Salam Jumaat.
Pagi tadi terima sms dari seorang kawan lama. Kawan rapat zaman sekolah dulu. Dia dah kahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Anak pertama, anak perempuan. Anak yang kedua anak lelaki. Beruntungnya dapat anak sepasang; seorang perempuan seorang pula lelaki. Beza pula cuma 1 tahun sahaja. Memang express. ehhehheh...
Bercerita tentang sms. Mula2 tanya khabar. Reply, masuk, reply-masuk je sms kami. Then, cerita tentang anak-anak. Dan akhirnya muncul pulak sms, "Tambah gik sorang Za. Insya Allah, ne tauk dapat baby boy". Aku reply, "Insya Allah, lekak raya tok mek planning for baby gik. Cepat, lambat ka, sik kisah...". Sms kami pun berhenti kerana kawan lama nak masak untuk si suami dan anak2.
Memang aku & en. Edel plan nak baby lagi. en. Edel dah mula suruh aku berhenti makan pil perancang. Tapi rasanya aku belum bersedia sepenuhnya. Tapi, aku nekad akan berhenti merancang pil dalam masa 2 bulan lagi. Maksudnya selepas 2 bulan dari hari ini aku akan berhenti ambil pil perancang.
So, dalam masa 2 bulan ni, aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengandung lagi. Semuanya bergantung kepada rezeki dan ketentuan Allah swt. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Bila ada yang bertanya bila aku nak mengandung lagi, aku akan jawab,"Insya Allah, kalau ada rezeki, selepas raya..". Nabihah semakin membesar. Kadang2 kesian tengok Nabihah main sorang2. Kalau ada adik, tak ler Nabihah sunyi, kan.
Apa-apapun, kita tunggu dan lihat selepas raya. Chewah... hehehhe.. :p
Doakan yang terbaik untuk aku. Amin... :)

1 Ngabas Sitok:
mem, mok bb boy ka? coba ikut tips lam entri kmk... bln bila patut kerja keras mun mok bb ikut jantina yg ktk maok... cek entri mek MERANCANG JANTINA BAYI ANDA
Post a Comment