Saya hari2 from am to pm berada di sisi anak2 saya.
Mereka buat saya ketawa, geraammm, merekalah penghibur saya di kala duka.
Kakak dengan makanan kegemarannya, spaghetti.
Kalau spaghetti dihidangkan, laju benar dia duduk kat meja makan.
Kakak belum sekolah lagi.
Saya dan husband masih pening sebenarnya nak hantar kakak ke tadika mana.
Tapi rasanya semalam dah ada keputusan yg dicapai,
insya Allah, tak lama lagi sekolah ler kakak.
Beg sekolah dah beli dah.
Bekas air & makanan pun dah ada dah.
Mudahan kakak dapat adapt dengan suasana sekolah nanti.
Maklum ler, asyik bekepit bawah ketiak mama & ayah je...
hehehe..
Syukur Alhamdulillah, setakat ni, kakak kenal abjad, kenal nombor & kenal alif ba ta.
Sebagai mak bapak, saya especiallynya memang nak anak2 saya dapat education yg terbaik.
Sebab tu pemilihan tadika amat penting bagi saya.
Their early learning/ education is very important.
Maklum la zaman sekarang ni, budak2 pandai2, cepat belajar,
that is why saya nak anak2 saya juga berlumba-lumba jadi pandai.
Well, mak bapak yg taknak anak pandai kannnn???
Eh, ada ribbonnnnn!
Kecian adik kena jadi mangsa fashionita kakak dia.
Selamber je kakak make up adik dia, dan saya pun ambik kesempatan snap gambar.
Alahai kakak, adik tu boy, mana ada paki ribbon... hehhehehe...
8 bulan 2 minggu usia anak bujang saya ni.
Gigi bawah dah 2 batang, dan semalam saya menyedari yang gigi atas pun keluar.
4 batang gigi atas.
Patutla asal ada je barang kat tangan semua nya nak dimasukkan ke dalam mulut.
Jari saya pun nak gigit.
Kalau dukung, sekarang ni bahu saya ni pun dah kena gigit.
Seronok ada anak. Rasa cam nak tambah anak lagi... miahahahaha...
Oklah, dah larut malam... Masa untuk zzzzZZZzz......
Gudnite!














































