Salam,
Mendung je cuaca hari ni. Mood bekerja pun dah hilang ntah ke mana. Badan je kat ofis tapi kepala ni serabut. hmm...
Sekarang ni salu gaduh dengan kakak Bihah. Pepagi dah menaikkan kemarahan saya. Macam2 je perangai dia buat, letih saya melayan kerenah dia. Tapi dah nama budak umur 4 tahun, kau membebel macam orang gila sekalipun, bukan dia reti, last2 saya yang menangis.
Inilah beg hospital saya. Dah ready kat rumah mak. Ofis saya & rumah mak tak jauh. Simpan kat rumah mak lagipun nanti berpantang kat rumah mak.
Ni pulak ubat untuk saya dalam pantang nanti. Semuanya pati & asli. Masa pantang selepas melahirkan Nabihah dulu saya beli ubat dalam bentuk kapsul. Sungguh tak menyedapkan badan. Siap mak saya masak sendiri air lada & cengkih untuk panaskan badan saya.
Wangi bau rempah ratus ni. Sedappp je bau dia. Kakak ipar saya yang rekomenkan ubat ni tambahan pulak makcik yang buat ubat ni mak saudara kepada bestfriend saya. hehehe... Kakak ipar saya kata air periuk ni sedap di telan. Sedap? Sebab tu saya nak cuba. hehehe...
Esok saya check up lagi. Sekarang ni dah seminggu sekali. Perut rasa tak selesa, baby pun asyik mengeras... hmmm...
Oklah, nak buat keja walaupun saya tak tahu keja apa saya nak buat. hahahaha... :p
"Ya
Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan
selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya
Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan
rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan
kepada Rasul-Mu.
Ya
Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah
jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan
beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan
baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya
untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin







