Hari ni dah hari yang ke-22 kita di bulan Ramadhan.
Tahun ni masa sangat cepat berlalu.
Dah nak raya dah rupanya...
Ok, ni saja2 nak update perihal rumah kami.
Since bulan july until now, kami ulang-alik dari rumah mak ke rumah kami, mengecat, mengemas, punggah barang.
Sekarang ni, orang lain sibuk shopping raya. Kami pula sibuk shopping barangan keperluan rumah. Tahun ni kami beraya ala kadar je. Janji dapat beraya di rumah sendiri... hehehe..
Macam ni la keadaan rumah hari pertama kami dapat kunci dari lawyer. Actually, kami 2nd owner. Rumah ini pada mulanya dibeli oleh orang lain tapi tak pernah diduduki. Pernah ada penyewa tapi cuma 3 bulan sahaja. Oleh kerana kami pernah ditipu oleh pihak SPNB, kami "jerak" dan tak peduli, rumah lama ke rumah baru ke, as long kami ada rumah sendiri untuk berteduh. Tambahan pulak, sekarang ni rumah single storey inter dah mencecah RM200k +++. Nak2 RM1k +++ bayaran bulanan. Mahal kan harga rumah sekarang. Every month harga rumah akan naik... hmmm.... Eh, terbabas pulak dahh... :p
Gambar-gambar di atas selepas rumah dibersihkan, dikemas, di cat. Pemilihan warna, of course saya maaa...Tengok Nabihah, dah tido kat katil baru.. :)
Gambar2 di atas di ambil 2 minggu yg lepas, masih berterabur lagi. Kalau sekarang, dah kemas, cantik dah.. Dan dah ada dapur memasak, tong gas, dah boleh masak dah... hehehhehe... :p
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya kami memiliki rumah sendiri. Rumah ni aset paling penting dalam kehidupan, nak2 lagi bila dah berumahtangga. Jutaan terima kasih kepada suami @ en. Edel yang banyak melabur dalam urusan rumah kami. Terima kasih Sayang...
So, jemput2 lah datang beraya di rumah kami nanti yer! hehe... XD
Dan, inilah anak dara saya yang dah besar. November tahun ni 3 tahun dah umur Nabihah. Manja sangat2. Posing dengan baju raya dia.. hehehee... Raya tahun ni, utamakan Nabihah. Plan Sabtu ni nak shopping barang raya Nabihah.
Saya dah puas shopping. Shopping rice cooker, kettle, pinggan-mangkuk, kuali, pan, keperluan dapur. hahahahah... Rupa macam barang biasa2 je kan, tapi sampai gak RM1k! heheh... Nasib baik la ada sedikit saving. Ada hikmahlah bila suami tak kasi beli keta, dapat saving. Tapi suami sediakan kereta utk saya.. hehehe... :p
Oklah, takleh lama2 celoteh. Esok nak keja. Saya nak tido awal. Hari ni saya letih sangat2 sebab di tempat keja tadi ada discussion. Sekarang ni, saya dah ceburi bidang perniagaan. Peluang mempelajari bidang perniagaan ini datangnya dari boss saya, dan Insya Allah, saya akan berusaha dan tidak mensia-siakan peluang & kepercayaan mereka. Saya belajar sikit2, dan saya percaya lama-lama jdi bukit. Insya Allah, TIADA YANG MUSTAHIL. Itulah matlamat hidup saya sekarang. Yang penting, USAHA!
Dan, berapa banyak dan la... Gambar di atas adalah pembakar semangat saya untuk ke arah business-women-to-be. Insya Allah! Amin... Dalam masa 2 tahun, impian saya adalah untuk memilikinya... V.I.O.S. hehehe...Aminn... :p Insya Allah.
Ok, gudnite. Selamat berpuasa... :) xoxo.
**Tiada yang mustahil.











10 Ngabas Sitok:
sik sabarrrr mok raon mah baru tok eh.mesti excited kan za!
:)
selamat beraya di rumah baru kak :)
fieza,
hehehe... sila2 dtg ke rumah.. :p
hani apandi,
terima kasih.. :)
tahun tok dah boleh beraya rumah baru eh..mesti best ya
mummysyafie,
insya Allah. sebab yalah dahulukan barang keperluan rumah. keterujaan.. hehehe... berjarah ke rumah kmk lak kak... hehehe.. ;)
wah!bagus cara kerja ktk,za. dahulukan brg rumah lok..kmk pun gia juak dolok..berbeli brg rumah lok..beli yg paling penting,dudi sikit bila ada budget lebih baruk ngias rumah..deko2 rumah step by step..sik perlu rushing yg penting kepuasan =0).
kacak rumah ktk,za. aok eh..lamak dh ktk sik update blog owh...rindu nak nengar telatah nabihah..makin cute nya eh =0).
za..lamak sik nginggah blog ktk..ohs..dh pindah umah?congrats!!ada masa lepak ler rumah sy yg sentiasa mengambo ctok...sikpa,..biar bedikit2 dolok k
vivi,
yalah tek, bila settle barang keperluan rumah, bok mikir shopping. hehehhe...
kak mega,
kmk pun lamak x dgr berita ktk kak. busy ngalah menteri kmk tok.. hahahaha.. jemput dtg ke rumah lak kak.. :)
alooo...kacak umah eh.nasib sik cat kaler purple tek mun sik nelan air lior kmk nanga.ha3
Post a Comment