Orang lain kan kalau after bersalin, dapat anak,
sibuk nak kuruskan badan, nak diet.
Tapi tidak saya.
Saya ni asyik nak makan je.
Nafsu makan menjadi-jadi selepas melahirkan anak yg ke-2 ni.
hehehhe...
Alhamdulillah, badan masih slim gitu...
Berkat full breastfeeding, kalori terbakar semua,
sebab tu lemak tak jadi. :)
2 hari lepas saya buat Kek Lapis Biskut Cheese.
Kek ni sangat mudah dan rasanya yg enak.
Saya tak pernah tahu akan resipi kek ini.
Saya mempelajarinya selepas saya berkahwin,
suami yang dapatkan resipi ini dan kasi tunjuk ajar.
kelasssssssssss laki aku.. hehehehhe...
Pernah la buat 2 kali tak silap.
masa tu belum ada anak lagi.
Sekarang anak dah 2 orang, tetiba teringin nak makan...
Cheesenya bukan main bulan lepas dah saya beli.
Biskutnya pun sama.... Biskut Saltcheese..
Kadang2 payah nak cari biskut tu.
Inilah Kek Lapis Biskut Cheese yg saya buat.
Maaf ye, jgn hairan rupanya yg sememeh..
al-maklum la projek tengah malam...
tidurkan Darwisy dulu baru dapat laksanakan misi..
heheheh..
Alhamdulillah habis seloyang.
Sedaplah kot kalau habis.
hehehe...
Saya ni tak pandai nak puji masakan sendiri,
kalau habis orang makan, sedap ler tu... hehehhe...
Tak kisah la....
janji suami & anak2 sukaaaaaaaa...
Saya guna loyang 7.5" x 7.5" x 3.5"
So, resipinya.... :
Bahan-bahan:
1 block cream cheese (philadelphia) bersamaan dengan 250gm; suhu bilik
2 peket biskut saltcheese ( saya guna 1 peket setengah )
1 tin kecil susu manis ( saya bubuh 3/4 tin saja, rasa manis ok je )
Susu segar untuk celup biskut
Serbuk koko untuk hiasan ( saya guna chocolate powder )
Cara-cara:
- Cream cheese dipukul bersama susu hingga sebati.
- Alaskan loyang dengan aluminium foil.
- Celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang.
- Masukkan sedikit cream cheese yg dah dipukul tadi dan ratakan.
- Ulang langkah 3 & 4 hingga habis lapisan dan diakhiri dengan taburan serbuk koko sebagai hiasan.
- Sejukkan selama 6 jam atau semalaman baru boleh dimakan.
Mudahkan..
Kalau nak sedap lagi, boleh la taburkan nestum kat atas lapisan cheese tadi.
Saya tak berapa suka sangat banyak elemen dalam masakan,
kalau banyak elemen banyak rasa..
Saya suka rasa sesuatu masakan tu just nice & gedebomm dalam mulut saya.
hehehehe...
Terasa diri macam pakar masakan pulak...
hahahahha...
Selamat mencuba! :)


0 Ngabas Sitok:
Post a Comment