Salam..
Buat hal la blogger 2-3 hari ni. Banyak komen-komen hilang, entry tak publish.. hmmmm... Nak BW pun rasa macam tak best, iyela dah takde entry baru nak di baca.
Ok, nak cita sikit, sekarang pesta jualan murah, tak lama lagi nak Gawai dan cuti sekolah kan. Tapi, saya tahan nafsu nak shopping, hehehe... Tahan nafsu shopping untuk beberapa hari je, hahaha... Yang best nya jugak, bila kedai-kedai perabot pun sale habis-habisan.
Hari itu en. Edel call lawyer, kata lawyer tu, hujung bulan ini kami akan dapat kunci rumah. Harap-haraplah benar apa yang dikatakan oleh lawyer itu. Sebab kami memang dah tak sabar dah... Mana tak nya tak sabar, dah 3 tahun kami tunggu nak ada rumah sendiri. Rumah pertama yang kami beli, tak jalan projeknya. Nasib baik la depa bayar balik duit kami. Dah, tak mau nak ingat balik, buat sakit hati jer.
Bila tengok sofa-sofa, kabinet tengah sale, rasa nak angkut. ehhehe... Tapi, masalahnya nak letak kat mana...? Kalo dah ada kunci, belum pindah sekalipun, at least boleh taruh barang-barang dulu kan.
Insya Allah, target memang nak beraya di rumah sendiri tahun ni. Insya Allah, kalau takde aral melintang... Kalau siap semuanya, Insya Allah boleh.... Al-maklum la, nak masuk rumah baru banyak nak pakai duit. Nak pasang elektrik, air, cat, nak pasang gril segala... Washing machine, peti sejuk, itu, ini, itu, ini... memang cecah 10k ke atas... huhuhu...
Bagus jugak la kan bila dah ada rumah sendiri, boleh manage kewangan, buat perancangan, ikut kemampuan. Saya ni bukan lah jenis yang, bila orang ada tu, saya nak jugak.. BUKAN.. saya lebih suka sederhana saja, iyelah ikut kemampuan. Janji selesa dan berkualiti.
Walaupun saya ni dilabelkan sebagai kaki shopping oleh sesetengah orang, tapi TIDAK setiap bulan saya shopping. Kalau saya ada duit, saya shopping lah, kalau tak cukup duit, saya window shopping je... hehehe...
Eh, cerita saya dah melalut ke laut dahhh... hehehhehe... So, memandangkan sekarang ni musim sale, siapa yang tak shopping kan? Shopping biarlah berhemah... hehehehhe... Ok, saya dah ketandusan idea, lagipun AF dah nak mula dah.
Happy weekend.. Hari selasa cuti lagi... Yihaaa.... Next week, saya keja isnin saja, hari seterusnya hingga 27hb saya cuti! Holiday! hehehe...
Bye!
**Semoga urusan rumah mek orang kali tok berjalan ngan lancar... Aminn... :)