Wednesday, January 12, 2011

Musim Hujan

Coretan M.A.M.A
Salam..

Lama aku menyepi. Ada pun online, hanya sempat singgah d blog teman-teman. Nak tinggalkan jejak dan komen pun tak berkesempatan.

Busy? YA! Sekarang ni musim hujan dan pejabat kami berfungsi sebagai Bilik Operasi Bencana Banjir Bahagian Kuching. Mesti ada yang tau di mana aku bekerja.. hehehe.. Bilik Operasi dah dibuka dan beroperasi 24 jam. Makanya kesemua kami dalam keadaan siap sedia dan bekerja ikut shift. Handphone, TIDAK BOLEH DITUTUP!

11 Januari 2011, paras air meningkat, air naik di kawasan-kawasan rendah dan berlakulah banjir di kawasan tersebut. Aku telah dilantik menjadi timbalan ketua zon stampin. Dan kawasan dibawah jagaan aku... BANJIR!!!


 Kampung Sinar Budi Baru


 Di Pusat Pemindahan


 Kampung Sinar Budi Lama


 On the way ke Kampung Tengah Sungai


 Kampung Tengah Sungai dah macam sungai


Jalan raya dah tak nampak



 Tak tahu mana sungai mana jalan raya


huhuhu...

Tapi hari ni, Alhamdulillah, kesemua mereka dah boleh balik ke rumah masing-masing. Air dah surut. Di Bau lagi teruk banjir, banyak jalan dan sekolah ditutup dan berlakunya tanah runtuh.

Sekarang ni pukul 7.35pm, hujan turun dengan lebatnya. Hatiku gundah gelana. Rasa nak ke ofis. Tapi, ada keja aku harus siapkan malam ni jugak. Aku bawak balik urusan keja ke rumah kerana perlu di hantar esok. huhu..

Harapnya, takde lah banjir lagi.

2 Ngabas Sitok:

BadRiza said...

ya rabii..banjir...
bait2 oy..
;)

M.A.M.A said...

BadRiza,

cuak aku masuk kampung ya, sik terkata-kata. jeraya ngan sungei dah xpat dikenalpasti gik. sikit tayar terkiyus ya, abis cita. huhu...

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting