Salam,
2 minggu dah kita berpuasa. Tinggal 2 minggu lagi nak raya.
Pantas masa berlalu.
Saya bukan nak show off ataupun taksub sangat ek tempek gambar stok EBM.
Lagipun saya pasti ramai lagi ibu2 yang lain yang lebih banyak stock diaorang.
Saya nak kongsi sahaja.
Inilah stock EBM yang saya ada setakat ini.
Biasanya yang dikeluarkan hanya 1 botol/ bekas.
Di top-up 2 botol/ bekas.
Risau gak coz takut expired.
Ada jugak bila dah dinyahbekukan,
kaler dia jadi kekuningan, keruh.
Mungkin cara penyimpanan tak elok.
Itupun baru pagi tadi terkena.
Sebelum ini Alhamdulillah, ok je.
Dalam minggu ini memang busy.
Dengan acara Jualan Hari Raya anjuran KPDNKK.
Memang tak lekat di ofis.
Pam pun hanya 2 sesi sahaja dapat 4 botol.
Biasa pam 3 sesi - 6 botol sehari.
Lepas ni nak ke Boulevard, hari ni bermula Jualan Hari Raya.
Semalam siap tanya dengan cust. service, mana surau,
ada nursing room tak. That lady jawab kalo dekat new wing ada.
Bukan hari2 keluarkan stock EBM.
Macam sekarang ni stay kat rumah mak, suami night shift,
memang tak sentuh EBM.
Cuti raya nanti kompom tak sentuh EBM.
Dah cuti of coz akan directfeed.
Nak cari jalan nak jimatkan space utk EBM.
Pernah gak terbaca kat satu blog, si ibu simpan susu dia dalam plastik
aiskrim utk jimatkan ruang dlm petisejuk.
Erm, 6 hari lagi Darwisy akan berusia 3 bulan.
3 bulan lagi nak cukupkan tempoh penyususan sepenuhnya.
Tapi, kalau termampu & ada rezeki, nak teruskan selama yg boleh.
Aminnnn... Insya Allah... :)
Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang Kau berikan...
Chaiyok! Chaiyok!