Monday, April 9, 2012

Masuk Ofis daaa...

Coretan M.A.M.A
Salam,

Alhamdulillah, setelah seminggu berehat kat rumah, hari ni saya masuk ofis buat keja seperti biasa cuma saya taknak "membisakan" kepala saya. Kan doktor cakap, tidak menggalakkan saya stress dan banyak bergerak sehingga melahirkan nanti. Rest, rest & rest!

So, saya buat kerja ringan-ringan je la. Kerja yang buat saya takde nak fikir berat2. 

Sepanjang seminggu berehat, Alhamdulillah, baby pun jarang mengeras. Actually memang normal baby mengeras masa kandungan dah di trimester ketiga tapi kes saya, baby kerap mengeras. Sebab tu lah doktor suruh rehat sahaja, sebab bila terlalu aktif, tu yang perut mengeras.

Hari Sabtu lepas, saya ke Klinik Syafa (Pakar Perbidanan & Sakit Puan), nak dapatkan 2nd opinion dan jugak nak scan 3D. Saya ceritakan jugaklah kes saya kat Dr. Azah. So, nasihat dia sama jugak, banyakkan rehat & minum air kosong. Dia ajar macam mana nak pantau perut mengeras. Bila dah selalu sangat memang dinasihatkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ada reason kenapa baby nak keluar awal. Kalau simptom2 mengeras tu kerap, pihak hospital akan bagi sejenis ubat yg boleh mempercepatkan perkembangan paru-paru baby supaya bolehlah diteruskan dengan proses bersalin.

So far, Alhamdulillah, kurang dah mengeras. Bercerita tentang scan 3D pulak, baby taknak tunjukkan muka dia. Dia tutup muka dia dengan tangan. Cuma nampak hidung dan "jungo". Gender, insya Allah, confirm baby boy. Memang nampak jelas "ball & angry bird" dia.. hehehe..... :p

Masa saya berehat di rumah, saya adalah jugak buat kerja-kerja rumah sikit. Dulu, en. Edel ada beli kerusi pejabat untuk duduk2 sambil main komputer. Kerusi itu lah yang sorong sana sorong sini, bantu saya kemas rumah. heheh... Saya sorong kat sinki kalau nak cuci pinggan-mangkuk. Saya sorong kat tempat sidai baju, kalau nak jemur baju. Saya duduk kat kerusi tu sambil buat kerja. Sebab kalau berdiri lama, memang perut akan mengeras.

Dan syukur juga, plan nak cuci baju baby & kain2 untuk saya pantang nanti dapat dilaksanakan. Baju2 baby dah siap lipat, dah wangi dah. Hari Rabu ni PH, so nak prepare beg hospital saya pulak. Memandangkan keadaan saya macam ni, rasanya anytime je saya nak bersalin. 

Oklah, banyak nak diceritakan tapi nak siapkan kerja dulu. Nati update lagi ek... Daaa... :)

0 Ngabas Sitok:

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting