Thursday, April 19, 2012

35 weeks

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Lama dah tak update blog bersawang ni. Kemalasan melanda kebelakangan ni. Lagipun tak tahu nak share apa kat sini. heheh... 

Alhamdulillah, kandungan saya dah 35 minggu. Minggu depan 36 minggu = 9 bulan. 

Isnin lalu saya pergi check up. Alhamdulillah, baby sihat dan kepala dah kat bawah & insya Allah, akan stay. Doc cakap "baby dah ngator diriknya".

Doc ada tanya camne keadaan selepas berehat seminggu. Saya cakap Alhamdulillah, perut mengeras memang ada cuma tak sekerap macam sebelum ini. Tapi bila terlebih aktif, mula lah kerap mengeras.

"Very sensitive" - kata doc.

"Kenak boleh jadi keadaan macam ya doc? Adakah sebab kmk ada GDM?" - saya tanya.

"Baby nak keluar awal, dah sik sabar" - doc jawab sambil senyum2.

Alahai anak Mama, sabar yer sayang, tak lama lagi tu... heheh.. 

Next week saya dah mula check up seminggu sekali. Lately ni rasa takut, berdebar, risau dah mula menyerang diri ini. 

Mengandungkan Kakak Nabihah dulu, takde symptom kembang2 kaki, tangan tapi berbeza dengan mengandung kali ke-2 ni, kaki kembang, jari-jemari kebas, hidung pun dah merah2, kembang. Terasa diri ini comel pulak. hahahha...

Oklah, nak sambung buat keje. Nak siapkan keje sebelum long holiday... :p


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Tuesday, April 10, 2012

I love baking!

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
 Salam,

Last week adalah minggu "baking". Al-maklum la jakun dapat oven dari suami tercinta. Perfect present for my birthday! hehehe.. :p

So, on last monday, before pergi check-up, menu lunch adalah Potato Gratin (nak dapatkan resipi, klik kat labels Cooking ek), tak kuasa nak menaip.. huhu...

Senang je, simple & mengenyangkan...

 
 Sebelum dimasukkan ke dalam oven, mmmm.... cheeseeeeeee...



 
After 40 mins dibakar... Yummy!!



 Pergh~ Sedaaaaaaaaaaaapp!!



 Inilah dia juri masakan saya... heheheh...




Dan ini adalah aktiviti saya pada hari Rabu last week. Doktor dah pesan berehat, tapi itulah, asyik baring je memanjang, sakit badan-badan. Lesu je.


Memandangkan plan nak celebrate birthday, nak jalan2, makan2 tak menjadi, saya buat lah kek harijadi sendiri. Actually memang plan nak buat kek pun... hehehe... Sebab bila saya buat kek, baking segala, hilang stress saya.. :)

Vanilla kek with buttercream. 1st attempt, not bad cuma buttercream tu terasa lagi gula dia.. tak sebati ler tu, sebab dah tak tahan nak pegang mixer, perut mengeras...  hehehe... Sapuan pun tak rata, Nabihah dok celup jari dalam krim & makan, saya dah hilang fokus, tempek saja krim & deco sesuka hati. Cuaca pun panas, cepat cair & payah nak melepa. 

Janji sodappp! heheh... Ni dalam hati ni meronta-ronta nak buat cupcake tapi keadaan tidak mengizinkan, Takpe, masa cuti panjang nanti, aku projek. hehehhehe... Sebahagian kasi kat mak kek. Bila mak dtg rumah ahad lepas, mak tanya:

Mak : Ko polah ka kek riya?

Saya : Aok, kenak?

Mak : Rasa kek TAKA.. Ingat beli. 


Saya : Yaka? Terer lah aku.. hahha... Aku nak makey fresh cream tapi budget sik cukup.. hahah...

Terima kasih kat suami tercinta hadiahkan saya oven ni dan can't wait untuk anugerah terindah, insya Allah, mudahan mujor-joros... :)

To hubby, nabihah & baby, Mama love you all so much! Kitak oranglah hadiah yang amat berharga! Muahhhhhhhs!



**Belalak eh ngan pavlova. Rasa mok polah gik.. hueheuheu... :p

Monday, April 9, 2012

Masuk Ofis daaa...

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, setelah seminggu berehat kat rumah, hari ni saya masuk ofis buat keja seperti biasa cuma saya taknak "membisakan" kepala saya. Kan doktor cakap, tidak menggalakkan saya stress dan banyak bergerak sehingga melahirkan nanti. Rest, rest & rest!

So, saya buat kerja ringan-ringan je la. Kerja yang buat saya takde nak fikir berat2. 

Sepanjang seminggu berehat, Alhamdulillah, baby pun jarang mengeras. Actually memang normal baby mengeras masa kandungan dah di trimester ketiga tapi kes saya, baby kerap mengeras. Sebab tu lah doktor suruh rehat sahaja, sebab bila terlalu aktif, tu yang perut mengeras.

Hari Sabtu lepas, saya ke Klinik Syafa (Pakar Perbidanan & Sakit Puan), nak dapatkan 2nd opinion dan jugak nak scan 3D. Saya ceritakan jugaklah kes saya kat Dr. Azah. So, nasihat dia sama jugak, banyakkan rehat & minum air kosong. Dia ajar macam mana nak pantau perut mengeras. Bila dah selalu sangat memang dinasihatkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ada reason kenapa baby nak keluar awal. Kalau simptom2 mengeras tu kerap, pihak hospital akan bagi sejenis ubat yg boleh mempercepatkan perkembangan paru-paru baby supaya bolehlah diteruskan dengan proses bersalin.

So far, Alhamdulillah, kurang dah mengeras. Bercerita tentang scan 3D pulak, baby taknak tunjukkan muka dia. Dia tutup muka dia dengan tangan. Cuma nampak hidung dan "jungo". Gender, insya Allah, confirm baby boy. Memang nampak jelas "ball & angry bird" dia.. hehehe..... :p

Masa saya berehat di rumah, saya adalah jugak buat kerja-kerja rumah sikit. Dulu, en. Edel ada beli kerusi pejabat untuk duduk2 sambil main komputer. Kerusi itu lah yang sorong sana sorong sini, bantu saya kemas rumah. heheh... Saya sorong kat sinki kalau nak cuci pinggan-mangkuk. Saya sorong kat tempat sidai baju, kalau nak jemur baju. Saya duduk kat kerusi tu sambil buat kerja. Sebab kalau berdiri lama, memang perut akan mengeras.

Dan syukur juga, plan nak cuci baju baby & kain2 untuk saya pantang nanti dapat dilaksanakan. Baju2 baby dah siap lipat, dah wangi dah. Hari Rabu ni PH, so nak prepare beg hospital saya pulak. Memandangkan keadaan saya macam ni, rasanya anytime je saya nak bersalin. 

Oklah, banyak nak diceritakan tapi nak siapkan kerja dulu. Nati update lagi ek... Daaa... :)

Thursday, April 5, 2012

Sabar Adik...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Terima kasih kepada rakan-rakan yang call, sms & komen kat blog wish sempena birthday saya. Kawan2 lama sama U juga masih ingat lagi dengan saya, oh, terharunya... Saya je yang tak ingat lagi birth date diaorang, oh sadis.. huhu...

Ok, nak cerita pemeriksaan kandungan saya yang dah 8 bulan pada 2 April yang lalu. Beberapa minggu yang lepas, saya memang menyedari perut saya asyik mengeras. Then hilang then mengeras lagi. Saya fikir mungkin saya kurang rehat sebab tu juga saya ambik cuti sepanjang minggu ini. Ingatkan nak cuci baju baby, cuci kain-kain untuk saya berpantang nanti.

Dalam bilik doktor;

Doktor : (senyum) Ada apa2 masalah?

Saya : Sekda, cuma perut salu ngeras.

Then doktor check tekanan darah, berat semua... Naik 2kg. Kemudian, baring, doktor check perut.

Sekali doktor pegang perut then dia geleng2 kepala, saya gelabah dah...

Doktor : Keras na perut kitak tok... You have to relax (dengan muka serius). 

Then, doktor dengar jantung, dia sebut ok & angguk2 kepala. Sign good.

Saya : (blur)

Masa check ni en. Edel pun ada sama gak, then doktor duduk cakap:

Doktor : Baby macam nak keluar awal, thats why mengeras.bBut baruk 8 bulan, berat  pun baruk 1.5kg something (doktor tak scan cuma estimate je). Kitak sik boleh masak, x boleh nyesah, x boleh jalan2 shopping. Just baring & berehat jak untuk relaks kan baby kitak.

Saya : Kerja ofis doktor?

Doktor : Pun sik boleh. Kamek akan bagi kitak sick leave minggu tok.

Saya : Tapi kamek nang cuti minggu tok doktor.

Doktor : Ok, jangan banyak bergerak, jangan banyak berfikir. Stress yalah sik bagus. Kitak mesti relaks banyak. Mun masih juak mengeras dalam minggu tok, hari Jumaat kitak pergi sitok agik. We have to stop mengeras ya... it's too early.


***************************

So, segala plan saya nak jalan-jalan, nak cuci baju baby semuanya cancel. Saya berehat je kat rumah, baring, tidur, tengok tv. Dalam buku merah doktor tulis tightening, if tightening meningkat, go to hospital.

"Adik, sabar k sayang... Mama pun sik sabar nak tengok kitak, nak sentuh kitak, nak pegang kitak, nak jaga kitak, tapi masa belum sesuai untuk kitak keluar nak... Sabar k, tunggu, sik lamak gik ya, 3 minggu jak gik nak cukup bulan, then kitak nak keluar, keluarlah sayang.... "

So far, ada kurang sikit mengeras, kalau banyak bergerak memang mengeras. Saya harap semuanya dalam keadaan baik je. Ya Allah, Kau lindungilah anak yang ku kandung ini dan selamatkanlah segalanya.. Amin...



**Bingong.... hurrmm...

Monday, April 2, 2012

Bila April

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ini adalah hari lahir saya yang ke-28. Happy birthday to me.. :)




Minggu ni saya cuti. Banyak perkara saya nak buat. Nak luangkan masa bersama keluarga. Dan ada satu projek nak dijayakan, insya Allah. :)

Kebetulan juga, hari ni jadual saya nak buat pemeriksaan susulan. Sebulan lebih je lagi nak menatap muka adek Nabihah. 

Oklah, saya takde idea nak menaip panjang, lagipun nak kemas2 rumah, masak dan petang nanti nak ke klinik. No monday blues ek... hehehhe... :p
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting