Today is 28th December yo!!
It's our 5th Wedding Anniversary!! :)
Alhamdulillah... Dah 5 tahun kami hidup sebagai suami isteri.
Dan kami dah dikurniakan dengan 2 orang anak yang menambah penyeri dalam kehidupan kami.
Alhamdulillah...
For my beloved husband;
Sayang,
Terima kasih kerana berada di sisiku di masa suka ataupun duka...
Terima kasih kerana sudi mendengar bebelanku...
Terima kasih kerana kenari putih itu untuk ku bawa ke sana ke mari... hehehe..
Terima kasih kerana rumah kita untuk ku dan anak2 berteduh...
Terima kasih kerana menjadi perunding fesyenku...
Terima kasih kerana sentiasa menjaga hatiku...
Terima kasih kerana sudi memnbantu ku mengurus rumahtangga...
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih di atas segalanya untukku dan anak2 kita...
Sayang,
Kaulah syurgaku...
Maafkanku di atas kealpaan & kesilapanku...
Ku bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan dirimu sebagai jodohku...
Ku pohon pada Allah Yang Maha Esa agar berkekalan jodoh & ikatan perkahwinan kita hingga ke akhir hayat...
Ku pohon pada Allah Yang Maha Kuasa agar merahmati & memberkati perkahwinan kita.
Tiada kata lagi yang dapat ku ungkapkan...
Bukan handbag, handphone
Hanya satu yang ku minta agar kau tidak berhenti mencintaiku dan menyayangiku hingga ke akhir hayatmu...
Terima kasih Sayang... :)

