Friday, September 28, 2012

Gestational diabetes mellitus (GDM)

Coretan M.A.M.A
Salam,

Apa itu Gestational diabetes mellitus (GDM)?

GDM adalah paras glukosa yang tinggi semasa hamil atau
dengan lebih senang faham, kencing manis semasa mengandung.

Ya, semasa mengandungkan Darwisy, saya GDM.

Kenapa nak cerita lagi pasal GDM? 
Entry ni khas untuk Vivi yang tengah risau dengan
kandungan pertama dia dan dia GDM.

Sekiranya anda didapati GDM, jangan panic.
Saya akui, saya dulu pun risau dengan kandungan saya.
Kadang tiba2 je menangis kerana terlampau risau.
Memang pening kepala si en. suami melaya kerenah saya.
hehehe...

Bila disahkan GDM, perkara penting yg perlu dilakukan
adalah control diet.
Ambil makanan seimbang setiap hari.

Saya praktikkan untuk makan buah-buahan setiap hari
dan juga sayur hijau.
Kurangkan makanan yang berkalori tinggi dan 
kurangkan kabohidrat.

Sebagai contoh, kalau makan nasi tu,
kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
Banyak minum air kosong.

Sepanjang saya mengandung, saya amat jarang minum sirap
sebab kandungan gula yg tinggi dalam sirap
Kalau minum soya yg dalam kotak/ tin tu,
saya pilih yg less sugar.

3in1 pun memang saya tak sentuh langsung.

Buah epal hijau, oren adalah sangat baik untuk membantu
menurunkan paras gula.
Aktiviti berjalan-jalan pun sama.
Selain dari membantu menurunkan paras gula,
banyakkan berjalan ni boleh membantu jugak dalam memudahkan proses bersalin,
Insya Allah.

Saya juga telah membeli mesin untuk memantau gula dalam darah saya.
Setiap 2 minggu kena check 7 kali, sebelum & 2 jam selepas makan.

Tapi sekiranya nak memastikan hari2 control diet,
saya kongsikan cara saya yang check selang 2 hari.

Katakan hari ini, saya check pukul 8.00am sebelum makan.
Dan check lagi pukul 10.00 am selepas makan,
dan keputusan sangat memuaskan.

Kalau tak memuaskan, keesokkan hari repeat waktu yg sama.

(tapi so far dulu takde repeat, Alhamdulillah)

Sekiranya keputusan memuaskan,
lusa check lagi, 11.00am sebelum makan & 1.00pm slps makan.

Kalau tak memuaskan, then repeat the same time.

If memuaskan check lagi 2 hari kemudian dengan waktu yang sepatutnya utk check.
(to, Vivi, hope ktk faham apa yg kmk kongsikan tok.. heheh.. )

Masuk 3rd trimester, please jangan stress!!!
Sebab kalau terlampau stress, akan dapat tekanan darah tinggi pulak.
Ini telah terjadi kepada saya.
Baby turun & kerap tightening belum waktunya,
masa kandungan saya 8 bulan,
saya diarahkan oleh doktor untuk berehat,
tidak boleh bergerak, hanya baring sahaja kerana
baby dah turun & dikhuatiri saya bersalin awal, tidak cukup bulan.

Dan bila kandungan masuk 36 minggu saya kena
tekananan darah tinggi pulak.
hari2 saya check blood pressure (BP)
dan kandungan 38 minggu saya selamat melahirkan Darwisy.

So, to Vivi, please jangan risau sangat.
Banyak bersenam,
control your diet,
always dengar nasihat doktor,
elakkan stress.
Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan.



That's my little boy yang saya kandungkan selama 38 minggu.
Dan Alhamdulillah, keputusan kandungan gula dalam darah Darwisy pun sangat memuaskan.
Oh ye, kalau si ibu GDM, bila baby selamat dilahirkan,
baby pun kena check paras gula dia.

Masih terkenang lagi saya tengah2 malam, nurse datang ke ruangan saya,
ambil Darwisy untuk check paras gula dalam darah dia,
then bila dihantar balik kpd saya, nurse cakap ok, saya lega sangat.

Dan tentang jaundice.
Ya, Darwisy pun kena gak kuning.
Mula2 check 9, selang 3 hari naik 11.
Selang 3 hari check lagi, turun 9 lagi.
Keep on BF baby semasa dia kuning.
Hanya susu ibu yg boleh bantu utk turunkan kuning baby.
Tapi si ibu kena berkorban lah utk tidak menyentuh
air2/ ubatan tradisional kerana ditakuti "panas".

Selepas kuning baby back to normal boleh la sambung
makan ubatan tradisional tu ek. hehehe..



Buah hati saya.
Tanpa mereka siapalah saya....
Mama sayang anak-anak mama.. :)

So, Vivi, kamek harap pengalaman kmk tok dpt membantu
ktk untuk tangani kerisauan ktk ya.. hehehe... :) 
Cheer up dear..  :)

4 Ngabas Sitok:

Anonymous said...

paham2..he3..alhamdulillah masa pregnant miqhail kmk xda pa2 msalah...prob nk neran jak..hu3

Vivian said...

thanks kak..kmk tok kdg2 x kontrol juak bila time ada training..melahap jak..dh temu mkn nyaman di hotel. huhuhu tp bila time check up..ng kontrol abis..mcm pembulak dgn dirik mpun pun ada..time cek jak mok kontrol? huhuh so far..cek ya..smua result ok lh..

ng perlu disiplin tggi la ow.huhu! kmk jns mun lunch kmk dh mkn heavy.. mlm kmk sik mkn gk..mkn krakers jak dgn soya. gia jak kontrol..

kmk riso dgn baby jak..tp xda smpe stress lh..hopefully semua ok.

thanks kak..kmk kdg2 jak random cek gula..kdg2 rs mok cek skali shari..mok tga gula.so far ok lh.

Siti Sahmsiah @ sahm said...

za, nurse mdh, mun bulan tok berat mek nait gik 2kg, nya suruh mek minum aik gula.yahh, minum aik gula ya retinya gdm dah kah???nebes mek..

M.A.M.A said...

kak sue,
biasalah ya, 1st time nang xpande nak push. mun ada rezeki lagik la, insya Allah, pandey lah neran ya klak.. heheh.. :p


vivi,
kmk riya stress oleh keja kmk. boss juak x paham2 org tgh pregnant di push ngan keja yg melambak. yalah stress tahap gaban. hehhee...

kmk riya beranak normal & Alhamdulillah xda masalah apa2 during proses nak bersalin ya cuma air ketuban pecah awal.


sahm,
mun berat nait mendadak nag dikhuatiri ada gdm. thats y ktk di suruh MOGTT (glukosa test) utk check sama ada ada sik gdm.

mun result ktk ok lekak minum air gula, oklah, xda. tapi mun lebih dari 6 gula kitak, gdm ler.. gud luck dear.. :)

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting