Salam Jumaat...
Wah, cepatnya masa berlalu, esok dah sabtu, weekend lagi..
Tengah hari tadi aku dan rakan2 ofis jalan2 d The Spring. Kami tak makan2 sebab di pejabat ada sambutan hari jadi Timbalan Residen Sosial. Sepatutnya beliau bersara tetapi beliau disambung kontrak 3 bulan lagi sebab masih belum ada pengganti. Perut dah kenyang, kami jalan2 ronda The Spring.
Ofismate lain sebok cari kasut hitam, seluar hitam, tudung hitam untuk perbarisan TYT esok tapi aku beli cd ni. Aku jatuh cinta dengan lirik2 lagu Maher Zain. Lagu dia memang menyentuh jiwa.
Aku tak nak download, aku nak yang original jugak... Lagu2 Maher Zain ni cantik bahasanya, indah iramanya...
Tadi aku main cd ni dlm kereta on the way nak balik rumah. Bila dengar lagu Thank You Allah, berdebar2 jantung aku & aku sebak. Nasib baik aku guna spec hitam, cover aku nangis syahdu.
Masa beli cd ni tadi, tokey kedai Speedy cakap cd Maher Zain ni best selling. Tak hairanlah... Bila di amati lirik & bait lagu Maher Zain, masyaAllah, tenang rasa jiwa.
Non-muslim pun suka dengar lagu2 Maher Zain. Subhanallah..
Oklah, esok pukul 6.15 am mesti dah ada kat Padang Merdeka. Jadi, aku nak rehat & tdo awal. Mari terjah ramai2 ke Padang Merdeka esok! hehehe... :p
Selamat Berhujung Minggu!



0 Ngabas Sitok:
Post a Comment