, sibuk nak shopping. Aiseh men, perkataan shopping ya nang x jauh laa... hehehe..

Dah 7 bulan aku bekerja di Pejabat Residen Bahagian Kuching. Rindu kawan-kawan CMCC esp. Fieza, Jojo, Kak Sylvia, Marcella.... Muni yang tengah hamil 6 weeks. Syah, Lee Na, eh banyaklah member ni, tak larat nak taip suma.Betapa diri ini merindui kerenah dan gelak tawa mereka. Since november last year, aku x bersua mereka.

Sekarang ni, Alhamdulillah, aku dah mula mahir dengan keja2 baru aku. Wahhh...mahir ka aku? heheh.. :p
Sekiranya bos suruh pergi meeting sorang2, aku tak nervous lagi. Masa mula2 bos suruh aku attend meeting sorang2, kalau tak silap, meeting Program Sejiwa Senada, masya Allah, Tuhan je tau perasaan aku yang x reti apa2, yang x prepare apa2, yang xda pengalaman, bawa muka blur duduk dengan Pengarah2, Timbalan2... Aku, hanya jadi pemerhati.

Selain dari menghadiri mesyuarat, aku selalu pergi site. Salah satu keja kami adalah memantau projek2 di bawah RMK9. Bukan lawatan site di Kuching saja malah di Bau dan di Lundu/ Sematan. Aku seronok bila site visit. Memang satu hari muka xda kat ofis. Tapi, keesokan harinya, melambak paper2 menunggu untuk dikerja-in.

Selain dari monitor project, buat laporan projek, hal-hal keusahawanan, hal-hal pelancongan pun ada buat. Memang boleh timba banyak pengalaman dan pengetahuan aku sepanjang bekerja di Pejabat Residen. Tuan Residen pun baik. Bos aku lagila, bos sempoi.. Sporting habis.

2 minggu lagi Sarawak Regatta. Seperti biasa, Pejabat Residen adalah Pengerusi untuk acara rasmi tahunan tersebut. Kakitangan di Unit Sosial dah busy buat tag, sticker, banner. Walaupun aku di Unit Pembangunan tp aku turut sama menjadi Urusetia. Satu ofis involve sebenarnya. Kalau nak tahu selanjutnya mengenai Sarawak Regatta, temui di FB. Korang mahir kan dengan FB, search la sendiri. Aku, FB ni belum ada keinginan lagi. Inilah kali pertama aku dengan acara rasmi tahunan negeri Sarawak. Excited rasanya. Sarawak Regatta akan diadakan pada 30hb,31hb Julai hingga 1 Ogos. Aku x sabar nak tengok design baju. hehehehhe... :p

Sempat juga aku promote Sarawak Regatta. Back to Masa Terbang. Nabihah dah besar. Rambut panjang, kan mira? hehehe.. Last week, terjumpa mira & her husband makan di Kampung Boyan. Ini kali kedua terjumpa. Tapi, baby Iman xda. Bukan rezeki aku nak tengok baby Iman. Kalo jumpa, memang aku geget pipi Iman.. oppss... hehehe..

Ok, Nabihah.... Tinggi dari usianya. Sangat2 aktif. Cepat memahami. Cepat belajar. Manja yang amat, itu sudah pasti. Dah pandai minta beli itu, beli ini. Boleh tahan garang si budak kecik. Rasanya mcm baru semalam je aku melahirkan Nabihah. Tak sabar menanti Syawal tahun ini. Of course kami 3 beranak sedondon. Raya nanti boleh la belikan Nabihah dengan kasut lawa2, al-maklumlah Nabihah dah pandai melangkah dan berjalan. Nak pakaikan klip2 rambut, buat tocang. Muka gebu Nabihah seakan Korean, aisehh... Ohhh, sungguh teruja.

Panjang celoteh aku pagi2 buta ni. Mata mula mengantuk. en. Edel shift malam, sunyi terasa. Nabihah pun dah lena dibuai mimpi. Aku pun nak berehat, tadi aku buat kek coklat. Teringin pula nak makan cek coklat. Kaki dah sengal berdiri lama, rasanya baik aku undur diri. Selamat Malam dan Selamat Berhujung Minggu.

Salam 1 Malaysia...

Friday, July 16, 2010

Nak Hamil Lagi

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam Jumaat.

Pagi tadi terima sms dari seorang kawan lama. Kawan rapat zaman sekolah dulu. Dia dah kahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Anak pertama, anak perempuan. Anak yang kedua anak lelaki. Beruntungnya dapat anak sepasang; seorang perempuan seorang pula lelaki. Beza pula cuma 1 tahun sahaja. Memang express. ehhehheh...

Bercerita tentang sms. Mula2 tanya khabar. Reply, masuk, reply-masuk je sms kami. Then, cerita tentang anak-anak. Dan akhirnya muncul pulak sms, "Tambah gik sorang Za. Insya Allah, ne tauk dapat baby boy". Aku reply, "Insya Allah, lekak raya tok mek planning for baby gik. Cepat, lambat ka, sik kisah...". Sms kami pun berhenti kerana kawan lama nak masak untuk si suami dan anak2.

Memang aku & en. Edel plan nak baby lagi. en. Edel dah mula suruh aku berhenti makan pil perancang. Tapi rasanya aku belum bersedia sepenuhnya. Tapi, aku nekad akan berhenti merancang pil dalam masa 2 bulan lagi. Maksudnya selepas 2 bulan dari hari ini aku akan berhenti ambil pil perancang.

So, dalam masa 2 bulan ni, aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengandung lagi. Semuanya bergantung kepada rezeki dan ketentuan Allah swt. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Bila ada yang bertanya bila aku nak mengandung lagi, aku akan jawab,"Insya Allah, kalau ada rezeki, selepas raya..". Nabihah semakin membesar. Kadang2 kesian tengok Nabihah main sorang2. Kalau ada adik, tak ler Nabihah sunyi, kan.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat selepas raya. Chewah... hehehhe.. :p

Doakan yang terbaik untuk aku. Amin...  :)

Thursday, July 15, 2010

1 year 7 months 25 days

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Aritok Nabihah berusia 1 tahun 7 bulan 25 hari. Aritok Nabihah dah pandey bejalan kedirik. Tapi, Nabihah gik takut2, Xpa, slow2... Gumbiranya aku & en.Edel. Nenek, atok, usu wan pun happy juak.. hehehe...

Aku masih on sick leave. Hari isnin lak bok keja. Isk! Tauk ada aku ilang akal nak ditaip kohh...

Sik lamak gik kita nak posa agik. Sejap jak masa berlalu. Bolehlah beli kasut kacak2 ngan Nabihah raya tok apatek dah pandey jalan kedirik.. geeeeeee.. tuwaija anakku yaa.. hehe..

Oklah, si kecik tok berebut laptop ngan aku. Potong stim saja budak ini.. hehehe.. bye!

Wednesday, July 14, 2010

Chicken Pox

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Lamak dah sik nyengok blog ku tok eh. Busy ngan keja. Selalu pergi site, bila balit, merepuk kepenatan. Yalah sik pian nak berblogging gik. Huhuhu..

Aku tok d berik sick leave 1 minggu. Aku kenak chicken pox. Masa Gawai riya, Nabihah kenak chicken pox. Alhamdulillah, nya sik demam, sik merentah. Good girl anak daraku ya. And then after 2 weeks, en. Edel gik yang kenak.

Part en. Edel, nang kesian, demam teruk diriknya. Tedah... And 2 weeks after, aku yg kenak......... uwaaaaaaaaa... Sakitnyaaa... Alhamdulillah, nya tumbuh x banyak. Gatal wooo...

Bosan juak rasa dok umah di kuarantin. en. Edel keja. Mun en. Edel x keja, panjang dah jalan ku sukat. Fedulik ngan chicken pox tok, ku jalan juak, biar org lain kenak juak... Muahahahahahaha.. :p

Sepatutnya masa tok mek 3 beranak di Sabah tp dah sakit kedak tok, cancel la percutian tambahan juak d opis gago ngan persiapan Sarawak Regatta. Minggu ya tek aku gago ngan Satu Daerah Satu Industri.

Lamak x blogging, kin macam2 ada dah blog. Ada new design. Tapi mls ku nak explore lok. Tebal naaa urat malas ku tok eh.. hehehhe..

Well, aku ketandusan idea. Ada masa jumpa lagi! bye!
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting