Salam...
Saya baru balik dari Sukma Ria. Tak seronok rasanya rehearsal kali ni sebabnya banyak sangat campur tangan. Kata kami tak beri kerjasama tapi bekerjasama ka namanya kalau hanya tahu mengarah, mengarah, mengarah dengan kasar! Rasanya aku nak tarik diri sahaja dari involve dalam acara perasmian. Lebih baik aku jaga booth sahaja, lagi seronokkkkk! Sigh...
Bila sibuk sangat, saya sentiasa rindukan anak saya, Nabihah. Saya kesian tengok dia, yelah, saya ni asyik sibuk je lately. Saya merasakan bahawa diri saya ni kurang memberi perhatian & kasih sayang kepada Nabihah. Since last week hinggalah ke bulan April nanti, masa saya banyak di ofis. Habis je Sejiwa Senada, Tilawah al-Quran, 5-6 April.
And then, dah sibuk dengan Pilihan Raya. Selain dari bertugas sebagai Kerani Pengundian/ Mengira Undi, kami perlu bertugas di Bilik Gerakan jugak. Sekarang ni dah takde istilah weekend. Kesiannya saya dengan diri saya sendiri... hmmm..
Bila tengok Nabihah tido, menitis air mata saya mengenangkan semuanya. Masa ni lah anak-anak membesar & perlukan kasih sayang, tapi kerana komitmen dengan kerja, anak terpaksa menumpanng kasih dari Atok & Nenek. Terus-terang saya katakan di sini, kadang-kadang saya rasa nak berhenti je bekerja memandangkan saya ni hanya kontrak sahaja.. Tapi... haaaa... Dalam hati saya berdetik memohon agar anak faham situasi & keadaan seorang ibu bekerja. Alhamdulillah, en. Edel memahami keadaan saya.
Saya nak balik, tak tertahan dah rindu kat Nabihah & en. Edel. Nak siapkan bekal untuk en. Edel lagi pasni, night shift. Saya sayang suami & anak saya sangat-sangat. Merekalah harta saya yang paling berharga!
**Mira, xda kekosongan agik kerani pilihan raya... huhu... Sorry dear...




4 Ngabas Sitok:
menar ya nyza..paling sik suka orang kuat mengarah. bagus jaga nok lain jak.
kiut ada muka nabihah lok..dah besar dah nya
bena kata ktk kak..sungguh mek tok blom berfamily...emarek kmk cuti, nang rasa sik puas jak spend time ngan family..quality with family kata urg..mcm sik ppuas jak mbak parent mek jalan2..tpi ney nak polah toklah sumber rezeki kita...
biarkan sidak ya nak mengarah kak..sbar jak..biasalah manusia, bila dh kat atas memang sik ingat bumi yg di pijak...
kiut na juak baby nabihah ya ewh..asa mok cium2 jak..ehehe..
erm..ya lah pengorbanan ibu owh..unimas ada vacancy, apply nun..haha..kmk export adam ke umah nenek nya mgu tok.pa malam esok mek duak ayah nya ada xtvt program..jaik ati mek nengok nya d ambik adik mek tek..huhu..
mummysyafie,
yalah... bukan jak cdak ya suka ngarah tapi x hormat org... tension keja ngan org giya...
aok, besar dah bihah kak... hehehe..
miss Fida,
yalah, sumber rejeki... kmk ukan apa, kesian bah nangga bihah. dolok kmk keja shift bah, bila dah tukar keja, ingat tek ada masa terluang ngan bihah, cek2 tek sama juak, x alah2 busy.. hmm..
Sahm,
yalah tedah, numpang kasih ngan nenek jak... huhuhu..
Post a Comment