Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Mana Milik Kita

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Marilah sama-sama kita hayati lagu tok & muhasabah dirik.. :)



Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Sunday, December 4, 2011

Sekadar Bicara

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam,

Dah di bulan Disember dah... Sungguh cepat masa berlalu. 28hb ni genaplah 4 tahun usia perkahwinan saya & en. Edel. Dalam tempoh 4 tahun banyak kenangan manis, pahit, cabaran & dugaan kami harungi bersama dan Alhamdulillah, kami harunginya dengan penuh sabar dan menguatkan lagi cinta kami.

Saya ni seorang yang manja dan banyak kerenah. Sebelum adanya Nabihah, saya ni kuat merajuk, sekejap2 nak merajuk, muka muncung. Bila Allah kurniakan Nabihah, masih lagi tabiat merajuk. Tapi, hari demi hari, saya dapat kikiskan tabiat merajuk tu. Saya sensitif orangnya, cepat melenting, baran. Saya garang dengan Nabihah tapi garang saya bertempat. Dengan anak, kita takleh la nak manja sangat kan tambahan pulak Nabihah anak sulung, dia yg akan pimpin dan menjadi contoh kepada adik-adik dia nanti. So, ada part nya saya memang tegas dengan Nabihah.

Terus terang saya katakan, saya dibesarkan dengan semuanya ada. Saya tidak pernah merasa kesusahan. Apa yang saya nak, saya akan dapat. Bila dah jadi isteri, en. Edel tidak pernah mahu melihat saya susah. Apa saya nak, dia belikan. Bila dah jadi ibu, saya mula berdikari. Sikit2 saya belajar untuk  tidak bergantung sepenuhnya dengan suami terutama kewangan. Selagi saya boleh beli sendiri, saya beli dan tidak menuntut or claim dari en. Edel. Sebab saya dah mula belajar dan mengerti betapa susahnya suami bekerja nak menanggung keluarga.

Sekarang ni, bila kami dah tinggal di rumah sendiri, semuanya di atas kaki sendiri, takde mak nak tolong cuci baju, takde mak nak tolong masak, semuanya kami buat sendiri. Baru saya sedar yang tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu bukannya senang. Begitu juga dengan suami, tanggungjawab dia lagi la besar, carik rezeki nak sarakan hidup keluarga. Saya pernah menangis dan menyesali kenapa dulu saya tahu shopping je, tak bersimpan. Saya rasa bersalah bila lihat usaha en. Edel untuk bahagiakan kami anak beranak, sediakan kemudahan kepada kami anak beranak. Saya tahu itu memang tanggungjawab  dia tapi apa gunanya saya sebagai seorang isteri yang bekerja kalau saya tak boleh bantu dia.

Sebab itulah sekarang ni saya mula belajar untuk kurangkan aktiviti shopping. Dulu kalau nak beli handbag 3-4 ratus, sebelah mata je, takde fikir panjang, tapi sekarang, bila tengok handbeg cantik2, saya bercakap dalam hati "melambak handbag di rumah yang masih boleh digunakan...". Kalau dulu, tengok heels cantik2, takde nya nak fikir 2-3 kali, terus beli, tapi sekarang siap tanya dalam hati.. "kalau aku beli, aku pakai ke?..". Turun keja bukan main heels, tok tok tok, tapi sampai ofis, heels buka letak kat bawah meja then sarung selipar jepun. hehehe...

Baju2 Nabihah, dah 4 plastik besar saya kasi kat adik ipar saya & cousin saya. Di rumah, dalam travel beg penuh, ada lagi dalam 2 plastik besar. Betapa suka-sukinya saya membuang duit dulu. Saya traveling ke KL atas urusan keja pun saya shopping dengan penuh hemah sekarang ni.

Komitmen kami sekarang ni besar; rumah & kereta. Prinsip kami kalau nak beli barang secara hutang contohnya kereta, kami taknak hutang lama2. Kan boleh loan sampai 9 tahun tp kami akan ambik loan 7 tahun je. Walaupun kami tahu kalau loan 9 tahun, monthly payment kecik tapi rasa tanggung hutang lama sangat. Begitu jugak dengan rumah. Biar susah2 dahulu, bolehlah hidup senang di kemudian hari. Prinsip saya sekarang, biar sama2 susah dan sama2 senang. Saya taknak suami je susah tapi saya senang2. Kalau saya nak sesuatu, saya akan usahakan sendiri. Kalau bajet tak cukup, saya kata "half2 boleh?" or "tambah sikit, boleh".. heheh..

Apa kata orang, biar ukur baju di badan sendiri. Kalau kaya, suka hatilah kan nak buat apa. Tapi, kalau tarik atas, bawah singkat, tarik bawah, atas pendek, baik takyah nak berlagak. Jangan ingat hidup berumahtangga semuanya suami tanggung. Suami gaji kecik tapi kau nak beli handbag, heels, 2-3 ratus, itu menyusahkan suami namanya.Suami gaji sederhana tapi kau nak handphone mahal2, dslr, emas sampai ke lengan, itu tak tahu malu namanya. Tanggungjawab suami sediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan je yg wajibnya. Kalau suami kau mampu, bonus lah kan.. hehehe... 

Takkan le kau nak kahwin sebab nak penuhkan permintaan nafsu kau je, nak suami beli itu-ini. Itu bukan perkahwinan namanya, itu TAMAK. hehehehe... Macam tu lah, kena faham konsep perkahwinan. Serius saya katakan, masih ada lagi yang tak tahu apa yg di maksudkan dengan perkahwinan, sebab tu banyak kes cerai. Wallahualam.. Siapa la saya nak membicarakan isu tersebut. Ilmu saya pun belum penuh di dada.

Eh, panjang jugak coretan merapu saya hari ni. Coretan saya tak ditujukan kepada siapa2 ye, saya hanya muhasabah diri je. Bukan niat saya nak menunjuk-nunjuk atau nak mengata orang, saya hanya ingin berkongsi dan lu pkirlah sendiri... :)

Ok, masa untuk makan vitamin! 


**Dah ada dah iklan prosperity burger, yum~ yum~ baby dah sik sabar dah nak ngap! hehehe...

Wednesday, April 20, 2011

Merancang Kehamilan - Boy or Girl

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam...




Hari saya nak kongsi tips untuk merancang kehamilan, merancang jantina anak. hehehe... Saya dapat info ni dari Ibu Iman punya blog. 

Dulu, saya disahkan mengandung pada bulan Mac 2008 dan ketika itu saya berusia 23 tahun. So berdasarkan table di atas, jantina anak P. Nur Izzah Nabihah nama diberikan kepada bayi saya yang lahir pada November 2008, seorang bayi perempuan.

Sekarang ni, saya memang plan nak ada baby lagi. Umur saya 27 tahun dan SEKIRANYA saya mengandung bulan ini, berdasarkan table di atas, jantina anak L. Itupun kalau saya hamil... :p

Actually, sekiranya saya hamil, saya tak kisah baby girl ke baby boy ke... Ketentuan, rezeki datangnya dari Allah SWT. Kalau nak ikutkan, Ya, sekiranya saya mengandung lagi, saya nak baby boy. Tapi, semuanya terpulang dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya..  :)

Chaiyo! Chaiyo! Usaha tangga kejayaan... hehehe..




**Boring aku di opis tok ehh... Sik sabar nak cuti panjang next month!

Tuesday, April 19, 2011

10 Tanda Hamil

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. MERASA TAK BERMAYA

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA ARI-ARI

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. RASA LOYA DAN MUNTAH

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. MISSED PERIOD

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan Tahniah! 

Sumber : Carian google





**Terkenang masa pregnant dolok... hehehe... Fieza, sikpat mek lupak kesah kita duak pergi Guardian beli pregnancy test.. hehehe.. Ingin saya nak preggy gik.. :p

Sunday, April 10, 2011

Pengorbanan Seorang Isteri dan Ibu

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki ‘asing’, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.

Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.

Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.

Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.

Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa ‘rimas’ melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.

Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.

Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.

Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.

Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.

Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.

Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja ‘lebih masa’ yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.

Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ‘kerjaya’ sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.

Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah isteri.

Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.

Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup ‘mogok’ dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.

Dia mengharap sedikit TANDA BERTERIMA KASIH dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.

Ini satu KELEBIHAN wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.

Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (SUFFER) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Sumber : Carian google


**Hakikatnya, seorang isteri tok memang akan mendolokkan suami & anak dari diriknya pun, setuju? Tapi ada juak sesetengah orang nak jadi isteri sebab nak idup senang, nak beli ya nak beli tok suma mok suami beli, x mikir kemampuan suami, yang si isteri tauk mesti barang yang nya maok ya ada... sigh.. Bagi aku, kehidupan suami isteri tok sama-sama harungi susah dan senang. Bukannya suami susah, isteri senang mahupun bukannya isteri susah, suami senang. Biar sama-sama susah dan sama-sama senang, baruklah kebahagiaan dapat dirasai bersama, Insya Allah... :)

Thursday, April 7, 2011

10 Nasihat Untuk Suami Dalam Memahami Hubungannya Dengan Isteri

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
1. Bersikap Tegas dan Lemah-lembut Terhadap Isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. 

Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi “boss”. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi Pujian Terhadap Isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepadapasangannya, “Adakah engkau cinta padaku? ” Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan Batas Tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari Kritikan Terhadap Isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada  isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan Sesuatu Yang Romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.




6. Memahami Isteri Yang Ingin Selalu Di Samping Suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga Perasaan Aman Dalam Kehidupan Isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami Gelora Jiwa Isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina Kerjasama Yang Baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi Keperluan Peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

Sumber: Carian google


**Saya sayang suami dan anak saya... Merekalah harta yang paling berharga dalam hidup saya...
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting