Tuesday, February 8, 2011

Nak letak tajuk apa? No idea

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Hari ni kureng sihat ler saya... Tetiba pulak balik keje semalam, batuk-batuk & flu. Nasib baiklah semalam en. Edel off, so dia lah yang hantar & jemput aku dari tempat keja. Biasanya Isnin & Selasa, memang suka sangat hati aku coz aku takyah nak driving. Tapi Rabu hingga Jumaat, menjawab ler driving sendiri ke tempat keja. huhuhu...

Dan hari ni pun banya keja... Sesungguhnya tetap kemas walaupun fail-fail menimbun kat atas meja.

Petang nanti attend meeting pulak. Oh, sungguh tak best. Ni ha, tengah sediakan info untuk meeting petang karang sambil-sambil tu, sempat update blog. huahuah..


 Like mother, like daughter.. chewahhh.. Pantang tengok camera w/pun camera henpon, tetap anak daraku ini semengat nak berposing.


Ni malam tadi, get ready nak lepak di rumah my MIL. hehehe... Nabihah muka monyok bila di suruh gune selipar. Nabihah tak suke guna selipar sebab selalu tanggal. hehehe... 

Macam biasa la, taruh gambar anak untuk menjadi penyeri blog aku.. eheek... :p

Ok, nak sambung keja. Nanti update lagi ye. Keja mesti disiapkan segera coz aku nak cuti  hari Isnin dan Rabu next week.

Saja je nak cuti, lagipun hari Jumaat nanti, en. Edel hantar my baby kenari ke bengkel untuk di spray. Nak drive waja en. Edel, aku dah lama tak drive manual.. kwang.. kwang... kwang..

Tapi borang cuti belum isi lagi.. hehehe...  :p

Dan pagi tadi, awal-awal pagi en. Edel dah tanya,

en. Edel : bila nak polah potato gratin gik?

aku : Sayang mok makan malam tok ka?

en. Edel : Sayang cuti next week nak? Sayang cuti lak, polah k.

Nampaknya ada orang "belalak" makan potato gratin. hehehe...

Bah, keja gik kawu Nyza...  :p

Monday, February 7, 2011

Homemade Pizza

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam...

Wah... Malasnya nak turun keja pagi tadi, lama cuti CNY la katakan... hehehe... Apa? Entry makan lagi? hehehe.. Jangan hairan ye, sebab sekarang ni selera aku ntah macam apa, asyik nak melantak je.. heheheh... 

Semalam, ingatkan nak ke Serikin, tapi tak jadi. Kenapa tak jadik? Bangun lambat!! hahaha... Hujan maaa, layan mimpi-mimpi indah.. hehe... 

Tengok kat dapo, bahan-bahan semua ada, makanya, nak try la buat pizza. Ini percubaan pertama aku. Layan beb, pagi-pagi sejok makan pizza. Pukul 11am, pagi-pagi sejuk ker? huahua..

Homemade pizza by Mama Nabihah.. chewahh..

Alhamdulillah, menjadi jugak pizza aku. Cuma cheesenya tak berapa nak cair. kuang, kuang, kuang. Mungkin parutan cheese tu kasar kot.. ehee..

Inilah komen-komen dari orang rumah:

en. Edel : Sedap, tapi kurang cheese.

Bapak : Takde nenas (actually ada beli nenas dalam tin, tapi tak ingat nak bubuh.. Pizza dah masuk dalam oven, baru ingat maa.. hehe..)

Mak : Sedap! Nanti buat lagi.

Dek Wan : Sedap, tapi kurang daging. Bukak bisnes lah kawuuu... 

Nabihah : mmm... sheedaapppp..

Alhamdulillah, sedap. hehe.. Nanti aku nak buat lagi lah, improve lagi kasi kaw-kaw sodap.. hehehe..

Nak resipi? Taknak share lah.. hahahha...  Gurau je.. :p

Roti Pizza:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar minyak zaitun (aku guna minyak masak jer)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
Topping:
  • Capsicum (hijau & merah)
  • Nenas
  • Bawang besar
  • Minced beef
  • Hot dog
  • Sos tomato
  • Mozarella cheese (aku guna cheddar cheese - diparut)
* Topping ni ikut selera yeee..

Cara-cara:
  1. Masukkan yis ke dalam air suam. Gaul rata.
  2. Gaulkan tepung, gula, garam & minyak.
  3. Tuangkan campuran yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
  4. Uli hingga menjadi doh dan biarkan sehingga 30 minit ataupun sehingga kembang.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh dan canaikan.
  6. Masukkan roti pizza itu ke dalam oven selama 5 minit.
  7. After 5 mins, letakkan sos dan taburkan bahan-bahan topping dah last sekali taruh cheese.
  8. Bakar dalam oven, bila cheese dah cair, insya Allah, masaklah tu.


Sedap! Selamat mencuba!



**Nanti jadi blog resipi lah pulak blog aku nih... hehehe... :p

Saturday, February 5, 2011

Kek Coklat

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam..

Malam tadi aku buat kek coklat. Banyak-banyak kek coklat, yang ni paling aku suka. Resipinya dari kakak aku. Bahan-bahannya simple sangat, rasa sedap. Sebab tu aku suka. Nak tengok hasilnya.....

Yummy!


 Kek Coklat


 Sementara tunggu kek siap di bakar, snap Nabihah yang suka sangat naik atas meja. Siap posing tau!


Comel..

So, macam biasa, aku share resepinya:

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur (asingkan kuning & putihnya)
  • 260gm gula halus (bahagi 2 = 130gm)
  • 225gm tepung naik sendiri
  • 3/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 170gm mentega
  • 40gm serbuk koko Van Houtan
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 susu teh nescafe
Untuk topping:
  • 200gm coklat masakan
  • 1 cawan fresh milk
Cara-caranya:
  1. Bancuh serbuk koko & nescafe dengan air sejuk. Biar dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Pukul putih telur dengan 130gm gula halus hingga kembang.
  3. Dalam bekas yang lain,  mentega dan 130gm gula halus dipukul hingga kembang.
  4. Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan putih telur dan pukul lagi.
  6. Sesudah adunan sebati, masukkan vanilla, soda dan garam.
  7. Akhir sekali, masukkan tepung selang-seli dengan bancuhan koko yang telah disejukkan.
  8. Bakar hingga masak dalam oven 180'c api atas dan bawah.
Cara membuat topping:
  1. Cairkan coklat bersama 1 cawan susu segar.
  2. Tuangkan ke atas kek.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Selepas 2 jam baru boleh di makan.
Selamat mencuba!



**1 buku resipi aku hilang entah ke mana. Dalam buku tu banyak resipi kuih sodap-sodap. Alahai, sedihnya... Mesti cari sampai dapat! huhu...

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fat Chai

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warganegara Malaysia yang berbangsa Cina.

Gong Xi Fat Chai!

dan
Selamat Bercuti!


**Aku dan rakan-rakan pejabat tidak bercuti sebabnya kami di arahkan bertugas di Bilik Gerakan Banjir. Hujan lebat maaa... Haiyakk~ Rakyat didahulukan... huhu...

Wednesday, February 2, 2011

Rindu Nak Bercuti

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam...

2-3 hari ni aku busy sangat. Dalam ke-busy-an tu, malas jugak. Petang semalam half day je, nak rehatkan badan. Kepenatan mandaki gunung masih terasa youuuu...

 Rindunya nak vacation. Tak sabar-sabar nak ke bulan Mei. hehehe...


 Photo-photo ni masa kami ke KL April last year. 1st time pergi bercuti bersama suami dan anak. Seronok.


Bulan Februari dah eh.. 3 more months... :p


Keluar dari tajuk jap. Gambar ni masa jadi guide kakitangan Pejabat Daerah Sik, Kedah membuat lawatan di Kuching last 2 months.

Maknanya, seronok bila buat kerja di luar pejabat. Bila la nak pergi monitor projek nih? Bohsan lah dok ofis. Migrain tengok perangai manusia-manusia dengki kat ofis. Asyik nak gaduh sesama sendiri. Perangai cam budak-budak. Haipp! Heran aku! Tak matang!

Merapu jap ok! Nak lepaskan tension! huhuhu...

Boss... Nak cuti, boleh??? hauhuahua...
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting