Monday, April 23, 2012

Cerita Hujung Minggu

Coretan M.A.M.A
Salam,

Liat betul nak bangun pagi tadi. Tambahan pulak sekarang tidur dah tak lena. Posisi tidur pun semua posisi rasa tak selesa. Kalau nak tukar posisi, kena slow, perut dah semakin boyot & berat. huhuh... 

Hujung minggu kami takde buat apa. Melepak kat rumah. Kakak bihah pun tak banyak songeh nak jalan. Syok dok kat umah, mana taknya, Mama & Ayah sentiasa berada di sisinya. Dok layan PSP, main masak2, sampaikan bila di tanya, "Jalan kak?", Nabihah jawab "sikmok jalan, umah jak". Bagusnya anak Mama. heheh...


Hari tu tengok ada lagi saki baki makaroni yang belum dimasak. So, saya buat bubur makaroni & jagung. Bubur ni kalau makan sejuk2 baru sedap. Bangun pagi semalam agak lewat dekat nak pukul 10am.. huhuh... Bangun je semangat buat bubur, siap, ngap semangkuk & selebihnya sejukkan dulu kemudian masukkan dalam petiais untuk santapan di petang hari.. :)



Kalau ada sago, letak sago lagi lah marvelous. Lemak berkrim... Slurp~ slurp~


 

Then, saya buat begedil. Ni begedil kosong je. Rabus kentang, lenyek & masukkan pati ayam pastuh goreng. Bila dah takde idea nak makan apa untuk breakfast, ni lah jadinya, menu simple & kenyang. hehehe..

Tambahan pulak belum payday, sebab tu jugak syok dok rumah. Kalau dah payday, memang sukat jalan raya le kami anak-beranak. 

Setakat ni, Alhamdulillah, persiapan menyambut anak yang ke-2 almost settle, cuma nak beli besen mandi & ada beberapa barang keperluan seperti minyak Yu Yii, vick, pemotong kuku. Beg hospital saya pun belum lagi disediakan. Boleh dikatakan saya ni tengah menghitung hari nak deliver. Hopefully dapat deliver normal macam dulu, takde le lama sangat nak check in di hospital. huhu..



Makan apa tu kak? Kakak bihah sedang menikmati spaghetti malam tadi. Semangat dia tolong saya buat spaghetti semalam sebab spaghetti menu fav dia. Selera western anak dara saya ni. hehe.. :p


Monyeng eh muka yaa... :)



Dapat makan menu fav dia, happy je muka. Kalau Kakak bihah nampak saya senyum2 usap perut, dia akan tanya, "Adek gerak ka Ma?". Soon, insya Allah, Kakak bihah dapat main dengan adik dia.

Oh, panjang entry hari ni. Oklah, back to work... This week dah 36 weeks = 9 bulan. Almost there!



"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

2 Ngabas Sitok:

M@iRaB@bY said...

yah nyaman kali jak upa bihah mkn..btw, byk vacancy rah stidc kinerk tok

M.A.M.A said...

ok, noted kak... thank you so much... hehehe..

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting