Salam...
Hari tok 28 Disember 2009. 28 Disember adalah tarikh yg bersejarah bagi aku & en. Edel, tarikh yg penuh makna. Hari tok adalah Ulangtahun Perkahwinan yg ke-2 aku & en. Edel.
Mengimbau kenangan yg terindah. Spt yg sedia maklum, aku & en. Edel diijabkabulkan pada 28 Disember 2007.
Penyerahan Mas Kahwin
en. Edel sedang baca Taklik Nikah
Upacara menyarung cincin
Salam-salam
Geee...dah boleh kiss-kiss.. hehehehe.. :p
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
"Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
Kepada suami tercinta, Selamat Ulangtahun ke-2, Sayang.
How wonderful to have you in my life. You have me always in whatever you do.
When I met you I found out what true love was
Still today it amazes me what it really does
I've always been in love with you even when we were apart
From the moment I saw you, I knew you'd always have my heart
I knew with all that I am one day I'd be your wife
And when that day came I had a meaning to my life
Thank you my husband for loving me and be by my side
When I'm thinking of you, my husband, I am filled with so much pride
Happy Anniversary my love.
Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yg ke-2, aku mohon padamu Ya Allah, kurniakan rahmatMu pada kami (suami-isteri) agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh-solehah, serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya pertemuan kami adalah dengan izinMu, kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Aku mohon juga Ya Allah, agar perkongsian hidup yang kami bina akan berkekalan hingga akhir usia. Amin Ya Rabbal Alamin.
**Autopublish entry. Ari tok aku melapor diri & stat keja.





