Saturday, May 19, 2012

Welcome Handsome Boy

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Lamanya tak update blog. Actually, hari ni saya dah 11 hari berpantang. Ya, Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua saya, bayi lelaki pada 9 Mei 2012 pada pukul 9.41am dan syukur ke hadrat Allah kerana semuanya berjalan dengan baik sekali walaupun suami saya tak sempat masuk tengok saya bersalin kerana baby dah tak sabar2 nak keluar. hehehe... Takper, at least masa melahirkan Kakak Bihah dulu, en. Edel ada bersama di sisi. Dan Alhamdulillah sebab dapat bersalin secara normal sekali lagi. :)



38 minggu dalam rahim saya, Darwisy Attirmidzi nama diberi. Day 1 selepas dibersihkan.


Kakak Bihah & Adek Darwisy. Alhamdulillah, saya dan suami dianugerahkan sepasang anak yang comel. Syukur Alhamdulillah... :)

Insya Allah, kalau ada masa, saya akan kongsikan pengalaman bersalin saya yang cukup indah sekali. Saya kena cepat takut Adek bangun & nak menyusu. Sekarang ni saya fully breastfeeding since hari pertama lagi. Alhamdulillah.. 

Ok, Adek dah buat sound, nanti sembang lagi. Salam~

Tuesday, May 8, 2012

Rutin Harian

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Sekarang ni setiap pagi saya wajib ke klinik untuk check BP (Blood Pressure). Semalam check tinggi & hari ni check, normal, Alhamdulillah but still tomorrow saya kena check lagi.

Hari Khamis pulak appointment kat GH untuk access my BP result. Wallawehh... Begitulah rutin saya setiap hari sehingga melahirkan nanti.

Saya banyak belajar dari pengalaman mengandung anak kedua ini. Sekarang saya memang ambil berat pemakanan saya. Nak minum teh memang tawar, saya kurangkan gula. Minum milo saya tak campur susu or gula even minum di kedai pun saya siap bagitahu kat pengambil order, Milo O, letak 3 sudu besar milo sahaja.

Sometimes teringin nak minum cola, pepsi. Saya tuang suku bontot gelas & selebihnya saya campurkan dengan air kosong. Dan dalam 1 hari saya memang pastikan saya ada makan buah-buahan & 8 gelas air kosong.

Kencing manis & darah tinggi memang dah sebati dalam darah keturunan kami. Sebab tu saya kena jaga betul2. Kalau saya makan banyak, dalam masa 5-6 jam baru saya makan lagi. Dalam masa 5-6 jam tu saya telan air kosong banyak2. thehehehehe..

Risau saya memang risau dengan keadaan kesihatan saya. Kalau tak effect dengan baby, saya taklah runsing sangat. Tapi, so far, Alhamdulillah, baby membesar dengan sihat. Nampak kaki ada kurang sikit kembang, org tua cakap, dah nak sampai masa.

Oklah, perut mengeras.. Saya stop dulu lagipun nak settlekan kerja. Al-maklumla sekarang ni saya masuk kerja belah petang je noks. Daaaa~

Monday, May 7, 2012

High BP & Hampir di Induce

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Hari Jumaat lepas saya check up macam biasa. Bila doc check blood pressure, tinggi la pulak & doc check kaki, kembangnya... So, doc advice pergi ke hospital & bawa barang2 sekali, kena induce awal takut sawan.

Punya la kelam kabut saya. Call mak mintak diaorang readykan barang2 saya kemudian call en. Edel bagitahu saya perlu ke hospital. So, en. Edel kena la ambik half day.

On the way ke hospital, saya berdebar-debar. Mana taknya kena induce tu sakit noks. Siap doa macam2. Tambahan pulak kakak bihah kurang sihat tambah serabut kepala.

Bila sampai di wad bersalin, punya la ramai oraanggggggg... Siap saya tanya kat nurse, "ramai betul orang nak bersalin ni". Nurse sengih2 & jawab, "berjanji kot". hehehe...

Check BP, masih tinggi & saya terus di refer dengan doc yang bertugas. Doc pelatih. Tanya ini, tanya itu, interview dalam 45 mins, check air kencing then check BP lg, turun. 

Saya cakap, "Doktor, kaki saya kembang & ada rasa rasa sakit sikit", "Let me check", jawab doktor. Dia ketuk2 lutut saya & dia cakap "Ok, normal kalau kembang kaki masa mengandung". Kemudian saya disuruh duduk kat tepi. Then check lagi BP, turun. 

Kemudian masa untuk CTG, check jantung baby & contraction chart. Boleh saya tertido mana taknya sejuk kat dalam wad bersalin. Jantung baby Alhamdulillah, kuat sekali & no contraction pain. Kemudian check BP lagi & BP saya normal.

Lepas tu saya di refer dengan doc senior yang jadi supervisor kepada doc2 pelatih. Mulanya doc tu nak tahan saya soh saya bermalam untuk monitor BP. Then diaorang scan, check lagi BP & katil takde kosong so, saya dibenarkan pulang but hari2 saya kena ke klinik untuk check BP. Hari-hari beb....

Balik dari hospital saya ke klinik kasi doc view then masuk pejabat jap bagitahu management keadaan saya. Saya diberi pelepasan half day hingga saya bersalin nanti. Kalau saya still takde tanda2 nak bersalin on 23rd nanti saya mesti masuk hospital & bersalin. Doc tak kasi tunggu2, sebab saya ada GDM & sekarang ni pulak BP tak normal.

Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Dan baby, please keluarlah awal supaya Mama boleh berehat.. hehehe... Kepala dah tak fokus lagi risau dengan kesihatan baby & diri sendiri. Selera makan pun dah merundum. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya bagi hambaMu ini.... Amin...

Thursday, May 3, 2012

Hai Obat Hai Obat

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Mendung je cuaca hari ni. Mood bekerja pun dah hilang ntah ke mana. Badan je kat ofis tapi kepala ni serabut. hmm...

Sekarang ni salu gaduh dengan kakak Bihah. Pepagi dah menaikkan kemarahan saya. Macam2 je perangai dia buat, letih saya melayan kerenah dia. Tapi dah nama budak umur 4 tahun, kau membebel macam orang gila sekalipun, bukan dia reti, last2 saya yang menangis. 


 

Inilah beg hospital saya. Dah ready kat rumah mak. Ofis saya & rumah mak tak jauh. Simpan kat rumah mak lagipun nanti berpantang kat rumah mak.



Ni pulak ubat untuk saya dalam pantang nanti. Semuanya pati & asli. Masa pantang selepas melahirkan Nabihah dulu saya beli ubat dalam bentuk kapsul. Sungguh tak menyedapkan badan. Siap mak saya masak sendiri air lada & cengkih untuk panaskan badan saya.

Wangi bau rempah ratus ni. Sedappp je bau dia. Kakak ipar saya yang rekomenkan ubat ni tambahan pulak makcik yang buat ubat ni mak saudara kepada bestfriend saya. hehehe... Kakak ipar saya kata air periuk ni sedap di telan. Sedap? Sebab tu saya nak cuba. hehehe...

Esok saya check up lagi. Sekarang ni dah seminggu sekali. Perut rasa tak selesa, baby pun asyik mengeras... hmmm... 

Oklah, nak buat keja walaupun saya tak tahu keja apa saya nak buat. hahahaha... :p


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Wednesday, May 2, 2012

37 weeks

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, hari ni kandungan saya dah masuk 37 weeks. Kak Sue dah selamat melahirkan baby boy hari Ahad lepas. Saya masih menunggu & menghitung hari. hehe... 

Lately ni emosi saya terganggu. Saya cepat sedih. Kadang2, tetiba rasa nak nangis. Last friday saya check up & doktor bagitahu kepala baby dah masuk. Memang terasa la perut ni ke bawah.

Dan, saya memang sengaja banyakkan diri saya ni bergerak, mana la tau bersalin awal.. heheeheh... Dan semangat shopping makin menjadi-jadi.

Hari Sabtu pergi ke Kuching Sentral - beli beg untuk kegunaan beg hospital. ehehee..

Hari Ahad pergi The Spring - shopping baju baby & kakak Bihah & makan-makan.

Hari Selasa (PH) - Pergi Boulevard sambung shopping. Tapi shopping kat sini sangat berbaloi-baloi, sales giler sampaikan bajet utk baju anak2 terlebih & sempat gak shopping untuk diri sendiri. Begitu jugak dengan en. Edel yang gagah memborong baju2 lelaki. 

Balik dari Boulevard, pergi ambil ubat untuk berpantang nanti. Then sambung balik shopping di Wisma Satok. @_@.

Kira punya kira, RM500++ duit aku terbang!!! uhuk... Tidak termasuk duit ubat. Kalau campur sekali RM800.00 kasarnya. Tarik nafas!!!!

Tutup mata sebelah je noks! Lagipun bukan selalu... lalalalalallalalalalalal~


Ok, sepanjang 37 minggu bersama ke hulu-ke hilir membawa Adik, morning sickness, ada sikit2 je, itupun morning sickness mengada-ngada, saja nak ambil perhatian. heuheue..

Selera makan, 1st & 2nd trimester, kurang selera tapi bila masuk 3rd trimester, selera menjadi-jadi. Tiada istilah makan untuk 2 orang ek, masa mengandung sebaiknya amalkan makanan seimbang. macam saya yang ada GDM ni, memang kalau rasa terlebih makan, mula mencari buah-buahan untuk seimbangkan paras glukosa dalam darah.

Selain dari GDM, jari-jemari kebas & kaki kembang since kandungan 8 bulan. Make-up? memang tak lalu nak make-up2 waima saya ni seorang yang tak boleh jauh dari make-up. heheh.. Kalau ada sapa2 terserempak dengan saya, itulah muka asli tulen saya. Still comel maa.. hahaha..

Hari-hari cakap dengan Adik supaya keluar awal, Mama dia dah tak sabar nak cuti, nak lari dari tension bekerja. huhuhuh...

Insya Allah, semuanya dipermudahkan & sama-sama kita berdoa yer..

Ok, entry yang boleh tahan panjang. Hingga berjumpa lagi...  :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting