Tuesday, February 7, 2012

Dilema Ibu Bekerjaya

Coretan M.A.M.A
Mana keutamaan, kerja atau keluarga?

“Adakah anda bersetuju ibu bekerjaya menjadi contoh yang kuat?”

“Adakah anda percaya, ibu yang bekerja tidak harus mengutamakan kejayaan kerjaya dan tidak menyembah wang?”

“Ibu bekerjaya lebih berdikari tetapi adakah mereka bahagia dan kurang kemurungan?”

“Saya ingin menjadi ibu bekerjaya. Tetapi bagaimana saya boleh hidup dengan rasa bersalah?”


PERBINCANGAN mengenai ibu bekerjaya ternyata sememangnya topik yang menarik ramai orang dan sehingga kini tidak pernah habis dibicarakan. Lebih-lebih lagi, pada masa kini semakin ramai ibu yang perlu keluar bekerja bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

Sebagai ibu bekerjaya, tidak dinafikan pelbagai dilema dihadapi, termasuk rasa bersalah terutama pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya, berasa tertekan kerana tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan sempurna dan sedih tiada banyak masa menghabiskan bersama anak serta sebagainya.

Perasaan seumpama itu tidak dapat diketepikan kerana sebagai wanita yang bergelar ibu, mereka mempunyai tanggungjawab utama untuk menjaga dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan anak. Apabila peranan itu tidak dapat digalas dengan baik dan tidak dapat bersama anak, timbullah perasaan demikian.

Kebanyakan ibu berkerjaya, bimbang tidak mempunyai masa yang cukup dengan anak dan sering berasakan diri tidak menjadi ibu yang baik untuk anak mereka. Perasaan bersalah itu sekurang-kurangnya pasti hadir sekali dalam diri ibu bekerjaya, cuma tahapnya mungkin berbeza antara satu sama lain.

Suka atau tidak, apabila melangkah ke alam pekerjaan, sukar untuk seseorang pekerja pulang tepat pada masanya atau balik awal ke rumah setiap hari. Meskipun di kebanyakan tempat kerja ada menetapkan waktu bekerja, umpamanya dari jam 9 pagi hingga 5 petang, lazimnya, terlalu mustahil mengikut jadual itu kerana setiap hari kerja sentiasa bertambah dan ia tidak akan pernah habis.

Senario itu juga membuatkan ibu bekerja terus dibelenggu perasaan bersalah untuk membuat pilihan - mendahulukan kerjaya atau pun keluarga. Mungkin juga sudah sampai masanya majikan harus mulai berfikir, harapan mereka kepada pekerja kerana kebanyakan pekerjaan ketika ini tidak pernah berhenti.

Cara kerja yang sihat perlu diwujudkan manakala masyarakat perlu mempunyai keseimbangan antara apa yang masuk akal dan terhadap pekerjaan harus dilakukannya. Ini supaya setiap kerja dibuat memenuhi matlamat sebenar dan pekerja tidak terus dihambat rasa bersalah serta berasa tertekan. Namun, masih ramai, termasuk majikan yang tidak faham dan tidak mahu ambil tahu, cabaran dihadapi ibu berkerjaya. 


 Panduan berdamping dengan permata hati


  • Luangkan masa bersama sebelum anak tidur
    Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan kerja sekolah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Dengan cara ini, anak akan faham ibu bekerja tetapi tidak mengabaikannya.


  • Hujung minggu tanpa pengasuh
    Jika kebanyakan masa anak dihabiskan dengan pengasuh kerana ibu bekerja, pastikan hujung minggu tugas itu diambil semula. Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga.

    Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya berehat di rumah. Pastikan anda habiskan masa dengan berkualiti dengan anak.

    Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.


  • Dahulukan keutamaan
    Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu, nikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.


  • Komunikasi
    Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekali pun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa yang dilakukan di rumah mahu pun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.


  • Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan
    Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika dia sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti atau berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.


  •  *************************

    Semenjak hadirnya Nur Izzah Nabihah dalam hidup saya, saya sentiasa cari dan buat yang terbaik untuk dia walaupun saya tahu tidak semua perkara yang telah saya buat adalah yang terbaik.Setiap malam sebelum tidur, saya memikirkan bagaimana saya nak seimbangkan pengurusan keluarga dan kerjaya saya. 

    Saya hanya mampu berdoa dan mohon kepada Allah SWT agar diberi petunjuk yang baik. Mood saya tak baik hari ni. Masuk kerja, dah macam2 hal saya dengar. Susah nak puaskan hati orang... hmm...

    3 Ngabas Sitok:

    Mrs. Ichiban said...

    Semoga ktk dpt petunjuk...Amin...

    Mama Embok said...

    yalah ooo.
    cam susah jak..
    kmk mala jak mikey nak berenti kerja.. sak dpt spen masa ngn anak2..
    kmk keja setiap ari, siang, malam. kadang2 anak kmk ngamok n mdh kmk mala jak kerja.
    kdg2 kmk balit rumah, kesian nangga brg belom bersesah..
    hmmpph. mun kita sik perlu carik duit nak ka bes.. hahahaha.

    M.A.M.A said...

    Mrs. Ichiban,
    Amin ya Rabbalalamin... Makseh Mim... :)


    Mbok Ema,
    anak kmk pun dah pandey melarang mek g keja. kesian nangga mukanya, di antar ke umah nenek.

    kmk pun ada rasa nak quit tp gik ngenang org tua & nak nolong hubby juak. hmmm... ntahlah...

     

    Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting