Monday, May 30, 2011

Haluuuu...

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam..

Setelah 8 hari bercuti, saya masuk kerja balik hari ni. Liat nya nak bangun pagi tadi. hehehehe...

Saya tak ke mana cuma kami 3 beranak jalan-jalan menghabiskan masa bersama di KL. Agenda utama adalah nak ke IKEA, nak shopping barang-barang rumah. Barang2 sendiri adalah jugak tapi lebihkan ke barang-barang rumah dan Nabihah.

Nak ke genting, cancel. Nak ke i-City pun cancel, sebabnya Nabihah kurang sihat dan saya sendiri pun kena demam.. Alahai...

Tapi, sangat-sangat puas hati sebab dapat cari barang-barang rumah yang kami inginkan hinggakan kami perlu pos barang-barang itu. hehehe... Takut overweight la pulak kalo masuk belon.. heheheh...

Oklah, banyak keja tertunggak atas meja nih. Saya nak siapkan mana-mana yang penting & urgent dulu. Lusa dah cuti Gawai.. Mesti kena siapkan keja ni... huhuhu....






**Utak ku tok mala mikir hal rumah... heheheh.... :p

Tuesday, May 17, 2011

Fast Five

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam..

Hari Ahad lepas, kami 3 beranak tengok movie d MBO. Kami tengok citer Fast Five. Saya dari The Fast & The Furious, 2Fast 2Furious, Tokyo Drift, Fast Furious 4 memang tak lepas punya. Citer FAVOURITE saya nih!! vrOooooooommm!



Fast Five, Five STARS rating saya! Bagi saya jalan cerita sangat-sangatlah BEST! Kreatif! Dengan pelakon-pelakon hebat ditambah pulak dengan adanya The Rock, wallaweyhhhh.. Superb!!



Reunion. Oh, Han...  Ingatkan watak Han takde lagi bila dalam Tokyo Drift, watak dia mati. Aleh-aleh, dalam Fast Furious 4, ado lagi Han ni muncul! hehehe..



Rasanya citer ni akan ada lagi yang ke-enam. Macam tak habis lagi je, tetiba Letty pulak muncul last skali. Apa-apa pun, bagi saya citer ni memang best! Nak tengok sekali lagi boleh??? hahaha.. :p




**19 May - Pirates of The Caribbean... wohoooooo! Blog ini akan bercuti mulai esok sebab tuannya nak bercuti-cuti Malaysia... :)

Saturday, May 14, 2011

SALE situ sana sini

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam..

Buat hal la blogger 2-3 hari ni. Banyak komen-komen hilang, entry tak publish.. hmmmm... Nak BW pun rasa macam tak best, iyela dah takde entry baru nak di baca.

Ok, nak cita sikit, sekarang pesta jualan murah, tak lama lagi nak Gawai dan cuti sekolah kan. Tapi, saya tahan nafsu nak shopping, hehehe... Tahan nafsu shopping untuk beberapa hari je, hahaha... Yang best nya jugak, bila kedai-kedai perabot pun sale habis-habisan.

Hari itu en. Edel call lawyer, kata lawyer tu, hujung bulan ini kami akan dapat kunci rumah. Harap-haraplah benar apa yang dikatakan oleh lawyer itu. Sebab kami memang dah tak sabar dah... Mana tak nya tak sabar, dah 3 tahun kami tunggu nak ada rumah sendiri. Rumah pertama yang kami beli, tak jalan projeknya. Nasib baik la depa bayar balik duit kami. Dah, tak mau nak ingat balik, buat sakit hati jer.

Bila tengok sofa-sofa, kabinet tengah sale, rasa nak angkut. ehhehe... Tapi, masalahnya nak letak kat mana...? Kalo dah ada kunci, belum pindah sekalipun, at least boleh taruh barang-barang dulu kan.

Insya Allah, target memang nak beraya di rumah sendiri tahun ni. Insya Allah, kalau takde aral melintang... Kalau siap semuanya, Insya Allah boleh.... Al-maklum la, nak masuk rumah baru banyak nak pakai duit. Nak pasang elektrik, air, cat, nak pasang gril segala... Washing machine, peti sejuk, itu, ini, itu, ini... memang cecah 10k ke atas... huhuhu...

Bagus jugak la kan bila dah ada rumah sendiri, boleh manage kewangan, buat perancangan, ikut kemampuan. Saya ni bukan lah jenis yang, bila orang ada tu, saya nak jugak.. BUKAN.. saya lebih suka sederhana saja, iyelah ikut kemampuan. Janji selesa dan berkualiti.

Walaupun saya ni dilabelkan sebagai kaki shopping oleh sesetengah orang, tapi TIDAK setiap bulan saya shopping. Kalau saya ada duit, saya shopping lah, kalau tak cukup duit, saya window shopping je... hehehe...

Eh, cerita saya dah melalut ke laut dahhh... hehehhehe... So, memandangkan sekarang ni musim sale, siapa yang tak shopping kan? Shopping biarlah berhemah... hehehehhe... Ok, saya dah ketandusan idea, lagipun AF dah nak mula dah.

Happy weekend.. Hari selasa cuti lagi... Yihaaa.... Next week, saya keja isnin saja, hari seterusnya hingga 27hb saya cuti! Holiday! hehehe...

Bye!




**Semoga urusan rumah mek orang kali tok berjalan ngan lancar... Aminn...  :)

Tuesday, May 10, 2011

Trifle Anggur & Patato Gratin :)

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Hari nie saya nak share aktiviti dapur saya last week. Just a simple menu but mengenyangkan dan sedap hingga menjilat jari. hehehhe...


 Ini trifle anggur, resipi asalnya strawberry fresh creamy triffle, dapat dari blog, maaf saya lupa link blog tersebut. Terima kasih banyak2 kepada tuan blog yang telah menyumbangkan resipi ini. Saya ni kalau tengok resipi best, saya salin or copy paste sajork pastuh saya tak ingat blog mana saya terjah.. hehe.. :p

Resipinya amat mudah sekali dan sedap bila masuk ke dalam mulut.. hehehe...Oleh kerana di sini harga strawberry sangat-sangatlah mahal, jadi saya tukar dengan buah anggur, pun sedap jugak!


Bahan-bahan:

  • Sponge kek (yang dipotong kiub) or ikut suka lah
  • Jem anggur
  • 1 tin susu sejat/ cair ideal
  • 1 tin air
  • 1/2 tin gula (ikut suka manis)
  • 2 sudu besar tepung kastard yang di bancuh dengan 1/2 cawan air
  • Fresh cream (tapi saya guna whipped cream, 250ml, diputar menjadi krim)
  • Buah anggur

Cara-caranya:

  1. Didihkan susu cair, air dan gula dalam periuk dengan api yang perlahan. Bila menggelegak, tuangkan bancuhan tepung kastard, kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan.
  2. Susun sponge kek ke dalam mangkuk kaca. Kemudian sapukan jem anggur ke atas kek tersebut.
  3. Tuang setengah daripada susu yang telah dididihkan tadi ke atas lapisan jem. Separuh lagi simpan.
  4. Sapukan separuh krim yang sudah diputar ke atas lapisan kastard tadi. 
  5. Susunkan buah anggur.
  6. Sapukan lagi baki adunan kastard dan diikuti dengan sapuan krim.
  7. Hias dengan buah anggur lagi.
  8. Sejukkan semalaman ke dalam peti sejuk sebelum dihidang


Dan ini menu kegemaran seisi rumah. Resipinya sila klik DISINI. Potato Gratin. So Yummy!




Baby Hah. Kalau saya sibuk kat dapur, dia pun sibuk nak tolong. Sambil-sambil tolong tu mulut dia asyik cakap.. "Shedaap Mama, shedaaaap.."

Oklah, nak buat kerja, dari tadi ngadap blog. hehehe... Selamat mencuba!





**Nak ngabis keja minggu tok, next week & next next week cuti! yihaaaaaa!

Monday, May 9, 2011

Japanese Cheese Soft Cake

Coretan M.A.M.A 7 Ngabas Sitok
Salam...

Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mak saya, mak mertua saya, kakak & kakak-kakak ipar saya dan semua ibu-ibu di M'sia.. waaahhh... Seronok jadi Ibu tau! hehehehe...

Ok, ini cerita hari pekerja last week di mana saya sangat rajin kelang-kelus di dapur. Dah namanya cuti kan, masa untuk keluarga, so, masa ni lah peluang saya nak masak, nak buat kuih untuk santapan keluarga saya di hari-hari cuti gitu.. ehek.. :p



Japanese Cheese Soft Cake. Dapat resepi ni dari blog kakak saya. Kesampaian jugak hajat di hati saya nak ngap kek ni.. :)


Bahan-bahan:

Bahan A

50g butter
100ml fresh milk
250g cream cheese
1 tablespoon vanila essence
6 biji kuning telur
20g cornflour
60g cake flour (kamek guna tepung gandum biasa, tapi kurangkan 2 tablespoons)

Bahan B

6 biji telur putih
1/4 teaspoon cream of tartar
140g caster sugar

Cara-caranya:
1. Dengan cara double boiler, cairkan butter + cream cheese bersama fresh milk. Pastikan campuran cair dan tidak berketul. Ketepikan dan biarkan ia menyejuk.

2. Pukul telur kuning, vanilla dan kedua dua tepung tersebut sehingga rata. Masukkan adunan cream cheese yang tealh sejuk tadi. Gaul sehingga rata.

3. di dlm bekas yang lain, pukul putih telur bersama-sama cream of tartar sehingga berbuih (foamy). Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga terbentuk soft peaks.

4. Sedikit sedikit, campurkan adunan B ke dlm adunan A. Fold slowly (to maintain the volume).

5. Tuangkan ke dalam bekas/acuan/loyang yang telah disediakan. Saiz loyang 8". Bungkus loyang degn aluminium foil, dan alas dengan baking paper.

Alaskan loyang sepatutnya, kerana ianya akan dibakar di dlm 'waterbath' selama 1 jam pada suhu 160C.

*guna air sejuk untuk water bath dan pastikan level (ketinggian) air separuh tinggi loyang kek.



Mmmm... Memang lembut dan sedaaaaaaap sangat! Untuk minum petang, santai2 dengan family memang sesuai sangat. 

So, apa tunggu lagi, selamat mencuba! :)




**Semua payment done, nunggu kunci jak gik... lalalalalallaala~
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting