Thursday, April 19, 2012

35 weeks

Coretan M.A.M.A
Salam,

Lama dah tak update blog bersawang ni. Kemalasan melanda kebelakangan ni. Lagipun tak tahu nak share apa kat sini. heheh... 

Alhamdulillah, kandungan saya dah 35 minggu. Minggu depan 36 minggu = 9 bulan. 

Isnin lalu saya pergi check up. Alhamdulillah, baby sihat dan kepala dah kat bawah & insya Allah, akan stay. Doc cakap "baby dah ngator diriknya".

Doc ada tanya camne keadaan selepas berehat seminggu. Saya cakap Alhamdulillah, perut mengeras memang ada cuma tak sekerap macam sebelum ini. Tapi bila terlebih aktif, mula lah kerap mengeras.

"Very sensitive" - kata doc.

"Kenak boleh jadi keadaan macam ya doc? Adakah sebab kmk ada GDM?" - saya tanya.

"Baby nak keluar awal, dah sik sabar" - doc jawab sambil senyum2.

Alahai anak Mama, sabar yer sayang, tak lama lagi tu... heheh.. 

Next week saya dah mula check up seminggu sekali. Lately ni rasa takut, berdebar, risau dah mula menyerang diri ini. 

Mengandungkan Kakak Nabihah dulu, takde symptom kembang2 kaki, tangan tapi berbeza dengan mengandung kali ke-2 ni, kaki kembang, jari-jemari kebas, hidung pun dah merah2, kembang. Terasa diri ini comel pulak. hahahha...

Oklah, nak sambung buat keje. Nak siapkan keje sebelum long holiday... :p


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

0 Ngabas Sitok:

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting