Monday, March 26, 2012

Pavlova di petang Ahad

Coretan M.A.M.A
Salam,

Semalam saya try oven baru. So, nak senang, saya buat pavlova. Mengidam ler katakan.... hehehe... Resipi dia mudah tapi tricky ek. Tapi, cuba sekali nak lagi... :)


 

Kakak kalau tengok saya pegang electric mixer, dia tahu saya nak buat kuih. Sakan dia suka. hehehe.. Pavlova siap semalam, dia yang tak sabar2 nak ngap!



Pavlova... Pavlova yang saya buat ni taklah perfect seperti yang chef2 atau pro2 yang buat. Saya masih tak mahir nak adjust suhu oven utk bake pavlova ni. Tapi, tetap gak menjadi & gebu. eheee...

 

Mmmmm.... marshmellowy soft. Saya prefer disejukkan dulu baru makan. Biar cream tu keras sedikit, dan buah-buahan tu sejuk, baru fresh & cool menelannya. hehehe..

Anda nak mencupa, ini resipinya:


  
Bahan-bahan:

4 bijik telur putih
1 cawan gula castor
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu besar tepung jagung (cornflour)

Caranya:

Panaskan oven.

Pukul telur putih sehingga berbuih dan terbentuknya "soft peaks". Then, gradually (sedikit demi sedikit) masukkan gula sehingga habis dan pastikan gula betul2 'dissolved' dan sehingga "stiff peaks" terbentuk.

Kemudian masukkan essen vanilla & tepung jagung, pukul dengan medium beat.
 
Make sure, DO NOT OVERBEAT.

Kemudian boleh la di letakkan ke atas tray yang telah dialas dengan baking paper. Lambakkan atas tray dlm bentuk bulatan sebesar 18-cm diameter.

Bakar dlm oven  pada suhu 150C selama 1 jam.

Pavlova boleh dikatakan siap bila luarannya sudah agak crisp dan sudah ada sedikit craking. Sekiranya pavlova dah masak, sejukkan di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Dah sejuk, hiaslah dengan krim putar & buah-buahan.



Pavlova ni ada pelbagai ver. resipi dia. Anda boleh tengok kat youtube kalau nak tahu teknik-teknik membuatnya. Ok, selamat mencuba!


**Next project, cupcake!

4 Ngabas Sitok:

hani apandi said...

yummy! teringin aluu.lak mun cuti sem mek nak try buat pake resipi ktk tok hehe

M.A.M.A said...

hani apandi,

try jgn x try.. hehe.. :)

Siti Sahmsiah @ sahm said...

nyaman jak upanya mem..org x ngidam pun jadi nak ngidam juak...maok coba juak kelak ko...

M.A.M.A said...

sahm,
coba jgn sik coba.. gud luck!

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting