Saturday, February 19, 2011

Begedil Mama_Nabihah

Coretan M.A.M.A
Salam...

Bekfes pagi tadi, aku buat begedil. Tengok kat dapur, ada kentang, minced beef. Jadinya, begedil versi mama_nabihah. Chewahhh... heheh...

 Yummy! Yummy!



Begedil

Kalau makanan berasaskan kentang, memang aku suka giler. Aku ni pencinta kentang. hehehhe...

Kalau dulu-dulu, aku suka buat begedil tuna. Resipinya aku dapat dari rancangan memasak Hajjah Sheila Rusly, Ketuk-Ketuk Ramadhan. Aku suka sangat resipi-resipi dia.

Ok, jom tengok resipi versi aku pulak...  :p

Bahan-bahannya:
  • 4 biji kentang (Direbus, tapi aku rebus separuh masak je)
  • 200-300gm minced beef (optional, kalau nak guna tuna, 1 tin tuna)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil-kecil)
  • Garam & lada
  • 1 biji telur
Cara membuatnya:
  1. Goreng minced beef & bawang. (Aku tak bubuh minyak ek, sebab minced beef ni mengeluarkan minyak dengan sendirinya, chewah..)
  2. Kentang yang sudah direbus, dilenyek-lenyekkan.
  3. Pastuh, masukkan minced beef & bawang yang sudah digoreng.
  4. Masukkan garam & lada. Gaul rata.
  5. Kepal-kepalkan kentang, celupkan ke dalam telur dan goreng.
*Jangan guna banyak sangat minyak untuk menggoreng, takut nanti pecah lak begedil tu dan guna api yang perlahan sahaja ye.


Selamat mencuba!




**Vivi, mun kitak maok resipi pancake, ada mek nkah rah komen kat entry pancake..  :)

4 Ngabas Sitok:

Kakmim said...

mun kmk, kentang digoreng, pasya tutok.. hehehehe... baruk engkah sidak dagin tek

M.A.M.A said...

Ibu Iman,
kadang-kadang mek goreng juak kentang ya.. hehe.. klak kita bertukar-tukar menu haa.. gegege...

Stilla Royazrie said...

my fav begedil tok aih..nak try kelak eh..:)

M.A.M.A said...

PutRee SeJiNjaNg,
try jgn sik try, nyaman ya.. hehehe..

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting