Salam..
Minggu ini hujung minggu aku takde aktiviti. Sepatutnya masih ada banci e-Kasih tapi bos kasi rehat dulu, mana tidaknya last month non-stop bekerja.
Semalam aku, nabihah & mak pergi ke Kamdar. SALE wooo... Cantik-cantik kain. Hari ni tak ke mana, mungkin petang nanti nak ke rumah kakak ipar, nak tengok baby, Mohd. Haidar Zidan. Dah 10 hari kot umur dia. Pic baby ada dlm hp tapi malas nak transfer. hehe.. Alahai, malas sungguh...

Dah 2 bulan aku berhenti makan pil perancang, dan my period pun ok, cycle masih 26-28 days. Alhamdulillah...
Akan tetapi, flow heavy dan senggugut kembali. Aiyakkk! Sekarang ni, aku tengah tahan sakit. huhu..
Esok & lusa aku ada kursus di Rajah Court. Rabu masuk ofis. Dah nak hujung tahun dah... 2 minggu lagi nabihah 2 tahun. Besar dah nabihah. Bangun pagi, shoes dia sebut dulu. Asyik nak jalan-jalan je budak kecik ni.
Raya Haji 17hb. 18 & 19hb aku cuti. Aku kalau nak cuti, bos memang approve coz bos tau aku ni kuat bekerja dan sebelum aku bercuti memang aku pastikan keja-keja aku siap. Bukan nak puji diri-sendiri tapi itulah kenyataan.
1hb lepas birthday anak buah aku, Amira.10 tahun dah usia dia. Happy belated birthday, Amira (if you read). 11hb pulak birhtday mak. Nak kasi hadiah apa ek? Purse kot.
And 20hb, birthday nabihah. Sebab tu la aku ambik cuti 18 & 19hb. Aku nak luangkan masa dengan nabihah. Kesian dia, sebab aku ni memanjang je busy keja. Dan yang bertambah bestnya, en. Edel pun cuti. Bolehla nanti bawak nabihah jalan2, makan2, tengok movie Megamind. Ni pun aku tak tau lagi nak beli hadiah utk nabihah. Sekarang ni nabihah dah pandai demand nak itu nak ini. Alahai anak...Sejap nabihah panggil aku mama, sejap lagi mummy...
Dan... Budak bertuah ni sedang meronta-ronta depan aku soh aku ambil coklat dlm peti sejuk. Oklah, sebelum dia menangis meraung-raung, setakat ni saja coretan hari minggu aku.
Bye!

3 Ngabas Sitok:
Coba ktk makan pil binari utk menghilangkan senggugut, kmk before tok mun period pain selalu jak ambik menstrual,x bgs. Kali tok kmk coba pil binari,ok period pain kmk, nya pun x stop blood kta. Pil tok ktk boleh beli kedei2 jamu kat E-mart ;-)
Ms Tikot,
waktu gik daro2 lok mek makan pil sendayu tinggi. bagus juak...
nangga lok next month, mun sakit juak, insya Allah mek try. kmk tok x tentu. ada bulan sakit, ada bulan sik sakit.. hehehe.. a/way, thank you.
mem, kmk pn rasa nk berenti mkn pil perancang juak koh...
Post a Comment