Thursday, November 4, 2010

Sentap

Coretan M.A.M.A
Salam...

Lamanya tak update. Busy memanjang aku ni, macam menteri... hehehe.. Hari ni hari yang tak berapa sangat nak baik. Ntahlah, rasa stress sangat. Bukan pasal keja, tapi pasal orang sekeliling aku di pejabat.

Sekarang ni, aku tak tahu nak percaya siapa? Kenapa wujud manusia yang depan kita dramanya, fuh.. tip-top, tapi belakang kita, parang dia cucuk2. Tak faham!

Bila bos puji keja aku, adalah yang tak puas hati, iri hati. Bila aku bergurau-senda, bertegur-sapa dengan geng B, geng A pulak tak puas hati. Mula taknak bercakap, buat aku macam tunggul. Mula disisihkan. Tak hairanlah diaorang ni dipanggil "GENG BERKLIK-KLIK".

Aku buat macam biasa saja, sebab aku baru setahun bekeja. Tapi, tempias pulak kat kawan aku sorang lagi yang dah bekerja selama 3 tahun. Kerana kami berdua bertegur-sapa dengan semua orang, kami disisihkan dari geng A, geng yang sentiasa ada angin kus-kus, yang semakin hari semakin berfikiran negatif, yang semakin hari semakin suka mengumpat dan megata orang. Dulu aku ingat, diaoranglah kawan-kawan yang boleh dipercayai sehingga pada satu tahap aku terpengaruh dengan hasutan mereka.

Tapi, bila batang hidung aku sendiri yang kena, baru aku buka mata bahawa mereka musuh dalam selimut. Oh, by the way, kawan aku yg turut menjadi mangsa, nama dia Syarifah. Syarifah ni aku anggap macam adik sebab dia muda 2 tahun dari aku. Apa2 masalah, cerita best or cerita tak best, akulah tempat Syarifah berkongsi. Sebab tu kot yang lain tu jeles!

Aku rasa memang diaorang cemburukan aku. Sebab diaorang kata aku ni high test kononnya tak selevel dengan diaorang. Sebabnya barang2 yang aku pakai contohnya handbag, purse, handphone, reganya memang ratus-ratusan.. Diaorang beli handbag yang 50 ringgit je, tak mampu nak beli yang rega ratus2. Sigh. Tak payahlah nak sindir-menyindir, kalau nak kata aku show off just cakap je la. Zaman aku bekerja di CMCC dulu pun aku guna henbag branded, takde pun member2 nak kesah... Duit aku, aku punya pasal nak beli yang mahal ker murah ker... sigh.

Satu hal lagi diaorang ni kusut sangat dengan aku, sebab aku salu tegur diaorang, kalau diaorang mengata dan mengumpat orang. Iye, aku pun tak terlepas dari mengata orang tapi aku cakap benda yang betul. Tapi, diaorang ni suka menunding jari, tuduh si A, tuduh si B padahal itu hanya kesimpulan diaorang je. Kalau benda tu tak betul, kan fitnah namanyaaaaaaa....

Salah ke aku menegur untuk kebaikan diaorang. Paling-paling pun aku cakap "Sudahlah cakap hal orang, nanti yang tak baik orang tu kena kat kita pulak. Nobody's perfect". Itu je yang salu aku bagitahu diaorang. Salah ke kata2 aku?

Sekarang ni tiba lunch time, diaorang keluar sorang demi seorang, senyap2 pulak tu. Maknanya, taknak aku & Syarifah join. Ada aku kesah. Dulu, awal2 pagi dah pergi jumpa aku, nak lunch sana nak lunch sini, sebabnya aku ada kereta, boleh bawak diaorang. Sekarang ni dah ada yang lain jadi mangsa. Ada aku peduli.... Takde diaorang pun aku boleh jalan sana sini, boleh makan sana-sini, kenyang jugakkkk.

Tak faham! Perangai macam budak-budak.

Betapa aku rindu dengan mami_faris, fieza, kak sue... Merekalah kawan sejati aku. Susah senang sentiasa ada bersama aku. I miss them so much. Merekalah kawan yang paling memahami.


FRIENDS FOREVER

4 Ngabas Sitok:

Anonymous said...

nasib ada nama kmk lam list tek..hehe..rindu juak ngan ktkorg eh, kinek tok smua dah bepecah...sikpa ada masa kita temu balit...

f.i.e.z.a said...

im just a phone call away za.alu beraek mata mek ngenang betapa bestnya keja d cmcc tak 2 ada ngan kmk.now neida geng mek gik.pndey2 jak ngembak dirik ;(

MAMI_FARIS..... said...

saba jak mem... nang kedak ya koh mun org sakit jiwa... polah jak keja ko mpun sia... asal bos ko bgs ngan kau ya paling penting. cdak bukan apa... daknya jeles bos ko appreciate keja kau bah.... anggap jak dugaan semata2 ne tauk kau dpt keja yg bgs gk dr cdak.. ne tauk murah rezeki ko lam masa akan dtg... sabar itu separuh drpd sabariah....

M.A.M.A said...

suhana, fieza & mami_faris,

ktk 3 nang kawan sejati.. hehehe... yalah mek ngenang jeman kita d cmcc dolok. xda dengki-mendengki kohh... kita kongsi apa jak cerita, makanan...

kak sue,
mun balit kch, kabar2 ngan mek org, pat kita kluar sama... hehehe...

x heran dah mek ngan cdak. mana katalah sia. janji keja siap, cukup masa balit.. hehee..

x pian ku nak ngengong hal cdak. hahaha...

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting