Monday, August 6, 2012

In Trouble

Coretan M.A.M.A
Salam,

Saya tengah risau yang teramat ni.
Perkara yg saya takuti semenjak masuk balik bekerja selepas cuti bersalin
rasanya dah terjadi.
Darwisy konpius puting!!!

Uwaaaaaa.. :(
Semalam nak directfeed tapi dia menolak.
Saya hangin satu badan.
Masa tu saya memang marah & salahkan orang sekeliling
saya sebab tak 100% support saya utk BF anak.

Support memang ada tp tak membantu.
Sejak mula lagi saya tak setuju bila mak bagi pepet (puting mainan)
kat Darwisy.
Tapi dek kerana mak yg jaga Darwisy semasa saya bekerja,
saya TERPAKSA mengalah.

Saya menangis teresak-esak, tersedu-sedan bila Darwisy mengamuk
bila saya nak DF dia.
Nak tak nak, suami keluarkan stock susu dari chiller, panaskan,
masukkan ke dalam botol, then Darwisy nyot-nyot minum
sampai habis & tido!

Saya menahan amarah & sedih.
Duduk kat dapur, air  mata bergelinangan.

Itu cerita di rumah mak semalam.

Bila sampai di rumah kami, saya tak putus asa.
Saya try nak df Darwisy bila dia mula haus.
Still mengamuk.

Saya peluk erat dia, baring dan cuba df dengan cara baring.
Alhamdulillah, dia menyusu & ngulat dan lenaa...

Selepas sungkey, selepas kemas2 after mandi segala.
Saya biarkan Darwisy sandarkan muka dia kat cik B saya
then dia pandai pulak carik puting cik B.
Alhamdulillah dia menyusu & ngulat dan lenaa..

Bila lena tidur di buai mimpi, saya setkan minda saya
untuk bangun setipa 2 jam df Darwisy.
Alhamdulillah dia menyusu & ngulat & tidur lena...

Balik rumah lepas habis keja nanti macam mana la nanti..

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...

Down saya bila memikirkan hal itu... hurmm..

0 Ngabas Sitok:

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting