Salam...
Wajah yang aku kandungkan selama 9 bulan 9 hari... Penawar hati di kala duka... Buah hatiku... Anugerah yang paling berharga yang aku miliki.
Beautiful girl. Aku masih ingat lagi kenangan dan pengalaman mengandungkan Nabihah dan melahirkan dia.
Nabihah anak yang bijak, cepat belajar dan banyak ragam.. hehehe...
Tension balik dari keja, tengok je muka Nabihah depan pintu, menunggu kepulangan mamanya, hilang semua tension. Balik2 keje, terus layan budak kecik ni. Yes, sometimes, memang penat sangat tp itulah pengorbanan seorang ibu bekerja.
Tengok badan, macam body builder.. hahahahha...
Aku & en. Edel salu tanya kat Nabihah... "Nabihah nak adek? Nabihah nak baby?"... dan jawapan Nabihah... GELENG KEPALA.... Anak manja...
Kadang2 aku kesian kat Nabihah. en. Edel sibuk bekeja, sama juga aku. Kalau ada special events, nak tak nak kene turun bekeja on weekend. Seperti bulan ini. 1st week, weekend aku d Merdeka Palace. 2nd week, perbarisan TYT.Weekend ni pulak buat banci kemiskinan di Kpg. Beradek & Kpg. Semilang. Next week, tak tau lagi... Minta2 lah xda keje or aktiviti rasmi. Boleh la rehat & luangkan masa dengan keluarga.
Pengorbanan ibu-ibu yang bekerja. Dalam hati kecil memang nak dok rumah, luangkan masa dgn anak2 & suami, tp pekerjaan ni pun satu keperluan utk hidup. Kadang2 aku resah bila memikirkan, macam mana nanti kalau kami dah tinggal di rumah sendiri? Mampukah aku nak bahagikan masa, tugas2 di rumah? Aku insan yang lemah tapi aku mesti belajar untuk jadi kuat demi anak2 & suami.
Bak kata pepatah, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
INSYA ALLAH...





0 Ngabas Sitok:
Post a Comment