Thursday, September 13, 2012

Cerita Anak-Anak

Coretan M.A.M.A
Salam,


Ini Kakak Bihah.
Pagi tadi si kakak kena trick oleh mama dia.
Macam biasa setiap pagi saya akan mengadakan sesi mengepam
selepas Darwisy menyusu.

Pagi tadi pam dapat 6oz.
Habis mengepam Nabihah  minta saya buatkan susu dia.
Terdetik saya nak cuba bagi susu yg saya pam tadi
kepada Nabihah.

Sebelum ni pernah cuba dengan menggunakan cawan,
tapi Nabihah menolak.
Iyelah, susu ibu ni ada baunya tersendiri.

Saya masukkan susu hasil pam tadi ke dalam botol.
Saya kasi kat Nabihah.
Biasa Nabihah menyusu 9oz.
Tapi bila dia lihat sikit je dalam botol,
dia tanya kenapa sikit.
Saya jawab, susu kakak dah nak habis, nanti ayah beli lagi.

Nabihah pun nyot2 menyusu sampai habis.
Saya suka.
Lepas ni boleh la kasi kat Kakak jugak stock2 yang sedia ada.
hehhee..
Tapi tak boleh tunjuk depan dia,
confirm dia taknak.



Si adik Darwisy.
Darwisy sejak lahir tidur lena di malam hari.
Bangun nak menyusu sahaja.

Darwisy dah 4 bulan.
Bila tdo lena ada ketikanya tak ngek2 nak susu.
Oleh kerana dah terbiasa & menjadi rutin,
setiap 2-3 jam saya tersedar sendiri & susukan Darwisy.

Dah 2 minggu saya menggalas jawatan surirumah.
Bukan senang okey.
Tapi seronok.
Anak2 pun semakin rapat & tak betah berjauhan.
hehehe...  :)

0 Ngabas Sitok:

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting