Hari ini saya nak kongsi resipi minuman yang boleh memberi tenaga di buln Ramadan.
Bukan sahaja memberi tenaga tetapi terutamanya kepada ibu2
yang BF, minuman ini boleh membantu membanyakkan susu anda. Insya Allah.
Susu segar dalam kotak, buah kurma & ais (optional)
Itu je bahan yang diperlukan.
Saya guna low fat milk with high calcium.
Caranya pun sangat la mudah.
Sediakan alat pengisar (blender)
Masukkan 7 biji buah kurma (buangkan bijinya)
Tuang susu, sukahati berapa banyak anda nak minum.
Ais dan kisar.
Selepas kisar nak letak ais lagi pun boleh.
Sedaaappp!
Inilah minuman kesihatan. Semua peringkat, tak kira tua muda, boleh cuba.
Ibu2 mengandng pun boleh try untuk menambahkan tenaga.
Al-maklum la ibu yang sedang mengandung cepat letih kan...
Dan kepada ibu yang menyusukan anak (BF), must try!
Insya Allah, anda perlu yakin.
Minuman ini boleh jadi milk booster kepada anda.
Chewahh... macam promosi la pulak..
hahahahah...
Ok, selamat mencuba & selamat beramal.. :)


