Salam...
Hari nie saya nak share aktiviti dapur saya last week. Just a simple menu but mengenyangkan dan sedap hingga menjilat jari. hehehhe...
Ini trifle anggur, resipi asalnya strawberry fresh creamy triffle, dapat dari blog, maaf saya lupa link blog tersebut. Terima kasih banyak2 kepada tuan blog yang telah menyumbangkan resipi ini. Saya ni kalau tengok resipi best, saya salin or copy paste sajork pastuh saya tak ingat blog mana saya terjah.. hehe.. :p
Resipinya amat mudah sekali dan sedap bila masuk ke dalam mulut.. hehehe...Oleh kerana di sini harga strawberry sangat-sangatlah mahal, jadi saya tukar dengan buah anggur, pun sedap jugak!
Bahan-bahan:
- Sponge kek (yang dipotong kiub) or ikut suka lah
- Jem anggur
- 1 tin susu sejat/ cair ideal
- 1 tin air
- 1/2 tin gula (ikut suka manis)
- 2 sudu besar tepung kastard yang di bancuh dengan 1/2 cawan air
- Fresh cream (tapi saya guna whipped cream, 250ml, diputar menjadi krim)
- Buah anggur
Cara-caranya:
- Didihkan susu cair, air dan gula dalam periuk dengan api yang perlahan. Bila menggelegak, tuangkan bancuhan tepung kastard, kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan.
- Susun sponge kek ke dalam mangkuk kaca. Kemudian sapukan jem anggur ke atas kek tersebut.
- Tuang setengah daripada susu yang telah dididihkan tadi ke atas lapisan jem. Separuh lagi simpan.
- Sapukan separuh krim yang sudah diputar ke atas lapisan kastard tadi.
- Susunkan buah anggur.
- Sapukan lagi baki adunan kastard dan diikuti dengan sapuan krim.
- Hias dengan buah anggur lagi.
- Sejukkan semalaman ke dalam peti sejuk sebelum dihidang
Dan ini menu kegemaran seisi rumah. Resipinya sila klik DISINI. Potato Gratin. So Yummy!
Baby Hah. Kalau saya sibuk kat dapur, dia pun sibuk nak tolong. Sambil-sambil tolong tu mulut dia asyik cakap.. "Shedaap Mama, shedaaaap.."
Oklah, nak buat kerja, dari tadi ngadap blog. hehehe... Selamat mencuba!
**Nak ngabis keja minggu tok, next week & next next week cuti! yihaaaaaa!




4 Ngabas Sitok:
shedaaappp za...shedaaappp!!!
polah ngan kmk lok!! hahaha XDD
Best2 jak resepi ktk eh... TQ, klk kmk maok coba juak ;-)
Mrs. Ichiban,
balit ler kch deng.. hehehe...
Ms Tikot,
mun ktk ada molah, jgn lupak ambik gambar k.. hehe.. ingin juak nak nanggar.. :p
kadang2 kmk balit xsempat nak pegi ke siney2... :(
Post a Comment