Friday, October 29, 2010

25 Perkara tentang Mama_Nabihah

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam Jumaat...

Jumaat lagi... Memang cepat masa berlalu. Entry kali ni nak menjawap tag dari Ibu Iman.

25 perkara tentang diriku,chewahh..


  1. Nama sebenar ialah Haniza
  2. Berusia 26 tahun
  3. Sah menjadi isteri kepada en. Edel pada 28 Disember 2007
  4. Bergelar seorang ibu pada usia 24 tahun
  5. Mempunyai seorang anak perempuan, Nur Izzah Nabihah nama diberi, lahir pada 20 November 2008
  6. Berbangsa Melanau
  7. Anak ke-5 dari 6 orang adik-beradik
  8. Chinese look, memiliki mata yang sepet, tinggi seperti model (kata cdak opis)
  9. Garang tapi comel
  10. Tegas tapi lembut
  11. Sangat suka mengumpul purse, handbag, sandal, kasut & tudung (syria, shawl, etc.)
  12. Manja
  13. Bekerja di Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak
  14. Bukan penggemar kopi
  15. Mudah mesra
  16. Pencinta spaghetti dan pizza
  17. Gemar dengan bidang fotografi
  18. Suka menonton tv, channel AFC dan TLC
  19. Mudah terpengaruh dengan jualan murah
  20. Tak suka diganggu bila sibuk bekerja (di pejabat)
  21. Memiliki suara yang sedap bila menyanyi dan menjad MC
  22. Penggemar minuman oren twister dan susu
  23. Suka make-up
  24. Pencinta ungu dan merah jambu
  25. Pendengar setia :)
Tag siapa? Siapa rasa nak buat, dialu-alukan. Sekadar mengisi masa yang terluang.

Selamat berhujung minggu!

**Aku takde akaun FB tapi sebok nak letak button 'like' jugak... hehehe... :p

Wednesday, October 27, 2010

Welcome...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam...

Macam mana hari rabu korang? Hari ni, Alhamdulillah, segala kerja berjalan dengan lancar.

Apa yang welcome?

Semalam kakak ipar aku selamat melahirkan anak kedua, baby boy pukul 2.00pm.

Maaf yer, takde gambar sebabnya aku belum sempat lagi nak jenguk kakak ipar dan baby dia.

Excited mak nyaaahhh... hehehhe..

Melahirkan anak adalah pengalaman dan memori yang sangat indah sekali...

Oklah, aku nak mandi, nak kemas2, nak pergi tengok baby.....


Tuesday, October 26, 2010

Hujung Minggu aku

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam...

Hari Sabtu lepas aku dan rakan-rakan pejabat yang lain ada tugasan banci e-Kasih di Kampung Semilang. Bulan Oktober tok eh, weekend aku nang sik renah di rumah kohh... huhuhu...

 Skuad e-Kasih


 Dalam bot pun sempat nak posing... hahaha..
 Sampey dah di Kampung Semilang


 Jauh perjalanan


 Luas pemandangan


 Nang jaoh mek orang bejalan koh


 Makan-makan di rumah Ketua Kampung. Sedap...


 Bekerja. Lawatan ke rumah peserta yang meminta bantuan


 Lagi..

Kerja habis dalam pukul 4.30 pm. Sampai di pejabat dalam pukul 6.00pm. Settle semua, pukul 7.30 baru sampai rumah.

Hari ahad, skuad e-Kasih turun padang lagi tapi aku buat tahi mata kat rumah... hehehe... Badan aku tak larat nak bekerja. Nasib baikla dapat bos yang memahami dan baik hati. hehehe.. Memang penat ok sebabnya kerja tak henti-henti. Laporan projek RMK9 pun baru siap semalam. 

Oklah, nak sambung buat keje. Ni pun curi2 masa nak update. hehe... 

*Semalam, selepas balik keja, en. Edel bawa aku & Nabihah ke Sushi King. Harapnya petang nanti en. Edel bawa pegi jalan2 & makan2 lagi... hahahah... hilang stress maaaaaa... :p

Sunday, October 24, 2010

Megamind

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam..


Oh tak sabarnya nak tengok cita niiee... Arituh kami pegi MBO, xda cita best. Ada tu memang la ada tp cerita romantik, tak sesuai Nabihah tengok.

Camne la ragam & karenah Nabihah nanti kalo aku & en. Edel bawa dia terjah MBO tengok cita ni?

Friday, October 22, 2010

Kau Ilhamku

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam...

Wajah yang aku kandungkan selama 9 bulan 9 hari... Penawar hati di kala duka... Buah hatiku... Anugerah yang paling berharga yang aku miliki.


Beautiful girl. Aku masih ingat lagi kenangan dan pengalaman mengandungkan Nabihah dan melahirkan dia.


Nabihah anak yang bijak, cepat belajar dan banyak ragam.. hehehe...


Tension balik dari keja, tengok je muka Nabihah depan pintu, menunggu kepulangan mamanya, hilang semua tension. Balik2 keje, terus layan budak kecik ni. Yes, sometimes, memang penat sangat tp itulah pengorbanan seorang ibu bekerja.

Tengok badan, macam body builder.. hahahahha... 

Aku & en. Edel salu tanya kat Nabihah... "Nabihah nak adek? Nabihah nak baby?"... dan jawapan Nabihah... GELENG KEPALA.... Anak manja...

Kadang2 aku kesian kat Nabihah. en. Edel sibuk bekeja, sama juga aku. Kalau ada special events, nak tak nak kene turun bekeja on weekend. Seperti bulan ini. 1st week, weekend aku d Merdeka Palace. 2nd week, perbarisan TYT.Weekend ni pulak buat banci kemiskinan di Kpg. Beradek & Kpg. Semilang. Next week, tak tau lagi... Minta2 lah xda keje or aktiviti rasmi. Boleh la rehat & luangkan masa dengan keluarga.

Pengorbanan ibu-ibu yang bekerja. Dalam hati kecil memang nak dok rumah, luangkan masa dgn anak2 & suami, tp pekerjaan ni pun satu keperluan utk hidup. Kadang2 aku resah bila memikirkan, macam mana nanti kalau kami dah tinggal di rumah sendiri? Mampukah aku nak bahagikan masa, tugas2 di rumah? Aku insan yang lemah tapi aku mesti belajar untuk jadi kuat demi anak2 & suami.

Bak kata pepatah, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

INSYA ALLAH...
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting