Monday, May 7, 2012

High BP & Hampir di Induce

Coretan M.A.M.A
Salam,

Hari Jumaat lepas saya check up macam biasa. Bila doc check blood pressure, tinggi la pulak & doc check kaki, kembangnya... So, doc advice pergi ke hospital & bawa barang2 sekali, kena induce awal takut sawan.

Punya la kelam kabut saya. Call mak mintak diaorang readykan barang2 saya kemudian call en. Edel bagitahu saya perlu ke hospital. So, en. Edel kena la ambik half day.

On the way ke hospital, saya berdebar-debar. Mana taknya kena induce tu sakit noks. Siap doa macam2. Tambahan pulak kakak bihah kurang sihat tambah serabut kepala.

Bila sampai di wad bersalin, punya la ramai oraanggggggg... Siap saya tanya kat nurse, "ramai betul orang nak bersalin ni". Nurse sengih2 & jawab, "berjanji kot". hehehe...

Check BP, masih tinggi & saya terus di refer dengan doc yang bertugas. Doc pelatih. Tanya ini, tanya itu, interview dalam 45 mins, check air kencing then check BP lg, turun. 

Saya cakap, "Doktor, kaki saya kembang & ada rasa rasa sakit sikit", "Let me check", jawab doktor. Dia ketuk2 lutut saya & dia cakap "Ok, normal kalau kembang kaki masa mengandung". Kemudian saya disuruh duduk kat tepi. Then check lagi BP, turun. 

Kemudian masa untuk CTG, check jantung baby & contraction chart. Boleh saya tertido mana taknya sejuk kat dalam wad bersalin. Jantung baby Alhamdulillah, kuat sekali & no contraction pain. Kemudian check BP lagi & BP saya normal.

Lepas tu saya di refer dengan doc senior yang jadi supervisor kepada doc2 pelatih. Mulanya doc tu nak tahan saya soh saya bermalam untuk monitor BP. Then diaorang scan, check lagi BP & katil takde kosong so, saya dibenarkan pulang but hari2 saya kena ke klinik untuk check BP. Hari-hari beb....

Balik dari hospital saya ke klinik kasi doc view then masuk pejabat jap bagitahu management keadaan saya. Saya diberi pelepasan half day hingga saya bersalin nanti. Kalau saya still takde tanda2 nak bersalin on 23rd nanti saya mesti masuk hospital & bersalin. Doc tak kasi tunggu2, sebab saya ada GDM & sekarang ni pulak BP tak normal.

Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Dan baby, please keluarlah awal supaya Mama boleh berehat.. hehehe... Kepala dah tak fokus lagi risau dengan kesihatan baby & diri sendiri. Selera makan pun dah merundum. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya bagi hambaMu ini.... Amin...

3 Ngabas Sitok:

Mrs. Ichiban said...

Amin... semoga semua selamat...Mujur joros bak kata kitak. Hehehe!

Iboh lupak padah ngan kmk mun dah deliver! :D

M.A.M.A said...

Mrs. Ichiban,
makseh banyak.. jadi pavlova ktk tek? hehehe...

Mrs. Ichiban said...

Aok jadi... XD Tapi next time mok polah modify sikit sbb oven mek org xpat set api dibah jak...jadi dlm pavlova kmk ya gik licak. mok tambah vanilla essence juak sbb gik masih ada bau telur.

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting